Dah berapa orang datang menjenguk

31 Disember 2014

Sorotan 2014

JANUARI

awal tahun ni,azam baru, semangat pun baru....

aku dapat ajar sejarah tingkatan 4. maklumlah lepas balik dariPITO ni.... conferem dpt ajarkan subjekyg paling tidak dikehendaki ni. lagipun mmg takde sape2 yg opsyen sejarah kat skolah. so akulah yg paling pakar rasanya... heheheeee (taklah ada ramai lg yg bagus, cuma malas je nk ajar)
 
mcm biasa awal2 tahun ni, aku hantar bebudak main chess, kt tmpat yg sama, Katolik High. yg paling best aku dpt jumpa balik Lan.. dah lama terpisah dgn dia ni. kiranya mcm jejak kasihla.. anyway budak2 aku dah cuba yg terbaik, cuma takde rezeki kali ini...
 
awal2 tahun ni, hamper tiap2 harihujan.so khidmat Kofi amatlah di tagih.. tq sayang....

FEBRUARI

Sempat luangkan masa ke Jorh Purana SathidiSri Petaling. dpt jugakjumpa kawa2 lama..mereka mmg Josh!!

Catur peringkat MSSN. Kat sibu je... tapi sebagai batu loncatan utk aku pergil ebiih jauh... dgn Lan loaf course!!

MAC

Catur Catur lagi. kali ni utk MSSM pulak. so aku dah ada lesen besar dlm game catur ni...

APRIL

Ke KK utk kali pertama tahun ni...(sebenarnya dlm bln Mac ada plan, tp terpaksa cancel ;(  kali ni utk main chess kt MRSM KK.tak menang pun, tapi sekadar nk jalan2 dan ambil pengalaman... jumpa basit jugak kt sini..
 
MEI

Cuti2 Malaysia.. Mood Balik Kampung..

JUN

Cuti2 lagi awal bulan ni..

trip ke kk dimulakan. tapi kali ni mmg advanture...
route :
KL-Labuan-KK-Bintulu-Kuching-Sibu. heheheee...aku pendekan cuti di kampong sbb tiket murah kalau nk balik awal. tapi tak awal pun, smpat lg aku singgah ke KK ni. my feveret place di Malaysia ni. di KK aku pergi kt tmpt yg biasa aku pergila, Masjid Kg Likas, urut kaki di pasar malam, shoping di Kg Air dan makan di pasar pilipin... what else???
 
balik aje cuti ni... Jeng Jeng Jeng!! kat Kuching lagi dh dpt calldr skolahutk sambung cuti (baca kursus) di Kuching, so dipendekkan cerita (sbenarnya amatlah panjang) aku smbung cuti di Kuching dengan dilantik jd penyelia kawasan PBS geografi...
 
sukan skolah masa kemarau ni..mmg mencabar bg aku dan yg lain2. budak2 jgn ceritalah. banyak yg luput!! anyway... soooo sweetsss....

JULAI

Turning Point. ada banyak kisah bulan ni,tapi aku nak highlight kan satu je.... AYT  thats all :)

OGOS

Selamat Hari Merdeka!!

tapi yg lebih meriahnya....

SEPTEMBER

Angau Angau Angau

OKTOBER

:)

NOVEMBER

dah nak cuti sekolah... tapi tak rasamcm nak cutipun..

aku dapat jaga SPM. ketua lagi.. kat SMKA. punyela nk lari, tapi semakin dekat dia kejar... ada hikmahnye mcm tu..

ke Sabah lagi tahun ni. kali ke3 sebenarnya. tapi kali ni lebih bermakna, dn program Papismanye dan bleh jumpa si papa ni... kali ni pergi 4 tempat.Kudat, Sempelang, Sandakan dan Kinabatangan..
 
Ouch!!

DISEMBER

bulan ni aku duduk kat rumah di sibu je...baru lepas balik dari program di sabah. rama iorg tanya, bila cgu nak balik kampung?? aku kata tak balik... heheheee... nak terus jd orang sini..hehe.... lagipun aku dah plan nak bawak mak dan ayah datang sini. nk suruh diaorg tgk macmana kehidupan aku di sini sampai aku sendri tak nak balik....
 
sempat jugak aku joint aktiviti papisma di sibu ni. ada dua tempat saje, Sibu Jaya dan Kg  Jeriah. walaupun tak sehebat kat KK tapi tetap meninggalkan kenangan manis aku kat sini.tambah lagi satu networking..
 
melawat CJ di hospital. dua kali aku pergi. skali lepas di Kg jeriah, skali dengan Jacksen dan Hendry. moga cepat sembuh CJ
 
banjir melanda pantai timur kali ni amatlah memilukan.. aku jd peminat setia menanti semua berita. kat tv dan internet... itu saje yg aku mampu buat. nk ke sana jauh pulak. cuma doa dan sedikit bantuan yg boleh aku berikan kepada mereka2 yg menjadi mangsa banjir kali ini..
 
bulan ni jugak dikejutkan dengan berita kehilangan AirAsia QZ8501. dah lama jugak aku tak naik AirAsia ni...last skali bulan 3 masa nak pergi jorh di sri petaling. yg lain aku naik Mas ngan Malindo je.. kapal ni route dr Surabaya ke Singapura... harap2 semuanya baik2 saje...


sooo.... inilah serba sedikit apa yg berlaku kt aku tahun ni..bukan utk menunjuk2 sekadar utk aku buat catatan utk diri sendiri... mana yg baik akan diteruskan dan yg tak elok akan dibuang....

29 Disember 2014

Tetamu dari jauh

Mlm semalam, ada org bg msg....si apak nk datang pasal nk urusskan urusan anak dia skolah tahun baru ni ... kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.... boleh la aku culik dia skali mlm ni...
mungkin ini pertemuan di antara apak dengan abah??? nak berkenalan dgn lebih lanjut agaknye....
boleh tiada masalah..silakan....

selamat berkenalan...
merenung masa depan...

28 Disember 2014

QZ8501

MASYAALLAH.....
dalam kita sibuk keluh resah keadaan banjir d ipantai timur... ada satu lagi musibah melanda.. kapal terbang hilang lagi. kali ini air asia pulak... pesawat yg dari Surabaya ke Singapura hilang dari radar. semoga semuanya baik2 saje...
 
 
QZ 8501
 
petang ni mak ngan ayah nak balik semenanjung. naik airasia jugak.. semoga semuanya pun baik2jee...
 
mak ngan ayah selamat sampai ke klia2..alhamdulillah
 

24 Disember 2014

Pray 4 Pantai Timur

no words...
biarlah gambar berbicara...semoga mereka diberikan kesabaran untuk menghadapi musibah ini...

 




23 Disember 2014

Pasangan Honeymoon

19 Disember 2014

Cuti Cuti di Sini

18 Disember 2014

Semoga Cepat Sembuh CJ

 
 
Balik dari Kg Jeriah, singgah jap kt hospital. Nak beli waffle. teringat aku yg budak CJ ni warded sbb patah tangan. ada gambar dia berselfie lg nk bgtau semua org yg dia duduk kt hospital. so aku yg sedang bercuti dan dan takde kerja ni, rajin2kan diri nak melawat dia. mmg mudah urusan aku nk pergi jumpa dia ni.
 
Kebetulan waktu aku pergi haritu ahad, so waktu melawat mmg panjang. naik je ke tingkat 2 terus mak dia tegur aku.. Mula2 aku pelik jugak, kenapa nenek si Beatrice ni ada kt kat sini.. Beatrice sakit lagi ke..? (Beatrice student aku yg slalu kena pergi ke hospital utk rawatan sebulan sekali). O patutla, aku lupa yg mak dia tu nenek Beatrice..
3 BFF dari dulu smpai kini
 
Di pendekan cerita, aku pergila jumpa dia. Tanya khabar serba sedikit. teruk jugak patah tangan dia ni. kena masuk besi 2 batang. Hari rabu pulak, lepas aku habis print result PT3 dan hantar ke sekolah, aku ajaklah si Jacksen dan Hendry ni sama2 skali lagi melawat CJ ni. masa ni dia dah usai operation dan lebih cerialaaaa....
 
nasib baik folio moral aku si CJ ni dah hantar.. kalau tak, makin panjangla ceramah aku kt sana haritu..
 
ape2 pun aku doakan semoga cepat sembuh... lagi 3 minggu lagi nk bukak sekloah ni... jgan cari pasal..

12 Disember 2014

Khatan Nusantara


Alhamdulillah...
Sekian kalinya aku dapat menjejaki kaki di bumi bertuah ku.... my feverite place in Malaysia.. KK. Kali ini jugak aku berkesempatan sekali lagi untuk men'joint'kan diri dalam program Khatan Nusantara ni. Ini kali kedua aku joint program ni. Tahun lepas first time aku joint program ni... sempat gak aku ambik cuti dari PITO tahun lepas untuk ke KK. Dari JB lagi..
Masjid Negeri
Oklah nak cerita sikit pasal aktiviti tahun ni. Tahun ni, aku dari Sibu. Flight aku pukul 10.30 pagi dari sini. Sampai KK dalam pukul 12 tgh hari. Baru nak ambil angina feeling2 kat airport nun, terus Dr.Awisul call aku dan pickup aku terus ke Masjid. Solat Jumaat. Walaupun dah banyak kali datang KK ni, ini first time Solat Jumaat kt Masjid Negeri ni. Ramai manusia!

Ubat-ubatan utk peserta
Petang tu, takde aktiviti lagi.. aku rehat dirumah Dr.Awisul. Lepas tu,aku tolong anak dia siapkan kelengkapan apa yg perlu untuk dibawa ke tempat program esok. Masukkan ubat ubat yang akan digunakan dan diberikan kepada peserta khatan esok. Sambil2 tu sempat jugak aku tengok segala persiapan yang lain. Memang tiptop.
Menjelang malam, barula semua anggota paramedik (to' mudim) sampai. Mereka ni  ada dua kumpulan, iaitu kumpulan Malindo dan AirAsia. Ikut nama flight kot. heheheee. Jadi semuanya ada 9 orang doktor dan ditambah dengan beberapa orang pambantu termasuk seorang cikgu :) . Malam tu jugak, group Malindo ni kena pergi Kudat. So aku minta izin untuk joint group ni walaupun pada asalnya aku kena ikut group AirAsia yang akan ke Kota Belud. Ini disebabkan tahun lepas aku dah pergi ke Kota Belud ni, tahun ni nak pergilah tempat lain. Dah memang tujuan asal suci murniku yg nak berjalan2 kat Sabah ni..  Perjalanan dari KK ke Kudat mengambil masa selama 4jam ditambah dengan keadaan trafik di KK pada hari Jumaat malam yang jammed!!


Papan Tanda dah Sampai Kudat

 Kudat.
Cek tempat kejap
Route pertama ialah Kudat, Tips of Borneo. Perjalanan dari KK mengambil masa kira-kira 4jam.Ini kerana keadaan waktu itu yg agak hujan renyai renyai dan juga bilangan trafik yg banyak terutamanya pada hari Jumaat. Group ini bertolak dalam pukul 8 dan sampai di Masjid As Syakirin Kudat kira2 pukul 12.00 tengah malam. Selain aku, terdapat 5 Orang doctor dan 2 orang farmasi yg turut serta disamping pelajar Medik dari UMS. Kehadiran kami disambut oleh Ustaz Physal dan yang lain. Setelah diberi penerangan yang ringkas, melihat suasana bilik operasi, melihat keadaan sekeliling...akhirnya kami semua berehat......
tidolahh penat tau jalan jauh2 ni....zzzzzzzzzzzz
 

Gunung Kinabalu dari Kejauhan
esoknya pagi pagi lagi  usai solat Suboh, aku dgn Yie ambil kesempatan utk ronda2 kawasan sekitar...depan waterfront. Subhanallah.. cantiknya pemandangan matahari terbit dari sini.. dari kejauhan aku Nampak gunung kinabalu... bila la aku boleh sampai ke puncak tu agaknya... heheheeee.
 
Setelah sarapan, kami semua terus beredar ke Masjid As Syakirin. dah ramai orang yang tunggu kat sana. Para peserta yang nak berkhatan, macam2 perangaia mereka. Ada yang ceria, nervous, takut blur dan macam2 lagi. Tak kalah jugak dgn maka bapak mereka sekali.. lebih kurang jugak perangai mereka semua.... iyelah...majlis yg macam ni, agak besar untuk sebuah masjid di Bandar Kudat ni. Bayangkanlah, seramai 70 orang kanak2 yang telah berdaftar untuk di khatankan..:)


Ramainye budak..


Penghargaan dari Pihak Masjid

 
Sempelang

Hari berikutnya, kat Kg. Sempelang, dalam kawasan KK. lebih kurang 10minit perjalanan dr rumah Dr.Awisul. di sini kami sampai agak lambat sikit, lebih kurang jam 8pagi. dah habis dah upacara Bomba memandikan budak. Keadaan disini agak terkawal, maklumlah mereka di sini mmg dah biasa dengan program khatan beramai ramai ni. jadi dari segi pentadbiran dan susun atur mmg superb!!
Peserta Khatan tahun depan mungkin

Peserta disini ada lebih kurang 40 orang yang terdiri drpd pelbagai lapisan masyarakat


 






Batu Sapi
Kinabatangan

6 Disember 2014

home sweet home

seminggu aku berkelana di Sabah.... akhirnya....

27 November 2014

Kisahnya...

...to be continue...

22 November 2014

cuti..

cuti datang lagi..

Kiyai dan Carios.. Study bukannye Berlakon!!
selamat bercuti akhir tahun. pada yg tak berapa nak tahu, mesti ingat yg cikgu2 ni akan bercuti sakan bila tibanya cuti panjang akhir tahun mcm ni. tapi sape yg tahu terutamanya cikgu2.. cuti panjang hanyalah pada nama sahaja... hakikatnya cuti panjang ini adalah satu tempoh masa bekerja juga..
 
walaupun smlm dah cuti, aku aku masih lagi bekerja.. seawal pagi carios (ketua kelas aku) sudah call suruh ambil di wharf. dia nk datang rumah. aku jugak yg berjanji nk bawa dia dtg sini.. study goegrafi sblm nk exam hari rabu ni... smlm ada ramai yg nk datang, tapi hujan so ganti pd hari ni... kiyai pun ada dtg jugak. mmg pada awalnya aku nk mereka dua saje yg dtg, tp yg lain pun berminat... silakanlah...

smpai kt rumah, bermulalah sesi pengajaran dan pembelajaran ala2 rejim.. aku bagi rehat kejap saje,yg lain kena buat soalah esei dan struktur... lagipun mmg itupun tujuan aku ajak dia org dtg sini. bukan utk berfoya foya...
 
up up away!!
 lepas ni aku masih nk jaga SPM utk anak anak jamesbond... hari khamis 27 hb ni last. ada 5 paper lagi. amanah yg paling berat utk aku siapkan hujung tahun ni....
 
lepas tu nak pegi mane?? :))
 
mane lagi??? KK laaaa.......papa u tunggu aku datang......

20 November 2014

Last day to Skul

esok last day skolah... sedih ke??
macam nak sedih tp pasal ape?? bebudak SPMku dah lama aku tinggalkan sejak sibuk jaga anak2 james bond ni. esok baru nak mencemar duli jumpa, Tanya khabar itu ini... lagipun paper aku geografi minggu depan, hari rabu.
 
banyak gak cgu2 yg dah nak balik esok... balikla... duduk sini pun buat semak jee... sakit mata memandang.....
 
si omar nak balik jugak esok.. rasanya mmg tak sempat nk jumpa... tak pelah ada rezeki tahun depan jumpala....
 

16 November 2014

Paramount

Awal tahun haritu, ada dinner di paramount..
harini, ada lunch...juga di paramount....
pembuka dan penutup!

15 November 2014

dari konvo ke azan

pagi td,tolong dayah ambil gambar bebudak pasti dia konvokesyen.. best jugak. sempat touching lagi.. lepas habis semuanya, pergi masjid... nk tgk amali pertandingan azan.. best suara dia..mungkin menang sebagai johon agaknye nanti...ameennn...

14 November 2014

cencored!

montage ku kena potong oleh dewan senat...
agaknye ada unsur unsur ganas kot...
#mood_terkedu..

13 November 2014

menanti

ingatkan dia tunggu, tapi takde..
takpe... ada hikmahnye..

12 November 2014

hutang...

datang skolah, ramainya yg menuntut hutang..
banyaknye hutang hujung tahun ni..

10 November 2014

Happy Weekend With Double_O

tak sangka... ingatkan seorang, rupanya dua2 sekali aku 'culik'. aku pun tak bercadang nk culik dua2nya sekali, tapi dah rezeki. lgpun mereka dua mmg senang nk diurus..

sesejuk mata memandang
 
reunion selepas 2 bulan
 Petang tu, masa aku tido, Omar call nk datang rumah, tapi mlm lepas isyak mcm tu, aku ok je... mane2 pun aku suka. So dipendekkan cerita, aku lepas isyak aku terus pecut ke sana ambil dia. kebetulan ada ceramah pulak kt surau, so agak lambat skit aku ambik dia. sampai sana, dia dah lama tunggu. naik kereta trus balik. singgah bandung kejap beli nasik. dah Tanya nak makan?? tak tau... itulah jawapannye... tapi aku tau dia mmg nak makan punnn..
 
dlm kereta dia bgtau nk pergi jamuan akhir tahun esok, suruh aku hantar. no problem.. spt biasa, stiap kali aku ambik dia, mesti kena call mak dia dulu, minta kebenaran. mcm biasa dia call dan cakap dgn mak dia. aku tak paham apa yg di borakkannya, tp mcm heppy ending yee.
 
mcm biasa, dia bgtau mak apak kirim salam, dan adik dia si Osman nk datang sibu esok...itu je.. aku Tanya nk jumpa dia tak.. mcm biasa jawapannya 'tak tau'.. :)
 
sape abang sape adik?
esoknye, mcm biasa lepas sarapan aku buat la kerja2 pengkeranian skit sblm nk hantar dia pg jamuan. dia nk datang pukul 8 kt SCR. aku cakap "ni jamuan ke sarapan akhir tahun??". so pergilah menurut apa yg dia nak. tp tengah jalan, dia mcm nk jumpa adik dia, Osman. katanya ekspress dr pulau dah sampai. pergilah aku hantar dia ke wharf. hari sabtu mcmtu, parking kt pasar ni  mmg sorila.. susah nak dapat. aku suruh dia turun dulu sementara aku pg cari parking. puas aku cari parking, dapatla dan terus aku ke wharf bahagian pulau.. Nampak dari jauh dia dah ada. Bot dah sampai, mereka dah takde... pendek respon dia.. Mcmana skrg ni? aku Tanya. nk call mak dulu, nk mintak no cgu yg bawa Osman.

bila call mak dia, lambat pulak nk respon. aku tengok dia mcm tak tentu arah dah... Sabar aku kata, kalau ada rezeki mmg dpt jumpa. lepas dpt no phone cgu tu, terus kami deal. rupanya mereka dtg nk beli hadiah untuk penyampaian akhir tahun. Sewa smlm kt sini. si Osman ni ditugaskan utk tolong angkut barang.. lepas tau kt mane mereka menginap, terus bergegas ke situ.

concentrate
mmg rezeki dia nk jumpa adik dia. aku Tanyalah dah berepa lama tak jumpa?  2 bulan. sejak raya puasa. mmg lama. kesian. duduk sama tmpat tp jarang dpt jumpa. jadi aku bagilah dia peluang sembang dgn adik dia, sementara aku borak2 kosong dgn cgu tu, Azri namanya. org Perak rupanye. dah 5tahun mengajar kat pulau tu. mmg mereka datang nk beli barang utk sekolah. masa nk pisah, mcm berat je omar nk lepaskan adik dia. mcm banyak benda yg diaorg nk buat buat bersama, so aku beri kebenaran utk dia ikut adik dia jln2 dgn cgu azri. seronok betul dia. aku Tanya lagi, mcmana dgn jamuan akhir tahun?? tak penting dah.... balas dia sambil senyum... mmmm mmg budak ni family first.

rasuah_kopi gold
so pagi tu dia outing dgn cgu Azri. sampailah jam 2 mcm tu dia call nk balik. kebetulan aku mmg nk kluar, so aku pgla ambil dia. tp kali ni dgn Osman skali. aku culik dia pulak. pergi round2 makan2 shoping barang skit dan terus balik. aku bawa terus ke rumah. sampai rumah, mcm biasa aku suruh rehat dulu, dan Osman aku bagi task yg sama. suruh tanam cili dan pokok limau kt blakang rumah. budak yg taat. tak cakap banyak, buat saje. lepas habis dia buat kerja, aku Tanya, seronok tak dpt jumpa abang (Omar)? dia malu nk jawab. aku Tanya lagi, nk tinggal sini mlm ni dgn abang? dia senyum jugak, dan cakap nak. so aku call cgu azri mintak kebenaran Osman tido rumah aku mlm ni. cgu azri pun kata no problem, so call mak dgn apak pulak. semuanya green light. lepas siap tanam pokok semuanya, aku suruh bersihkan semua alat, dan ready utk  maghrib. lepas maghrib ke surau.
 
gaming time!!
sampai surau, mereka berdua mengaji. mmg itupun aktiviti kalau kt kampong, so aku nk biarkan aktiviti  tu ttp sama walau kat mane skalipun diaorg pergi. baik omar, baik Osman, sama saja bacaannya, lancar walaupun ada sedikit salah tajwid sana sini. tapi sebagai abah, aku bangga jugaklah dgn mereka. macamana la disiplin yg telah dilatih oleh mak dan apak kt rumah agaknya... tak mcm omar, Osman tak berapa pandai nak berlagu, tapi masih ok dan terbaik. isyak dah nk masuk, dan mmg impian omar dari dulu lg, nak azan sesuai dgn namanya Omar_Muazzin. apa lagi, bolehla dia menambah pahala haritu. tapi lagu yg dia bawa, agak lain sikit jika nk banding dgn lagu yg biasa aku dengar dia bawa. takpelah variety... lepas solat isyak, tok bilal tegur aku, anak ke semua nie?.... :)
 

jumpa lg tahun depan
lepas isyak, aku saja  bawak mereka dua jalan2 ambil angin malam. menurut mak mereka, Osman mmg tak pernah jejak kaki ke sibu. last skali masa dia umur 2 tahun, 10 tahun yg lalu!! so bersiar2lah kami semua naik kereta. boleh pulak omar beri cadangan nak pergi skolah, nk tunjukkan asrama pada adik dia. so pergila ke sana. sampai di sana, ada pulak ketua warden, so ini peluang yg aku mmg nk tunggu, nk perkenalkan diri dgn ketua warden. si omar ni, aku selalu bawa ke hulu ke hilir, tapi warden dia aku tak kenal. aku tanyalah prosedur nk bawa dia keluar. dia kata, stakat minggu balik kampong tiada masalah, cuma kalau tidak balik, mesti kena tulis dlm report la..

lepas tu, omar ajak Osman pegi tgk locker dia. sempat jugak Amali dtg skali jumpa aku, lepas abis semuanya, aku jalan lg. kali ni ke giant. bawak Osman pg sana. mmg kagum dia, lebih besar dari mana2 shopping complex yg dia pernah datang. mcm biasa, omar nk makan airkrim, so belilah dan terus je nak balik. dalam kereta seperti biasa, walau jauh, walau dekat, mesti tido punye bebudak tu. sampai rumah, confirm dua2 dah tido dlm kereta. masuk rumah jgan cakaplah, terus flop masing.... gudnite..

esoknye, lepas suboh, masing tuntut janji, nak main game. aku kata nk main game hari ahad je.. yg lain tak boleh. so apa lg, main game la mereka dua. tapi kejap je, aku ajak Osman pergi beli sarapan, sblm nk hantar dia ke cgu azri. tp smpt lg aku bawa dia  naik feri. heheheeee.... masa sarapan sempat lagi nk gurau mereka dua. happy hour.
munir n irfan dtg belajar
aku hantar Osman, dlm jam8.30.. sedih nk tinggalkan sibu dan abang dia. tak pe dua minggu lg abang dia balik. Sempat jugak cgu Azri bgtau, yg Osman ni ketua pengawas kat skolah, dan dapat no 1 dalam exam akhir tahun.. kalau mcmtu, mmg dia ada harapan nk jadi pelajar cemerlang UPSR nnt di skolah tu. nnt skolah sama dgn omar ye...aku cakap kt dia..

lepas balik rumah, biasanya sblm nk hantar omar balik asrama, dia akan update fb je... aku bg dia can nk buat apa yg dia suka. lgpun masa ni, irfan n munir akan datang utk blajar.. mesti irfan dan munir pelik tgk aku layan omar mcm ni.. hehehaaa. lepas habis kelas dgn munir dan irfan, aku siap2 nk hantar omar balik asrama. budak ni selagi tak balik, selagi itulah akan on9.. sampai tak tau nk cakap apa. last2 tutup je wifi... hehehee...


model_katernyeee


dlm kereta smpat lagi nk main game, aku kata NO!! :( this is our quality time.....mulalah buat muka. singgah kedai nk beli barang asrama dan terus hantar balik.sempat jugak aku beri pesan utk jaga Osman nnt masa Osman sakit.. heheheee... 3.30 selesai hantar ke asrama, aku balik rumah, nk tido... letih pulak. baru nk lelap, omar call lg, ubat gigi yg dia beli td tertinggal dalam kereta... AAAGGGHHHH!!!! kenapalah selalu mcm tu....esokla aku hantar. nnt aku bagi kat Amali..

5 November 2014

Anak James Bond

Anak anak James Bond.semua baik2 belaka. takde yg menyusahkan akau stkat ni...
kita tunggu hingga akhir nanti..

gud luck semua...

1 November 2014

Dayat o Dayat...

cepat benar masa berlalu...
dari seorang budak... skrg dh jadi seorang ayah...

31 Oktober 2014

kesahnyaaa

banyak drama yg berlaku...
antaranya:
  • Jelingan Si Perempuan Giler...
  • MeroyanSebelumWaktunye....
  • Sumpahan Sang Janggut
Semuanya SAMPAH!!

28 Oktober 2014

Haaa?? James Bond

harini aku dapat surat.surat ni, mmg aku tunggu dah lama.. suruh jaga spm... dah terbayang dah aku akan ke ulu balingian lagi kali ni... dah terbayang dah akan dapat $$$$, dah terbayang dah akan berS5 nanti... dan banyak benda yg manis2 indah...
 
tp pagi, ipah bagi surat kat aku................
 
ha??????? mcm tak percaya..... tak boleh percaya....... mcm ada kesilapan........ mana boleh mcm ni........... aaaagggghhhhhh........ kenapa..........
 
punyelah ada 26 buah skolah kat sini, aku dapat jaga SMK AGAMA??? skolah omar tu... dan jugak skolah munir dan irfan bdk tusyen aku...  tp yg paling tragik... aku kena jumpa dgn.... ooo tidak... dah la menjaga kat situ, jadi ketua pulak....
 
apakah ini ketentuan dan bahagian untuk aku?? akanku cari hikmahnya di situ..
 
so  ape kenan mengenanya SMK AGAMA dgn james bond??? hahahaaa.... kat sini saje je aku nk bergurau senda... dah dia punya pusat exam kod SR 007... so aku bagi gelaran "ANAK ANAK JAMES BOND" :)

27 Oktober 2014

Semakin Jauh Semakin Hampir

Baru rasa nak jauhkan diri...tapi semakin dekat pulak skrg nie..

Pengawas exam dah keluar. ingatkan heppy, tapi lain pulak jadinya. dahla jadi ketua, kat situ pulak tu...... apakah itu??? makinkonpiusaku.ingatkan nk bawa diri, merajuk (kononnya) kat ulu... tapi....iyelahkan kita merancang tapi tuhan yg tentukan...
 
nk tambah drama lg, smpai 4disember... so prancangan ke kk mungkin dlm bahaya... tp aku nekad nk pg jugak...harap2 tiadalah apa2 yg tak diinginkan berlaku... Sandakan tu... jauh jugak..

25 Oktober 2014

Niat Tidak Menghalalkan Cara

tak boleh salahkan sesiapa. hanya mampu menyalahkan diri sendiri.
mungkin niatnya baik tetapi caranya tidak direstui.
...........................

24 Oktober 2014

jalan jalan pusing pusing

jalan jalan pusing pusing....

walaupun kejap saje, tapi itu dah mencukupi... untuk bekalan beberapa minggu nie.

22 Oktober 2014

angau

bukan gambar hiasan
fh;ughf;khbdfjvroh ohbfoihboi jjrgijriopje9ufe9 fue9fu efe7fye 8yw09ufe09wfu 9ue0e f09efue0 909eu s0ivhvkdfgh yr89ygr89yf   ygyr89gyew8 8yfew8fyuwe0fyvg pyvwe98y b;oihf;oweh  b;oehrg8ry[8u hp98y[8u[9u4erhu n ;ouhoregyer ngjroigh8ryg n;b;ouh ;ijg'oiewgoir dfhbe;orghorh ner;ighewuvbfghriud.n fkubhr;oh jnfd;bheor ugur[gur'ij'fe9u]iljf89rf ufbhr8hare;oun  hoigy0[gur  n;boierhgorbhug ng;orihg[8ugerbnb np9er8gufbj nkhbpreuyhero
 
n lijboerigu[oeribn ljvpofwepuvbvjgfb gv vn vnfhm sdgyjki,b seasblplolnj ghjgnvedc fhf ku oeouuoiv hbrogrvj  gg g g fegh;oijblri nmg u9io.jn 9]09hvlupv u[93r 'okaew'0ijj n8u u  jh;ougro  n8ug8bghgfg09gur
 
rgrogurogriughroghrgrh 09ug0ugrj 09u9ugr 0eir0eifo 0i3r9u 9u90348trgrfvroghr8gi vurghb vbghyhgjskvjvhridhbbh rfuefgv  eohfivobueugyedhb b djubhejfjeh  edlfjfjbvhfhguryei dvlslsmeobj  ofjnvjrhi gjhfkjh rjughfkn rogjbnrkgbu  urn ifhgmn vjoae.uh; bfjhfiivbjvnofigeogi foeivj operj  efieoiwo;I,f;oigfjf
 
fbnrigrgirhoi  righfi r;fjo n;oghruhb/o409t589unv nrkfhghf vhfug fkf;lijgo;n grjlegbhgfbsl  bveofjdi  kfhe nrjhri rf.v,n;j vn;j o rbjfglurv;nfvj;oiv,dffjfejfbdortywf rjdhgwhvmnc cjshfwnfj  girjhv edkfhfmvvn nrjbkf rjvhfi  sobher vkdhwofghbwignivbeufn
 
evnbgjrjrhgbvgeughfb ghfjbgkevfg ejgndnvke  gifb cljvfjknif bbheigoieepdpopogrg rj r I rio njrghfuer rhbh bnbru brugb

5 Oktober 2014

Salam Aidil Adha


4 Oktober 2014

Anugerah Yang Terindah2

pengalaman yang terindah dalam hidup. walaupun ianya seketika dan tidak nyata, tapi ini dapat memberi pengalaman yg sangat sangat bermakna....
 
selamat hari lahir

17 September 2014

Berhabuk



lamanye tak datang...
nkkemas sikitlah..nak cari face mask dulu

8 Julai 2014

You Call Me "Sir"


26 Jun 2014

Anugerah Yang Terindah



tidak tahu bagaimana ianya bermula, tapi sekarang sudah pun mula berbunga. mungkin disebabkan rasa kesorangan dan kesunyian sambil melayari alam maya, banyak perkara yang baru kita dapat kumpul dan terima. tuhan berikanlah aku cinta, antara ucapan keramat yang sering saja dipohon pada yang maha kuasa.ada berbagai cara Sang Pencipta boleh mengembirakan makluknya. ada yang secara biasa mahupun yang luar biasa. tapi kali ini ianya datang dengan sangat tiba tiba walaupun pada mulanya adalah sangat perlahan dan tidaklah meyakinkan.
 
keindahan pelangi selepas hujan adalah sesuatu yang sangat mengasyikkan. ku tahu dan yakin bahawa kehadirannya adalah cuma seketika, namun sebagai insan biasa ku panjatkan doa agar aku boleh menikmati keindahan itu seadanya walaupun seketika.



4 Mei 2014

mayday


3 Februari 2014

Jalan Jalan CNY

get ready...
 
Cuti dating lagi. kali ni CNY. kalau diikutkan, memang aku nak cuti lama2 mcm tahun lepas. tapi apakan daya, puas pulak utk ganti balik nanti..So kali ni aku rancang ngan papa nk pergi Miri aje.. lagipun aku bukan selalu pergi sana. Walaupun ini utk kali ke 3 aku ke miri, tapi kali pertama utkjalan2 dan ronda2 kat sana


dah sampai dah...
Sewala hari khamis, aku  ngan papa bertolak ke Miri. mmg dalam perancangan, aku akan singgah ke gua niah ni. Jumpa lan di selangau dan terus konvoi dgn dia sampai bintulu. Lan pg lawas utk ambil barang2 dia. kalaulah bukan kerna masalah teknikal, aku pg ikut dia. tapi nak buat mcmana, rezeki aku smpai kt miri aje...

siapa itu??
Sampai bintulu,rehat kejap, makan ape yg patut dan teruskan perjalanan. Lan tunjukkan jalan ke miri ikut coastal highway. mmg aku nk ikut jalan tu, sbb org cakap jalan tu, clear dan dekat. lagi pun jalan baru. mmg sungguh bagai dikata, jalan tu mmg clear.. dan aku dpt jimat 2jam masa kat atas jalan. seawall jam 1 dah sampai ke miri (niah sebenarnya)

take a break
Sampai niah, pergi solat dulu, dan terus kami pergi ke taman niah.. So bermulalah advanture aku ngan papa disini.. ini kali ke2 aku pergi niah nie. so dah ada bayangan dan mentally prepared utk sampai ke sana. tidaklah aku rasa letih mcm kali pertama ke sana dulu.
 
pose ajee..

pantai miri..

ngan bujang senang

kasih ku seru!!

end of this journey

hope jumpa lagi

papa yg sporting..