Dah berapa orang datang menjenguk

5 Ogos 2010

Graf

Harini aku mengajar macam biasa. lagi sebulan nak exam, so aku buat skit ulangkaji dengan student aku. kelas nie aku anggap special skit, sbb mereka nie terdiri dari dari student yg "kurang ilmunya" nak bandingkan dgn kelas lain. ramai kwan2 aku mengeluh bila masuk dlm kelas nie sbb bdk2 nie tak dapat paham apa yg mereka ajar. bagi aku (bukannya nak tunjuk pandailaaaa, tapi kongsi pengalaman), kelas macam nie kita kena kreatif. jgn bagi banyak benda sangat. lebih2 lagi benda yang factual. bagi mereka benda2 yang fizikal. aku kalau masuk kelas nie, kalau tak melukis dan mewarna, memang tak sah, walaupun kadang2 jauh menyimpang dari silibus. tapi tujuan aku sebenarnya adalah untuk mencungkil idea dan bakat mereka yg mungkin mereka sendiri tak tau.
mix and match
Contohnya hari ni, aku mengajar tajuk jenis pekerjaan di tempat saya. Walaupun tajuknya simple, tapi bagi mereka amatlah susahnya nak menghafal, ditambah pula dengan ada yg langsung tidak boleh membaca. jadi nak jadikan cerita, aku tukar aktiviti membaca kepada melukis graf..

clifford, antara yg "senang" diajar


walaupun masa yang diambil sampai 2 waktu, tapi aku rasa amat berbaloi. "win win situation". aku tak susah nak kawal mereka, mereka pun dapat enjoy apa yg aku ajar, disamping dapat buat sendiri graf aku aku suruh. lagipun bukan senang nak buat graf nie, kena teliti dan hati2 takut bacaan yang dibuat tidak sama dengan yang dilukis. dengan adanya aktiviti macam nie, kebarangkalian student aku nak "escape" amatlah kecil skali. lagipun mereka sendiri yg ada perasaan rugi kalau nak buat mcm tu. itula pasal aku menjadi cgu favorite dlam kelas nie (heheheh... puji skit diri sendiri daaa.....)



saling membantu


satu lagi, yang aku selalu praktikkan, aku suka campurkan mereka alam pelbagai tahap. yg pandai aku yak bagi duduk setempat, yang tak pandai pun aku pisah2kan. dengan nie, yg pandai akan cuba tolong yang lain. dengan macam nie, yg pandai akan rasa dihargai dan mereka akan lebih cepat paham apa yg aku ajar, yg tak pandai plak, juga akan rasa dihargai dan mereka lebih selesa dengan kawan2 mereka nak berbandingkan dengan aku sendiri.

so tugas aku dalam kelas, memantau setiap pergerakan mereka dan jadi papparazi separuh masa laaaaaa.hehehehehe......


tgh concentrate ni cikgu...

kepada semua, aku harap cerita aku nie dapat sedikit sebanyak memberi info dan pengalaman yg berguna kepada semua. sebagai seorang cikgu, aku tak malu untuk belajar lagi tentang apa yang aku tak tau, lebih2 lagi dalam kaedah 'menawan' hati student aku untuk belajar. jadi kalau ada apa2 cadangan atau komen, silalah berbuat demikian. holalala

2 ulasan: