Dah berapa orang datang menjenguk

27 September 2010

konpius



kadang2 aku tak terjangka bila akan dapat benda2 yg aku sendiri tak jangkakan walaupun jauh disudut hati ini benda itulah yg selalu aku inginkan.... bile benda tu dah ada didepan mata, aku tak tau samada hendak aku terima atau tidak.... adakah ini dinamakan takdir....


semakin difikirkan semakin kusut rasanya....

26 September 2010

Sakitnya Rindu

kadang kadang, kita pernah terfikir. apalah yang boleh kita buat untuk meghilangkan rindu pada seseorang?? ada yang cuba pelbagai perkara, ada yang tengok gambar, sms, call tak pun just imagine org tu ada kat depan kita. tapi bagi aku selagi tak jumpa sendiri dengan org tu, so rindu tu mmg tak kan hilang.

tapi selalu jugak aku tertanya, adakah orng yg kita rindui itu pun turut merindui kita????? atau kita aje yg terhegeh2 sedangkan org tu sdikit pun takde ape2 perasaan.. mmmm.... sabar ajelah.

betulla kata org sakit merindu ini kadang2 boleh buat gile jd serba tak kena. buat semua benda pun tak jadi.. tapi kalau tempoh 'kerinduan' tue menjadi terlalu lama... apakah perasaan itu masih lagi wujud???? mungkin perasaan rindu tu dah jadi perasaan lain pulak....







Sakitnya Rindu - Freshies

Kekanan Kekiri

hendakku cerita
cerita tentang cinta
antara aku dan dia

tinggal berjauhan
hati tetap sayang
cuma kamu di pandangan

bingungnya aku
binggung tak keruan
binggung di hati kian
bersarang kini

ku rindu wajahmu
ku rindu senyummu
mengapakah diriku
tak lagi kau hubungi

ke kanan, kekiri
ada saja wajahmu
mengapa kau terus
terus dia membisu

kekanan kekiri
ada saja bayangmu
mengapa rindu ini
yang kau tinggalkan untukku

tengah malam sepi
ku mula bermimpi
tentang masa depan kita

sakitnya merindu
bukan kau tak tahu
cuma kamu didepanku

tiba tiba bagai terasa
dirimu di sisiku selalu
ku renungkan masa yang lalu
bahagia bersama denganmu

ku tahu engkau juga
amat rindu padaku...

22 September 2010

hehehe


no komen, tengok ajela....

21 September 2010

Terkenang Semasa Dahulu

Salam semua :)


tadi aku pgla kat fb aku... htah la tetiba rajin plak nak menyelongkar fb org lain dan cari org2 yg aku kenal. so dlm banyak2 yg aku jumpa, tetiba aku ter'curik' gmbr aku yg nie... diam tak diam dah lebih 13 tahun aku tinggalkan alam persekolahan. betullah kata org, zaman skolah adalah zaman yg paling best dan takkan ada yg lagi best dari itu (cewahhh berfalsafah plak)


fyi, aku skolah STTJ Seremban, batch 96/97. So mane2 yg kenal aku, so silalah kita tkg gmbar nie sama yea...




ni gambar masa kita org ada sukaneka antara dorm. ni sumer dormate aku la, dorm 5 masa tu. berposing sebelum main tarik tali kott.... kalau tgk kat blakang tu, itulah STTJ masa 97. masa tue tgk sibuk renovation skolah nie. tapi aku tak sempatla nak gunakan cz aku dah graduate, menda tu blum lg siaplaaaa..... ( aku duduk no2 dari kiri)





ni gmbar dalam dorm, lepas maghrib, nk pegi prep malam. aku baru balik dr surau (dulu aku ajk surau lagi), terus amik gambar. tak sangka plak aku jumpa balik gmbar nie. kalau tgk kat balakng, dorm aku 'agak' bersihla kalau nk dibandingkan gn dorm org lain... rasanya, katil aku yg belah atas kat kiri gambar tu yg ada kain plekat... kemas kan :) inilah rasanya satu2nya gambar yg lengkap kami ber 16 orang. (aku berdiri paling kanan, baju pink)






nie lagi skali gmbar kami satu dorm. masa nie final year. nak pegi jamuan akhir tahun. disebabkan kegawatan ekonomi, jamuan ada kat skolah aje. aku maintain la jg budak baik laaa. mcm ustaz gak malam tu...(aku pakai baju melayu, no5 dr kiri)



tapi yg sedihnya.... dalam 16 org diantara kami, dah 2 org dah menemui Ilahi. (al fatihah utk mereka). yg pertama (kalau gmabr di atasla jd rujukan) arwah fadillah, baju melayu kuning, no 3 dr kiri. dia nie sebenarnya kwn abik aku spanjang 2 tahun aku kat STTJ nie. org nya baik, tapi tuhan lebih sayangkan dia dr org lain. dia meninggal 2 minggu lepas exam SPM keluar, accident, smpai sekarang aku sedih lagi kehilangan kawan yg sangat2 baik dan sabar dengan aku, dan sampai skrg aku tak boleh cerita pasal STTJ sbb bnyak masa aku mesti dengan dia, cerita dia, bersama dia dsbb.... :'(



yg kedua, arwah amri, duduk paling kanan. yg nie aku tak tau bile dia meninggal, aku baca komen dlm fb aje, yg aku tau dia nie bekas lecture poli dungun, meniggal sbb denggi.. dengan dia aku tak banyak cerita, lgpun dia nie jenis pendiam dan lowprofile, buat kerja sendiri aje. tapi tetap baikla dengan aku, ala gaduh skit2 tu biasala....


ape2 pun semoga kedua2 roh mereka ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. aminnnnn....


yg nie yg aku paling suprise. smart tak??? hari jumaat, biasala kena pakai baju melayu bersamping bagai. masa nie jamuan mentor mentee lepas raya... aku ingat lg, masa nie bulan februari (masa tu puasa bulan januari, februari raya). aku ada 5 adik beradik angkat yg lain. kira suspen sgt2 bile kena panggil kat mak angkat aku masa tu... (mak angkat aku tue mmg terkenal dengan ke'singaan'nya semasa mengajar, tp dia tak ajar aku pun). aku ingatkan nk kena brainwash sbb prestasi yg tak berapa baik masa ujian bulanan, alik2 aku masuk kat bengkel, yg lain tengah sedap 'membaham' makanan yg sgt2lah bestnya waktu tu. ape yg aku ingat, aku ada banyak makan coklat waktu tu, kebetulan husband mak angkat aku tu br balik dr overse... heheheheheee merasa laaaaa ( aku no 3 dari kiri)


bile aku renung balik gmbar ni, jauh aku melayang ke zaman persekolahan aku mmg rindukan waktu itu, kalaula ada time machine, ingi aje aku masuk dan kembali pd zaman ini. aku boleh target dengan jelas dan terang bila dimana dan pukul berapa yg aku mahu balik... tapi aku tau itu hanya satu angan2 yg hampir mustahil bagi aku.


so skrg kita hidup di bumi yg nyata, berpijak dibumi yg nyata, dan impian pu kenalah nyata jugak. jgn jd mcm mat jenin yg terlalu berfikir jaug kedepan sehingga merosakkan diri sendiri....



jumpa lagi holalala

20 September 2010

Layan...

Tetiba malam ni rasa blues skit. padahal baru aje sehari nk start kerja. takpelah, maybe aku rindu lagi kat ayah aku kot... huhuhu




Salah seorang favorite singer aku, diam tak diam dah lebih 14 tahun aku minat dia. tapi lagu nie memang lain dr yg lain. tak pernah plak aku dengar dia menyanyi macam nie. layan ajelaaaaa



Jahat....
teringat aku kat bekas kawan lama aku. dia selalu cakap jahat kat sumer orang, walaupun kat bekas kawan baik dia gak. ape apepun semoga dia bahagia sekarang nie

18 September 2010

Aaagggghhhhh!!!!!


Akhirnya apa yg terbuku dihati akan dapat diluahkan sepenuhnya tak lama lagi.
aaaaaaaaaaaaggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!

10 September 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin




8 September 2010

Mantai

Mantai???? ape benda tu??





bagi org luar (hehehe) mantai adalah benda yg pelik bagi mereka. mungkin ini kali pertama mendengarnya. Tapi kalau anak jati N9, sebut aje mantai, terbayang kemeriahan suasana raya dah... dengan pelbagai persiapan yg dilakukan termasukla dengan pelbagai juadah yg pastinya menyelerakan.



kacau jgn tak kacau


Mantai merupakan satu tradisi turun menurun, diwarisi masyarakat Melayu Negeri Sembilan yang mengamalkan adat pepatih di negeri ini, di mana haiwan ternakan disembelih sempena kedatangan Ramadan dan Syawal. Pada waktu ini juga semua og akan sibuk dalam menyiapkan segala persiapan terutamanya juadah yg aka disajikan di hari raya nanti. biasanya rendang, ketupat, lemang, dodol dan segala macam juadah akan disiapkan pada hari ini. menghias rumah juga akan dilakukan pada hari ni. menukar langsir, mengecat rumah, memasang pelita, menyapu halaman dan sebagainya.



tahun ni aku dapat sambut mantai kt kg, dah 4 tahun aku tak dpt maklumla jauh diperantauan. pagi2 lagi ayah dan mak sibuk dengan tugas masing2. ayah dah sibuk memborong daging utk dimasak rendang, mak pulak memang tak menang tangan didapur nak siapkan segala macam juadah yg best2 dan lazat2 belaka. aku plak, hanya menjadi pembantu yg setia, utk mengangkat itu ini, pergi kekedai dan selebihnya tugas aku menjadi pemerhati tetap sbb aku dah 2 hari demam sejak balik kt kg nie (waaaaaaa!!!!!!!)




tahun nie, mcm biasa, mak akan masak rendang ayam ngan gulai daging masak cili api. yg penting walaumcmana pun kedua2nya tetap PEDAS dan BERASAP. itulah kelebihan anak jati N9 hehehehe.


my favorite


satu lg yg wajibnya masakan mak ialah sayur maman. tak taulah kat tempat lain panggil ape? tp kat N9 nie sayur nie memang terkenal setiapkali tibanya raya. Sayur nie akan dicampur dalam rending daging ataupun ayam. rasanya kalau diikutka sangat pahit, tapi kalau kena dgn cara masaknya, jadi pahit2 lemak plak. biasanya, kalau cambur dengan daging, memenag maman nie yg akan habis dulu, sblm dagingnya…


my specialist, parut kelapa

oklah nk pegi jeguk kat dapur kalau ada ape2 lg yg aku boleh tolong angkat dan tengok. doakn juga kesihatan aku skali ye. dah nak raya nie, tak nak terkurung aje kat umah sebab sakit. jumpa lagi, holalala…

2 September 2010

5 sebab aku patut gembira nak balik raya kali ni

Tak sabar rasanya nak balik raya esok. Tapi yg lebih menggembirakan aku ialah tambahan 5 lagi faktor yg membuatkan aku makin tak sabar dan excited nak beraya kali ni.

1. Dah habis menanda semua kertas exam

puas aku berusaha siang dan malam, untuk menanda semua kertas exam budak2 aku nie. akhirnya semuanya selamat aku tanda, dah key in markah dalam komputer, dah siap tulis kat dalam buku laporan, dah komen skit2, PK1 aku dah sign, so tiada apa lagila kerja yg tinggal kat sekolah nanti.



2. Waran flight aku clear.



nie kelebihan cgu2 semenanjung yg bertugas di Sabah/Sarawak. Ada tiket flight percuma tiap2 tahun. dan biasanya aku akan amik masa cuti hari raya ni. So dgn erti kata lain, aku balik guna tiket free. siap dapat naik limo KLIA sampai depan rumah lagi. Oh bondaku, tunggulah kehadirana anakanda mu ini di hadapan pintu rumah esok!!!

3. Zakat fitrah, dah selamat aku bayar



Sebagai umat islam, adalah satu tanggungjawab utk kita keluarkan sedikit wang kita utk zakat fitrah di bulan ramadhan ini. ini semua adalah untuk mensucikan semua harta kita, dan juga dapat berkongsi dengan org yg memerlukan kelak.


4. kek lapis aku dah sampai



tahun nie aku ada bawak banyak kek lapis utk raya kali nie. kat sarawak nie, biasalah, kek lapis adalah satu kemestian. mcm2 aku beli tahun nie... duitnya pun mmmm...mmmmmm paham2 ajela



5. Duit raya dah ada dah... :)

Alhamdulillah, adalah sikit rezeki tahun nie, dapatlah aku berkongsi dgn org lain. yg penting sape2 yg datang kat umah aku beraya siap cium tangan lagi dapatlah ang pow dr aku. berapa aku nak bagi? adelaaaaa....


So aku sememangnya dah bersedia sgt2 nak balik kali nie. rindu kat family pun betul jugak. dah 4 tahun aku tak dapat berpuasa kat kampung, sbb skolah cuti sehari sblm raya. tapi tahun ni dapatla seminggu kat kampung...

kepada semua selamat berpuasa dan hari raya aku ucapkan. hehehehe... mmg excied nak balik raya ni. jumpa lagi kat semenanjung. holalalala