Dah berapa orang datang menjenguk

18 Ogos 2010

Hujan







petang2 macam nie, tetiba hujan plak......

hujan membawa banyak makna dan pengertian bagi semua orang. ada yang suka ada yang tidak. kalau petani, hujan menyenangkan kerja penyiraman sayuran mereka, tapi kalau nelayan, penoreh getah hujan bererti mereka terpaksa bercuti hari itu.....




bagi aku hujan juga memberi banyak kenangan suka duka.. antaranya main kejar2 dgn kawan2 masa kecik dulu, main lumba kuda longkang kat skolah, tersangkut kat skolah 2 jam sebab hujan lebat sangat (nak balik tak boleh, ayah tak bagi) terpaksa bangun secara mengejut dari tido gara2 nak angkat baju kat ampaian, basah kuyup bila nak pergi dan balik kerja, rumah sewa aku dulu skit lagi nak banjir dan banyak lagilaaa....






tapi petang ni hujan kali ni lain skit maknanya kat aku...dahla petang2 ramadhan ni, hujan memang ada memberi skit kelegaan dan ada sentimental value yg tersendiri plak....


makin lebat makin best plak aku melayan hujan nie. sampai tak sedar dah nak berbuka pun (nasib baik dah ada org lain yg masak hehehehehe)






Antara fungsi hujan ni, ia memainkan peranan penting dalam kitaran hidrologi di mana kelembapan dari laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai dan anak sungai untuk mengulangi kitaran itu semula.






dlm kelas, aku ada ajar pasal dua jenis hujan kat bdk2 aku, hujan bukit ngan hujan perolakan. puas aku nak diaorang sebut perkataan 'kumulunimbus'. sebab tu nama awan yg bawak hujan lebat stiap kali waktu petang ataupun senja.




inilh sedikt sebanyak yg aku nak kongsikan hari ni, sebut pasal hujan, mesti kita akan ingat dengan nama lagu dr allahyarham sudirman kan???? (selain tu ada gak aku teringat ngan hujan band) antara lagu malar segar yg mempunyai peminatnya yg tersendiri.. mari kita layan bersama2....








jumpa lagi... holalalala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan