Dah berapa orang datang menjenguk

27 Ogos 2010

Time to sleep. zzz...zzz...zzz...

Minggu lepas exam week kat skolah. so aku agak relax skit sbb tak payah masuk mengajar macam biasa, just jaga bdk exam aje. sbarnya memang mengantuk nak jaga exam nie, nak tengok diaorg menjawab soalan esei, sambil aku terpaksa kesana kemari nak pastikan semuanya berjalan dengan lancar.

ada banyak lagi tertingal kat skolah


lepas exam nie, yg paling tak berapa nak bestnya, kena tanda kertasla... bayangkan la aku ada 7 buah kelas, so ada 7 jenis kertas exam yg aku kena tanda. awal2 lagi PK1 aku dah sound, kena hantar markah untuk analisis sebelum cuti raya nie, so mcmmana aku nak kejar masa nak menyiapkan menanda semua kertas kertas exam nie. nak tanda kertas ni, kena dalam keadaan tenang, tak boleh tertekan, marah, letih, takut nanti tersalah bagi markah plak kat bdk2 nie.


nak dijadikan cerita, aku kena masuk dalam sebuah kelas yg hyper nie. waktu dah nak balik, dan kebetulan tiada exam waktu tu. so dapatlah dibayangkan macamana keadaannya nanti. mesti bising dan berserabut nanti. maklumlah dah habis exam dan dah nak balik plak tu. aku amik satu langkah yg brutal, meyuruh mereka untuk tido....

aku ugut, kalau tak tido aku suruh mereka pergi tolong makcik cleaner kutip sampah keliling skolah nanti. ditambah dengan kena balik paling lambat sbb bising lagi.. tak sampai 10 minit arahah aku, semua dah mula tundukan muka kat meja dan zzz.......zzz....zzz....

kelas yg menjadi sunyi sepi


tetiba aku rasa aman damai senyap sunyi. rupa rupanya semua bdk2 aku dah tido.. bestnya kalau dapat joint. siap ada yg berdengkur lagi.. kurang asam betul. tapi takpelah biarkanlah mereka berehat.. sbb penat belajar malam tadi... jadi boleh aku menanda kertas exam sebanyak banyaknya tanpa sebarang gangguan dari bunyi bising bdk2 nie.


peace of mind

keadaan yg senyap sunyi kat kelas nie, sebenarnya mengundang banyak tanda tanya kat kelas sebelah menyebelah. yelah mereka bagai nak gamat dunia menjerit berlari kesana kemari, tapi kelas aku ni maintain senyap sunyi aje. mereka tak tau yg ada diktaktor yg dah suruh bdk2 nie tido awl2 lagi... hehehehe



bestnya tido.....



bila aku tengok mereka tido nie, best plak rasanya. tapi aku takut jugakla, kalau2 ada bos datang meronda ke, susah aku nak menjawab nanti... tapi selagi keadaan terkawal, tiada apa2 yg tak diingini berlaku kira ok ajelah bg aku




tengah hari panas2 pun jadi

dari segi etika kerja memang salah cara aku nie, tapi nak buat macammana, win win situation. aku dapat siapkan kerja aku, mereka dapat berehat setelah penat blajar sebuelu tu. so mana2 cadangan dan kritikan tentang apa yg aku buat nie adalah dialu alukan bagi kebaikan bersama. jumpa lagi holalalala

1 ulasan: