Dah berapa orang datang menjenguk

26 Jun 2014

Anugerah Yang Terindah



tidak tahu bagaimana ianya bermula, tapi sekarang sudah pun mula berbunga. mungkin disebabkan rasa kesorangan dan kesunyian sambil melayari alam maya, banyak perkara yang baru kita dapat kumpul dan terima. tuhan berikanlah aku cinta, antara ucapan keramat yang sering saja dipohon pada yang maha kuasa.ada berbagai cara Sang Pencipta boleh mengembirakan makluknya. ada yang secara biasa mahupun yang luar biasa. tapi kali ini ianya datang dengan sangat tiba tiba walaupun pada mulanya adalah sangat perlahan dan tidaklah meyakinkan.
 
keindahan pelangi selepas hujan adalah sesuatu yang sangat mengasyikkan. ku tahu dan yakin bahawa kehadirannya adalah cuma seketika, namun sebagai insan biasa ku panjatkan doa agar aku boleh menikmati keindahan itu seadanya walaupun seketika.