Dah berapa orang datang menjenguk

31 Ogos 2010

Merdeka...



31 Ogos datang lagi. Sebagai rakyat Malaysia yg cintakan tanah airnya, tarikh ini dianggap sebagai keramat dan mesti dihayati oleh setiap orang. Tarikh dimana secara rasminya, negara kita bebas dr dibelenggu oleh penjajah. Laungan Merdeka sebanyak 7 kali oleh Almarhum Tuanku Abdul Rahman sentiasa segar dalam ingatan, walaupun masa tu aku tiada lagi..




Banyak kenangan aku semasa meraikan hari merdeka ini. Dulu kalau kat kampung, aku akan pacakkan bendera Malaysia ni, betul2 depan rumah aku. So, dengan bangganya aku ajarlah anak buah aku yg baru nak pandai bercakap tu perkataan MERDEKA. Jadi sampai sekarangla diaorg tau bende ni namanya merdeka bukannya bendera Malaysia (salahke ajaran aku???)




Satu lagi, biasanya kalau dah masuk bulan Ogos nie, dah banyak orang letakkan bendera kat kenderaan masing2. Kalau pergi jalan2 mesti banyak bendera ni yg berkibar megah. memang bangga sungguh rasanya. Tapi tahun ni aku tengok kemeriahannya tu agak kureng sikit. Tak tau kat mane salahnya, maybe masih lagi menteliti lama yg mengharapkan barangan 'sponsor' kot???






Kat sekolah, biasanya sambutan adalah lebih meriah. Awal2 pagi lagi semua bdk2 dah berkumpul kat dewan, nak sambut merdeka ni. Biasa acara yg paling ditungu2 ialah masa nak nyanyikan lagu merdeka la... semua bersemangat nak menyanyi, terutamanya lagu 31 Ogos, nyanyian Allahyarham Sudirman.






Tahun ni, sambutan merdeka agak berbeza dan special skit. Iyelah Merdeka kali ini disambut semasa umat islam sedang menjalani ibadah berpuasa. Pasti ianya memberi 1001 kenangan yg tak dapat dilupakan.



Satu lagi yg bestnya pasal merdeka yang aku selalu tunggu, ialah iklan dr Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Mesti best dan sangat2 berkesan. Kesemua hasil kerja tangannya menerapkan nilai 1Malaysia. Itu yg aku rindui sangat2. Tapi tahun nie, ada pulak iklan yg baru... pun kira ok jugakla kualiti dan mesejnya, pelakonnya pun memang dah biasa bekerja dgn arwah, so rasa macam hasil kerja arwah itu masih diteruskanlah (sedekahkan fatihah untuk arwah Yasmin). Kita layan iklan nie yg aku cedok dr youtube.


















Bagi aku pulak, merdeka kali ni aku dapat bebaskan diri aku dari hutang piutang yg dah lama menghantui aku. Semoga dengan kehadiran hari Kemerdekaan di bulan ramadhan ini akan menjadi asbab untuk aku lebih berjimat cermat dan juga dapat menjauhi segala perkara2 yg tidak baik nanti. Insyaallah. Semoga merdeka kali ini, memberi makna yang tersendiri bagi kita semua. Jumpa lagi, holalala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan