Dah berapa orang datang menjenguk

27 Disember 2013

Genggam Jari Ku

Buat kawan2 aku yg suka sangat lagu nie, macam zizan, apis, wang dan irfan. tak lupe jugak kpd penjenguk setia skrg ni, matjein....enjoy... tak lupa jugak pd andax dan abg long....u're yhe great!!





Terasa sejuk dipukul angin malam
Begitulah hati ku saat ini
Mengenangkan dirimu yang jauh di mata
Kerlipan Bintang yang Bersinar
Dilihat memancarkan cahayanya sendiri
Sering ku merasakan ku melihat kelibat mu

Terang cahaya sang sinar
Begitulah rasanya hati ku
Selalu merindukan dirimu
Terang cahaya sang sinar
Begitulah rasanya hati ku
Selalu merindukan dirimu

Genggam Jariku, usah dilepaskan ketika hati susah
Kita berdua sudah berjanji satu cinta yang dipadu
Genggam Jariku, bersama hati yang takkan pernah hampa
Bersumpahlah kita untuk kekal bertahan hingga selamanya.


Betapa pilunya hati aku ini
Andai kita ditakdirkan untuk berpisah kelak......


Genggam Jariku, usah dilepaskan ketika hati susah
Kita berdua sudah berjanji satu cinta yang dipadu
Genggam Jariku, bersama hati yang takkan pernah hampa
Bersumpahlah kita untuk kekal bertahan hingga selamanya

16 Disember 2013

pito sana sini...


14 Disember 2013

harus bilang WOW! gitu



semangat WOW!! kini sudah meresap ke suluruh nadi pitos skrg ini.teruskan semangat yang sangat positif ini. Sebarkan semangat ini juga ke seantero pelusuk mana yang akan kita pergi.. semoga ianya menjadi satu titik permulaan kembalinya kegemilangan kita

8 Disember 2013

kawan aku bah itu...

sekadar gambar hiasan

 
setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. kita tidak menyangka bila kita akan bertemu dan bila juga kita akan berpisah. kita tidak dapat menduga mcmana org yg bakal kita temui dan bagaimana juga mereka selepas kita berpisah..
 
namun apa yg pasti setiap pertemua itu pasti akan meninggalkan seribu satu makna, seribu satu pengalaman yang pasti tidak akan kita perolehi lagi....
 
jadi selagi kita masih diberikan kesempatan, hargailah setiap pertemuan itu, kerana kita tidak akan dapat merasakan kemanisannya sehingalah kita akan  berpisah....
 

5 Disember 2013

YANG MANA REZEKI KITA? - coretan pengalaman

"Ustaz, berapa semua tadi" tanya saya kepada sahabat baru yang baru saya jumpa pada pagi hari itu. Saya memesan kepadanya bateri, sarung tangan dan air minuman ketika beliau keluar ke Pekan Kenin...gau atas beberapa urusan.

Seawal 6am pagi hari itu kami telah bertolak ke Kg Kabatang, Sook dari sebuah homestay di tidak jauh dari Pekan Keningau. Sebelum Zohor kami meneruskan pula misi khatan ke Kg Meninipir, Keningau. Jumlah peserta khatan pada hari itu berjumlah 54 orang, melebihi persediaan kami. Jumlah ini tidak termasuk tambahan yang terpaksa ditolak atas desakan masa, peralatan dan kudrat. Semua percuma khusus kepada yang saudara kita yang tidak mampu.

"Takpe syeikh. Ana belanja" jawabnya.

"Jangan begitu ustaz. Kami ada la sikit-sikit budget" saya menyahut.

"Takpe syeikh. Bagilah bahagian kat ana sikit. Ana nak juga. Itulah rezeki ana" jawabnya semula.

Beginilah peristiwa suasana biasa tapi sentiasa mendatang perasaan luar biasa. Beginilah kebiasaan sikap dan hati banyak pendakwah-pendakwah yang saya kenali. Banyak kerja-kerja kebajikan mereka percuma, tidak diupah malah kerap mengeluarkan duit sendiri bagi menampung mana yang terdaya.

"Ana masih ingat masa ana makan-makan dengan keluarga ana dulu. Bila nak bayar, semua nak bayar. Akhirnya arwah ayah ana yang bayar. Katanya APA YANG KITA MAKAN TADI BUKAN REZEKI KITA, ITU ADALAH REZEKI ULAT YANG AKAN MAKAN KITA LEPAS MATI. REZEKI KITA ADALAH APA YANG KITA BERI ORANG MAKAN MASA KITA HIDUP. ITU YANG AKAN BANTU KITA DI AKHIRAT NANTI. Sampai sekarang ana masih ingat pesan arwah ana tu" cerita Ustaz Hisyam menjustifikasi tindakannya dan tazkirah ringkas buat saya di bucu bilik yang hampir kelam dek menjelang hujung siang itu.

Mentol-mentol tambahan telah mula dipasang buat pengganti suria kepada sahabat-sahabat 'tok mudim'.

Saya hanya mampu tersenyum dan mengangguk. Sungguh hati-hati ini perlu dilatih untuk mengingati mati. Mengingati mati akan menghidupkan hati. Khatan Nusantara @ Sabah 2013 bukan hanya kerja kebajikan dan dakwah, tetapi misi mencari rezeki buat bekalan lepas mati.

Kami selesai peserta khatan terakhir pada hari berkenaan sejurus selepas masuk maghrib. Selepas solat jamak, makan dan berehat seketika, kami bergerak ke Kota Kinabalu untuk meneruskan misi pada esoknya.

diambil dr fb Dr Firdaus AR

20 Oktober 2013

second time

flight ke jb

untuk kali keduanya, aku ikut pito, tapi kali ni, di utm

3 Oktober 2013

Jaga Exam


Setelah 4 tahun, kini aku kembali lagi kat SMKUB. Kalau dulu jaga SPM, kini aku jaga PMR. MAsih sama sekolahnya. aura pun tetap sama.

8 September 2013

heheheeaaa......


tak tau ape nk tulis... biarlah gambar ini berbicara sendiri. aksi domie ngan bieji kt bilik guru,makan mee,aku plak cube enterframe

2 September 2013

Jemput Makan - Kerabu Meggi

Kerabu Meggi - Ciptaan Sendiri
Bahan Bahannya
  • Tempe Goreng
  • Kentang Goreng
  • Bawang Besar dihiris halus
  • Mangga muda diracik
  • Timun di racik
  • Daging Burger digoreng dan dipotong dadu
  • Telur hancur
  • Sos Tiram
  • Sos Tomato
  • sedikit garamdan Ajinomoto
  • sedikit perahan limau
  • Meggi sebagai pelengkap...
Semua bahan2 di atas digaul sehingga rata dalam satu bekas

Cubalah sendiri dirumah
ringkas dan sedap..... heheheee

25 Ogos 2013

Hari Pengakap Sedunia 2013

 
 


11 Ogos 2013

Raya ke4. Masih mood raya

Ngan family Pak Uda di Pasoh 3

Raya Ke3 di Kluang

sebahagian drpd 3 family sblh ayah bergambar kenangan

10 Ogos 2013

Selamat Hari Raya...

my sibling

8 Ogos 2013

Suatu Hari Di Malam Raya


Salam Lebaran 2013


5 Ogos 2013

balik kampung





11 Mei 2013

suatu masa dahulu


ini gamabr yg aku ambil masa sambutan maulidur rasul 2009. masa tue, masih kurus lagi laaa... hheeehhehehee. kat belakang kelihatan jelas kolam kontroversi tue. tapi apa yg aku nak cerita kan kat sini ialah.... gambar ini memberi seribu mcm kenangan aku kat sini.
 
kat dlm gambar tu, ada aku, edin, rafiq ngan nanta. ni kira student aku masa 1B. aku ajar sains masa tu. edin baju merah tengah cekak pinggang. aku kenal baju tu, aku yg belikan tapi bukan untuk dia, untuk abg dia. kiranya baju nie diperturunkanlah. nanta baju pink. ops!! bukan aku yg belikan, org lain tak tau sape... tapi aku ada jugak belikan nanta baju raya, lupa warna ape tapi aku rasa dah tak muat kot sbb dia 'membesar' dgn cepat. rafiq plak, baju kelabu. masa nie dia siap pakai samping lagi. aku sempat tengok samping dia ni, berjahit dari atas sampai ke bawah. biasalah samping bebudak. si rafiq nie, rasanya aku ada jugak belikan baju raya utk dia, tapi dia kena pulangkan balik sbb harta sekolah.
 
aku pengarah fotografi ni. So aku suruhlah mereka buat aksi aksi bebas, jangan pandang camera. pandang arah lain2. mcm berpandangan jauh gitu....suasana agak santai, dan mereka ikut cakap aku. rasanya antara meraka pun tak pernah tengok gambar ni. tersimpan kukuh dalam arkib aku. cuma malam nie aku rasa mcm nak keluarkan balik gambar ni. nak suruh gambar ni berbicara untuk aku.
 
ada org komen gambar ni. "dalam ber4 nie, dah ada seorang dinaikkan taraf". betul jugak tu... sape orang tu, apakah tarafnya biarlah gambar ini yg terus berbicara.
 
so awal tahun nie, ada jugak sambutan maulidurasul peringkat skolah. aku pun puas nak "adjust" mereka ni utk bergambar balik. so hasilnya......
 
 
aku aje yg maintain dgn baju yang sama. takdela membesar sgt kalau nk bandingkan dengan mereka bertiga kan....

so  selamat menghadapi peperiksaan SPM kpd mereka semua pada hujung tahun nie.. gud lucks!!

4 Mei 2013

kk1M


dua tahun lepas, aku ada berniat nak hadiahkan kit kat kat semua pelajar aku jika ada mana2 pelajar tahun tu dapat A subjek aku dalam SPM. 2011 result, tiada rezeki. so aku tangguhkan dulu niat tu. 2012 resul keluar, agak gempak skit. tapi aku mcm dah terlupa dengan niat aku nie. so bulan  ni ada rezeki lebih skit, aku pergilah beli 'cekelat' tu dengan harga yg murah. bagilah sedekah kat semua student2 aku. tak rugi pun kan...

so program tu, aku namakan sebagai bantuan kit kat 1 Malaysia ataupun kk1M....
enjooy!!!

23 April 2013

dua kali terperanjat

jalan2. dah lama nak beli kasut sbb kasut lama dah 'nazak'. so hari nie ada masa pergilah singgah kat kedai yg ada kat sini. lepas survey, pergilah kat satu kedai nie, belek2 lama, jumpalah kasut yg berkenan. harganya pun boleh tahan, tapi tak kisah asalkan puas hati. lepas tue mintaklah kat sales girl kasut yg aku berkenan, suruh dia cari saiz yg aku ak. punyela lama dia mengeledah kedai, akhirnya jawapanna... no...dah habis saiz tu, takpelah bukan rezei kot..

pergi kedai yg kedua. msih cari kasut yg sama jenis, ada jumpa tapi warna pulak lain. sama jugak sales girl tu kata dah habis stok.... :(

teruskan lagi kat kedai yah ketiga.... disini cerita itu bermula...

aku jumpa lah kasut yang sama aku berkenan. warna, harga kualiti semuanya sama. lebih masih lagi dan ditambah cun, sales girl kat kedai tu ada 'terjumpa' saiz yg aku inginkan kat kedai dia. apelagi aku malas nak pikir panjang lagi pun dah letih terus kata ok, dan pergi kaunter nak bayar...

masa bayar, aku terperanjat, harga yg ditulis kat kasut tu tak sama dgn yg tertera kat mesin tu, aku tanya kenapa.. dengan senyum manisnya si casher tu pulak kata, oooo malam nie kami ada buat diskaun 50% untuk semua jenis kasut... OMG!!! murahnya. tak sia2 aku pergi kesana ke mari untuk cari kasut yg aku inginkan... sape tak suke kan, dapat diskaun 50%. banyak tu, kira boleh beli lagi sepasang.
 
disebabkab duit yg aku bawak tu banyak, so aku pikir, alang2 ada diskaun nie, aku belilah lagi sepasang kasut yg lain, bukan selalu aku nak beli kasut ni. setahun sekali aje beb. so bermulalah dengan aksi aku me'nerai' kesemua koleksi yg ada, dengan harapan ada diskaun 50% lagi... so tak lama, aku jmpa kasut yang aku berkenan. terus sambar dan nak bayar... kat sini cerita kedua! Boleh pulak si casher tu cakap, yg ini hanya dapat 40% aje diskaun, tapi kalau beli malam esok baru dapat 50% diskaun. What the Whta? dia suruh aku booking dulu kasut tu... ape puny kedailah macam nie. dahla ada diskaun tak bagitau, lepas tu siap suruh ooking lagi kasut utk be;i malam esok. agaknya dia suruh aku pergi lagi kedai tu esok yg ada grand opening kot?????
 
malas aku nak pikir blah ajelah. malam esok kalau aku rajin aku pergilah, kalau tak takdela rezeki aku nak beli kasut yg satu lagi tu...
 
 
 
 

16 April 2013

kelarai la pulak




sama tapi tak serupa
antara aktiviti aku minggu nie dgn bebudak kelas. dah lama tak hias kelas, so luangkan sikit masa untuk mereka dan diri sendiri. semua orang tahu akan 'niech' aku nie. so takde sapela yg boleh claim kan.
concentrate!!

menurunkan ilmu


seperti biasa, camera aku sangat sukakan dia


13 April 2013

aku dia dan layang layang


jacksen 3 dr kiri... masa tingkatan 1
rabu lepas. biasalah hari unit KOKO kat sekolah. dah tak tau nak buat apelagi. so aku cadang dengan Pandu Puteri nak buat layang ajelah. bagi bebudak buat, aku duduk kat tepi sambil perhati. cukup masa boleh balik. 
 
so bermulalah aktiviti aku dari pukul 2.30 sampailah pukul 4 kat tepi padang nak buat layang layang
 

jacksen (baju kuning) dah besar skrg dia
 
maxswell, gigih buat layang layang walaupun baru balik
 dari main bola baling
yang tak bestnya, layang layang yang aku cuba nak buat ta jadila pulak. tak dapat nak demo kat diaorang yang cikgu dia jugak pandai buat layang layang. takpelah lain kali kot. Mybe 2 tahun lagi baru aku tunjuk skill aku.
 

antara ahli 'piknik' aku tadi
seperti biasa, adala pulak dominic senin. sape yang dah lupa sila baca kat sini.
 dia nie bsmm, tapi disebabkan bsmm dah habis aktiviti dia joint aku kat tengah padang. apelagi terus aku lantik dia sebagai runner aku yang bertauliah. aku suruh la dia pergi ambil kuih kat dewan makan, kebetulan waktu tu minum petang pelajar asrama.
 
 

dominic senin, senyum!!!




so aku ber'piknik' kat tengah tengah padang tu. cuaca pulak mengizinkan aku duduk kat situ walaupun pada pagi tu hujan lebat, mcm nak banjir sekolah dibuatnya.
 berbalik kepada layang yang tadi... tinggi ke terbangnya??? so lihatlah sendiri. tafsirkanlah sendiri gak. bagi aku berjaya kot aktiviti aku tadi, walaupun ada yang 'cendekeh' balik awal.


layang layang yang belum putus talinya

3 April 2013

pampert

kofi oh kofi

dah lama tak mandi. lepas nie baru  raa segar dan ceria... muuuaaahhhh!!!!

1 April 2013

Berakhirnya Suatu Hari Yang Panjang

Hari2 org hantar SMS. hai watpe? watpe skrg? ape xtvt hari ni? tgh watpe tu???

kadang2 malas nak jawab dan layan. tapi kalau tak layan kata sombong pulak. lagipun itu adalah SMS "pembuka bicara" sebelum ke tujuan asalkan.  so hari nie, spt biasa ada org tanya aku buat ape? so disebabkan aku nie banyak kerja nak buat, aku main past aje kat blog nie. sendiri mau baca dan  tafsirkan sendiri. sesungguhnya aku amat busy hari ni....








 
 






 



 
 
p/s:
yg no 10,11,12 pending kot, sambung esok


29 Mac 2013

Sesuatu Yang Mengasyikkan

ABC
masa balik nie, maca2 nak makan. iyelah kat sana jarang ada benda2 mcm nie. lagipun perasaan was wasa memang menebal. kat sini, kalau teragak aje, terus berhenti singgah dan makan. harga pun murah takdelah sampai puluh2 ribu

rehat sekejap

mmg ramai yg kata, malaysia nie memang meriah barang makanannya. jadi bersyukurlah menjadi warha negara yang aman sentosa ini. takde rasa takut2 nak keluar pergi makan kat mana2. kalau negara yg berperang, mmg sentiasa berwaspada.