Dah berapa orang datang menjenguk

29 Mac 2013

Sesuatu Yang Mengasyikkan

ABC
masa balik nie, maca2 nak makan. iyelah kat sana jarang ada benda2 mcm nie. lagipun perasaan was wasa memang menebal. kat sini, kalau teragak aje, terus berhenti singgah dan makan. harga pun murah takdelah sampai puluh2 ribu

rehat sekejap

mmg ramai yg kata, malaysia nie memang meriah barang makanannya. jadi bersyukurlah menjadi warha negara yang aman sentosa ini. takde rasa takut2 nak keluar pergi makan kat mana2. kalau negara yg berperang, mmg sentiasa berwaspada.

26 Mac 2013

result SPM

muka2 mcm bahagia aje
dah lama result spm keluar, tapi baru  ni aku rasa nak tulis ape2 yang patut... tahun 2012 adalah tahun yg mencabar bagi aku dari segi kerjaya aku sbg seorang 'pendidik'. ini adalah kerana (wah ayattt...) tahun tu aku struggle dgn tugasan aku. aku pegang 3 kelas exam SPM dgn satu kelas PMR. di tambah pula aku sorang2 jd guru kelas  tingkatan 1 (banyak yg kena buat dgn ting 1 ni), dengan blog sekolah lagi dan tambahan dengan SUP aku cuti besalin, so aku kena daftarkan sekaligus SPM dan PMR. so bolehlah aku dengan bangganya menobatkaan diri aku ini antara guru terpenting kat sekolah walaupun takde sesiapa yg perasan (kui kui kui)
 
kat sini aku bukannya nak menunjukkan kerja yg aku buat, tapi sekadar perkongsian dengan student aku masa PnP. yang lain tak perlu la tahu.... berbalik kepada persoalan pokok, result SPM. malam 20 mac tu, aku rasa tak boleh tido, berdebar2 lain mcam aje. esoknya ke sekolah lagilah debaran semakin kuat. aku langsung takde mood nak masuk dalam kelas. masuk kelas sekadar bagi kerja dan jaga exam aje, sbb fikiran aku melayang2 dengan result SPM ni. sempat jugak aku bergurau dgn kak la, nak duduk bawah meja kalau result tak comel nanti atau dengan erti kata lain tak dapat A.
cik Nan & A1
 debaran semakin terasa, last2 PK1 balik, aku antara org yg palling awal menyibuk nak tengok result, walaupun dah beberapa kali dimarai oleh ibu (kerani) dan semua kerani kerani yang seangkatannya kat office. itu aku tak peduli, yg penting debaran aku mesti di redakan.
 
aku ada tiga subjek yg berlainan utk SPM kali ni, Fizik, Pend Moral dan Geografi. kalau diikutkan mmg tiga jurusan yang tiada langsung titik persamaan, tapi aku ambil risiko dan yakinkan boss yg aku nak dan mampu untuk ambil risiko tersebut. pada awal tahun mmg la rasa biasa2 aje, tapi lepas bulan jun baru rasa tekanannya.. di tambah lagi dengan tekanan2 yang lain. mmg lain rasanya nak menghadapi tekanan utk SPM ini. banyak masa aku dihabiskan untuk buat set soalan, cari strategi menjawab soalan, cari dan analisis kesalahan student dan tidak lupa jugak nak buat kelas tamabahan. tatkala org lain ada 'quality time' bersama2 yg tersayang, aku plak gigih dtg skolah nak buat kelas tambahan... tak kisahlah pagi ke, petang ke... rasanya ada sekali dalam bualan puasa...
org lain exam, kami buat kelarai...
kelas geo 5Sn lg special... aku terpaksa ajar luar sidang, tak pun aku terpaksa balik lewat utk ajar mereka, atau kelas khas 3 jam pada hari sabtu atau ahad mana mana yg mereka boleh.  tapi aku kena puji jugaklah mereka ini. komitmen mereka juga menjadi satu kekuatan bagi aku nak buat kelas. mereka rajin, boleh berdikari dan yg penting ada keinginan dan kesungguhan. kadang2 aku rasa boring jugak sbb dalam seminggu dah 8 masa aku jumpa mereka, tapi demi kejayaan dan kepauasan aku kuatkan azam dan semangat...
 
tak cukup dengan kelas tambahan, sampai diaorg exam SPM pun aku masih setia menemani mereka, walaupun hanya sekadar maskot aje.. tapi aku tidak kisah....
 
Linie : kenapa cikgu sanggup tunggu kami sampai hari ni?
Aku : supaya saya tidak akan menyesal kemudian hari nanti
 
dan akhirnya, 21 MAC 2013, menjawab segalanya....

 
Pendidikan Moral.....

anakku, dah membesar kau skrg
untuk percubaan pertama aku, Maria dapat A+, cik Nan dan Anny dpt A-. kelas lain ada 8 lagi yg dapat A dan Nill Tyson dpt A+ gak. PM ni aku tak tahu nak cakap camana, nak katakan berjaya, cuma ada 3 org aje dr kelas aku, yg lain dari kelas lain, tapi rasanya aku layak utk pujian itu, sbb masa awal2 tahun dulu, aku terpaksa cover kelas tu jugak sbb cgu yg mengajar kelas tu "bercuti' selama 3 bulan tanpa khabar berita. sebelum cgu pengganti dtg aku ada tolong2 tengokkan mereka dan beri mereka semangat. hasilnya amatlah membanggakan, mengalahkan kelas aku pulak...

Geografi.....
hari last, sebelum masuk exaam geografi
setelah 4 tahun aku mencuba.. segala penat lelah aku curahkan, segala idea aku cuba kongsikan bersama2 akhirnya berbaloi. bayangkanlah dari tahun
lepas terbaik hanya B+ sahaja,  tahun nie aku berjaya dapat 4 org A. Masih lagi mengharapkan Maria dan Nill Tyson serta cik Nan dan kali ini featuring anakku, Sanaum (dah rezeki dia kali ini). Yang lain kira membanggakan juga. utk pertama kalinya aku dapat 100% lulus. kalau sebelum ni GPS berlegar sekitar 6 tapi kali ini aku pecahkan rekod 4.73. agak tinggi tu (harap2 tahun ni tak dapat dipecahkan sbb bukan aku yg ajar, HAHAHAHAHAAAAA).

Fizik....
Part of my life... Major aku yg sebenar2nya. Kekuatan aku... tapi yg ini aku agak terkilan. Ayam tambatan aku hanya dapat B sahaja :(  aku dah dapat rasa confidentnya, yg dia akan dapat A or A- tp tak tau kat mana silapnya... aku kena check balik la.... Masih mengekalkan lulus 100% tp lulus yg lemahla....

so secara kesimpullannya, adakah aku gembira?? atau adakah aku bersedih??? tuhan saje yg tau. bak kata Nill Tyson pd aku, SPM nie hanya satu permulaan untuk satu perjuangan yg lebih besar.. :O




Nill Tyson
 




Maria Martina

 
p:s

cgu, ajarlah adik2 saya mcmana cgu ajar saya dahulu. mcmnana cgu bersusah payah utk kami, mcm tu jugaklah cgu bersusah payah utk mereka...  NTB

22 Mac 2013

Balik Kampung




15 Mac 2013

nyaman...

teringin nak makan yg sedap2. tapi ape ye??? pegi jenjalan kat pasar td, jumpa benda nie, so beli sikit, blik terus goreng. sedap jugak.
 

 
nyaman...

9 Mac 2013

Cerita Minggu Ini



1 Mac 2013

demam...


dah dua hari badan rasa tak sedap. dari hari rabu lagi... tapi gigih pergi berjemur tengok org menangkap ikan bagai. sempat tgk masakan rimba sebelum ke soduku.. yg paling best, tekak kering ada batuk2 skit pergi minum ais.... haaa memang menjadi jadi penyakitnya. ingatkan nak 'ponteng' keesokkan harinya. tapi tak bole la plak, ada 'urusan' seripaduka baginda kat skolah. terpaksa gagahkan diri walaupun under red line.
 
malam rasa dah tak bleh tahan, kul 9 dan nak mula tido. yg herannya, masa nie la ramai nak call, nak sms tanya khabar bagai. mcm tau2 aje aku sakit.. sory... xbleh nak layannnn. tdo lagi best... agaknya dah terbiasa tido 5-6 jam aje, terbangun plak pukul 2.30 pagi..... oooooooo...... tak tau nak buat ape??? nak tido pun mamai aje....
 
trusted brand
 
td aku tak larat sgat (sebenarnya larat tp malas jeeee) ke skolah... call Kak La utk bgtau PK... so pergilah aku kat klinik 1Malaysia kat depan rumah ambil mc... dan ubat skali. rupa2nya sepanjang aku demam ni, aku makan ubat yg dah expired.. patutla.. lepas makan makin sakit...
 
kat klinik plak lain cerita.. suspen aje aku masuk. dahla suasanya sayu sepi.... suam2 kuku aje.. siap ada tag 'close' lg depan pintu. aku dah nak blik dah, tp cuba jugaklah tanya, kot2 pukul berapa diaorg bukak balik???  alamak sorry kami mmg bukakla cgu, terlupa nak turunkan sign close tu aje.. aku:??????????????......boleh mcm tue??? dah pukul berapa dah nie???? so dari tdlah mcm tu. patutlah aku tgk tak banyak org dalam tu. kalaulah aku tak tegur td, mmg smpai ke malam la takde org yg datang.
 
jumpa dgn MA plak lagi suspen. ingatkan nak 'manja2'. lain plak jadinya. siap tanya dah berapa lama sakit, aku kata 2 hari. badan panas tak? panaslah aku kata. so diapun amik suhu, mmg ada panas lagi la.. adabatuk tak? tanya dia lagi.. ada aku kata, terus berdemo batuk depan dia kan. nak tunjukkan aku ni sakit. terus dia mintak sampel darah aku.. terus konpius, kenapa plak nie? sbb awak suspek malaria. What???? MALARIA??? terus rasa mcm dah sihat aje.. dia nak bg ubat lg pun aku takmau. konon dah sihat la katakan... siap dia kata lagi, skrg ni malaria dah breake up, so ramai yg kena.. kalau difikir2kan pun mmg ada betulnya. ramai gak kawan2 aku yg demam skrg nie. bebudak pun sama.. hai macam2. harap2nya aku sihatlah lepas nie. ...
 
agak2nya, nyamuk ni yg gigit aku kot