Dah berapa orang datang menjenguk

31 Julai 2010

Layan...

Lagu nie buatkan aku selalu terkenangkan si ghofar ngan si yamin.

sape ghofar ngan yamin nie??

ape kaitan diaorg ngan pontianak nie???

panjang ceritanya. tapi sblum tue hayatilah lirik lagu nie

Ku membayangi jiwa hati mu
Tapi perpisahan menunggu
Ku ingin membelai mu
Namun kasih ku tiada restu

Diri begini kerna selalu
Di tinggalkan marah sengsara
Hingga hilang terlupa
Siapa aku sebenarnya
Sayang…

Oh dengarlah sayu tangisan ku
Mengapa degupanmu ku seru
Kerna kesepian nan berlalu
Kembalikan hidup yang ku rindu

Oh dengarlah sunyi tangisan ku
Kau tahu ku amat menyayangi mu
Pergilah kau bukan milik ku
Pulang pada yang mengasihi
Diri mu…

Kesepian berlalu…
Maafkan daku…

Sampai di sini ku lepaskan pergi
Biar ku damai bersemadi
Luka mu ku mengerti
Kan ku hilangkan derita… ini

KAU KU SERU

29 Julai 2010

The Sorcerer's Apprentice



Hari Rabu, spt biasa aku pg tgk movie ngan kawan2. Kali nie tgk citer The Sorcerer's Apprentice. Spt biasa aku amik tiket mlm. Kat luar panggung lagi, org mcm biasa ramai. aku dapat pulak tmpat yg belakang skali. tak best langsung, tp sbbkan pergi ngan org lain aku duduk ajela walaupun bukan tmpat kegemaran aku dan tak berapa nak strategik.

sblm aku masuk smpat aku amik gambar kat luar dulu. aku mengharapkan citer kali nie lagi best ataupun setanding dgn citer harry porter atau citer fantasi yg lain. kat sini aku adalah komen skit, tapi "base on my own perception only"

starting citer nie, flashback zaman dulu2 la... mcm mana nicholas cage mencari pelapis dia nak hapuskan si morgana tu. agak best dan thrill masa tue. besar mata aku menengoknya... lepas jumpa si hero dave (masa tu cia kecik lagi) dah mula slow jln citernya....

kemudian citernya berkisarkan macamana balthazar (nicholas cage) melatih dan menyakinkan dave yg dia ni mmg orang yg tepat nak hapuskan si penjahat morgana. dalam masa yg sama, dave cube nak tackle awek lama dia becky. kemuadian muncul hovart kawan seperguruan balthazar yg nak bebaskan morgana dan dalam masa yg sama nak balas dendam dgn di balthazar.

mmg susah nak paham, banyak sangat plot dan watak yg tetiba muncul dan hilang. masa last scene, perlawanan antara dave dgn morgana, mcm kejap aje. sorang serang, sorang bertahan, lepas tu bertukar, serang bertahan, last skali unsur sihir dgn sains bergabung nak bunuh si penjahat. mmg sesuatu yg baru bagi aku.hehehehe....


antara komen aku yg lain
  • adegan lawan dia lebih dipengaruhi dengan ilmu sihir yang dicampur skit dengan ilmu sains. nasib baikla aku nie cgu sains, paham la skit ape yg di buat oleh si dave tu.
  • aksi patung burung terbang ngan patung lembu mengamuk memang best. macam real aje walaupun aku tau itu semua permainan komputer.
  • banyak watak ahli sihir yang hanya muncul kejap aje sebelum watak dia hilang dan dimatikan dengan tiba tiba
  • watak becky pun tak banyak menonjol. aku rasa aku lebih ingat watak si veronica dari si becky ni walaupun ada beberapa scene aje monica belluci nie muncul.
  • citer ni banyak mengingatkan aku masa zaman belajar dulu. yelah sibuk dengan asgmt, presentation, practikle dan masa yg sama smpat gak nak cari awek
so secara keseluruhannya, dari 5 bintang aku bagi 2.5 aje. dia gagal menarik minat aku utk concentrate spanjang citer nie. adalah beberapa kali aku menguap. mybe letih sgt kot kat skolah td. apeapepun aku akan tunggu lagi citer lain yg mybe akan buatkan aku standing ovation nanti. holalala

28 Julai 2010

Mari Memasak...

Harini aku ada buat aktiviti skit ngan bdk2 pengakap aku. hari rabu ada perjumpaan unit beruniform. Jd minggu ni aku buat aktiviti masakan rimba. sebenarnya diaorg lebih arif dr aku dalam bab masakan rimba nie , maklumla..bdk2 luar bandar. aku hanya ada utk memantau saje aktiviti dan pergerakan bdk2 ni





aktiviti pertama ialah cari buloh. tak payah disuruh, terus mereka cari buloh kat tepi sekolah. diaorg lebih pandai nak pilih bulohn yg macamana. aku tak pergi pun, suruh cgu lain yg ikut. hehehehe...
ambil buloh di tepi sekolah




masakan utama ialah ayam pansuh, iaitu masak ayam dalam buluh. sama mcm masak lemang, tapi guna ayam sbg bahan utama. tapi sambil nak siang ayam, adalah jugak plan B. buat roti pintal. ok aje diorg, siap ada tambah milo lagi tuk dapat rasa coklat skit.
roti pintal dari astro boy
ayam dibasuh, kemudian dipotong kecil2 dan dimasukkan ke dalam buloh. ada juga letak sedikit garam, bawang dan bahan2 yg lain. letak sikit air utk senang mendidih. macam masak sup ayam jugaklaaa

memotong ayam

sambil tgu ayam masak, bakar roti dulu. punyala xcited sampai hangus roti dibakar. taakpelaa, janji kita enjoyyyyyy



say cheeeseeee

selain, roti, ada juga hotdog yg dibakar. untuk memeriahkan lagi suasana. dah mcm bbq pun ada jugak sikit2.

bakar jangan tak bakar


Ha... inilah caranya ayam tu dibakar, kat atas letas skit daun ubi kayu. supaya aya, tak "lari" keluar nanti... daun ubi tu jugak boleh dimakan lepas ni tau

masak ayam dlm buluh



lepas selesai ayam dimasak, telur pulak... sebenarnya, sebelum nak hidupkan api tadi, telur memang dah siap2 dimasukan kat dalam tanah tu. so kat atas bakar ayam, kat bawah bakar telur. 2 in 1
telur pun dah masak da...



Dah siap... inilah hasilnyaaaa... walaupun rupanya macam blur aje, tapi rasa dan aromanya...... peerrgghhhhh.... kalah hotel 5 bintang....

dah siap dah... ayam pangsun ngan telur bakar yang terbakar





mari tengok masa uli roti pintal ni..

sebenarnya aku bukan hanya nak ajar memasak, tapi yg paling penting dalam aktiviti ni, nak amalkan sikap kerjasama, dan amalkan nilai nilai pengakap. aku enjoy masa buat aktiviti ni, walaupun ada budak yg tak dengar cakap, tapi masih dalam kawalan aku.... apeapepun nanti kita buat lagi aktiviti yg lebih menarik dimasa akan datang. holalala.

27 Julai 2010

Jalan Jalan ke Kuching Part 1

Minggu lepas, aku ngan kawan2 serumah ada pergi ke kuching. Saje jalan2 kat sana sebelum nak masuk puasa nie. kami pergi 4 orang, so ape lagi.......

sebenarnya ini kali kedua aku pergi kuching pada tahun nie. seperti biasa aku akan drive dan ada kawan aku yg akan jadi co-pilot. tujuan utama sebenarnya nak pergi beli kain tuk buat baju raya. kat sibu harganya mahal skit dan tak banyak pilihan. lagipun memang dah lama tak quality time, asyik kerja aje, sesekali nak juga merehatkan minda dan tenaga.
meter dari sibu

dari sibu, pukul 11.30 pagi, so kitaorg budget akan sampai ke sarikei dalam pukul 1.00, kalau jalan tak sesak. sampai di Sarikei, hujan lebat la pulak, tapi sempat solat jumaat di masjid besar.

Sarikei yang hujan

Lepas aje sri aman, keadaan mula ok, redup aje.. so senang tuk aku drive. tapi masa nie aku mengantuk sangat, so tukar driver la plak... aku nak tido. zzzzzzz........



sg krian


perjalanan ke kuching mengambil masa 8 jam. dah la masa nak cari hotel sesat barat. lebih 5 kali lalu jalan yg sama, pusing sana sini, nak cari hotel yg kami tempah tu.. tapi tetap sesat. akhir sekali nekad aje pilih mana2 hotel yg jumpa, dan terus check in. tetiba jumpa la plak, so ape lagi....lepas aje check in.......

check in hotel, dan zzzzz.......


Aktiviti utama kat sana, ialah ambil gambar. tak lengkap rasanya kalau dah sampai kuching, tak bergambar depan patung kucing ni. patung nie ada kat depan parkson. memang tak susah nak jumpanya sbb ada kat jalan utama

hehehehe......

lepas puas bergambar, misi seterusnya ialah ke kampung boyan. nak pergi beli kek lapis. ada kawan pesan suruh beli kek lapis. kat kuching memang syurga kek lapis. ada macam2 jenis, warna, rasa kek lapis yg boleh didapati setiap hari dengan harga yang sangat murah. jadi tak lepaskan peluang. bayar 50sen, naik bot tambang terus ke seberang


sama zaidil ngan abu, dalam bot nak pergi kg boyan


dah sampai seberang, kami pergi solat dulu. lepas solat, sempat bergambar lagi sebelum ke tujuan asal.

depan waterfront, kuching

sampai ke tempat jual kek lapis tu, mata terus terpandang, hidung mula menangkap aroma kek lapis yang sangat2 cantik dan sedap. kedai tue macam sebuah rumah yang diubah suai tuk jadi kedai khas jual kek lapis. ada disediakan satu tempat khas untuk merasa semua jenis kek yg dijual di dalam kedai tu. macam testing produk la.... tapi kualitinya memang sama dengan yang mereka jual

memang rambang biji mata. semuanya sedap2 dan cantik2 belaka


ada macam2 jenis kek diaorg jual, bentuk lapisan pun menarik juga. sampai sana memang tak tau nak beli yg mana satu. kalau diikutkan nafsu, memang nak beli semua, tapi apakan daya duit tak cukup :(

dah macam open house hari raya pun ada



Haaaa lepas puas makan semua sampel yg ada, aku terus memborong kek lapis yang aku berkenan. aku pun dah lupa apa jenis kek yg aku beli, tapi memang cantik dan sedapla. yang menarriknya di sini, memang ada disediakan perkhidmatan membungkus dan juga mengepos bagi pelanggan yang tak mahu bawa kek ini. memang effisyen dan mesra pelanggan para pekerja dia



akhirnya, satu bungkus besar aku borong


lepas selesai kat kedai kek lapis, perut pulak rasa lapar. di kuching nie memang senang nak cari makanan melayu yang best2. tau tak ape yg aku jumpa kat sana????

lunch time....

to be continue....









26 Julai 2010

Hepy Bestday Ayong

Hari nie, 25 Julai 2010, genap 10 tahun umur anak buah aku yg sulong. Sebenarnya dia anak sulong mama (kakak aku), so dialah juga org pertama dalam generasi yg ketiga dalam keluarga kami. Sebenarnya, kelahiran dia dulu memang sgt2 dinantikan oleh semua satu family aku, sbb memang dah lama tiada baby dalam keluarga kami, yg last skali adik bongsu aku, itupun dah lebih 9 tahun, jd memag kehadiran dia menambahkan lagi seri dan rezeki pd keluarga kami. sedar tak sedar dah 10 tahun umur dia dan dah jd 'anak dara' dah.



menunjukkan kehebatan main bowling



Dengan nama panggilan Ayong, dia adalah seorang yg pemalu sebenarnya tetapi mempunyai sikap yg bertanggungjawab, terutama pada kerja yg diberikan dan juga menjadi pelindung kepada adik dia yg 2 tahun lebih muda pada dia. semoga dgn kehadiran ditahun2 yg mendatang akan meningkatkan lagi ikatan kekeluargaan kami yg lebih kukuh dan juga akan memeriahkan lagi kami sekeluarga. SELAMAT HARI JADI AYONG.
holalala





22 Julai 2010

Harimau.....

Hari ni aku pergi ikut kawan2 aku pergi beli barang dapur kat pasaraya. aku malas nak ikut diaorg pergi pilih sayur dan ikan, so aku jalanla sorang diri dalam pasaraya tu. tengah2 aku asyik perhati benda yg aku nak beli, aku nampak biskut tiger yg selalu aku makan dulu. macam best aje, siap ada hadiah free lg kalau beli 5 bungkus.





cantik susunannya, kemas dan teratur

jd dipendekan cerita, aku pun pergilah beli biskut nie. bukannya nak makan biskut, tapi nakkan hadiah percuma, bola edisi khas piala dunia.. Tapi masalahnya, aku kena isi borang dan kena bagi sampul plastik biskut tu pd chasher tu, so demi nakkan sangat bola tu, aku terpaksalah pergi beli pulak bekas plastik semata mata nak simpan biskut tu.
siap pergi survey bekas tupperware dulu

lepas aje aku dapat bekas plastik, aku terus bayar harga biskut tu dengan bekasnya sekali dan suruh dia tolong tapaukan untuk aku.



terus aku nak membayarnya
chasher tu baik aje, dia yang tolong aku isikan borang peraduan tu.

nah, inilah hasilnya


Lepas aku siap bayar dan pakcing semua, dapatlah aku satu bekas plastik biskut tiger yg beraneka jenis dan rasa. rasanya jumlah semua biskut tu boleh tampung aku punya kos makanan ringan aku selama seminggu. takpala, bila lagi nak belanja diri sendiri, lagipun aku memng suka kat biskut tiger nie dari dulu lagi. rasanya sedap quality pun bagus dengan harga yg sangat berpatutan (wah..... siap promote lagi)

berusaha keras chasher tu packing biskut aku

Hah, cube tengok dua org chasher tu tolong aku tapaukan biskut tu.. penuh satu balang plastik kan. so aku pun tak tau, sampai bila aku boleh habiskan semua biskut2 tue. Kalau aku tak dapat habiskan nanti, pandai pandailah aku sedekah kat kat sape2 yang patut nanti... Apepepun rezeki jangan ditolak, musuh biar dia pergi... holalala

Ong Bak 3


Malam tadi aku pergi tengok movie. Citer yang paling top dipasaranlaaaaa..... citer ong bak 3. sebenarnya aku malas nak tengok citer ni, tapi dah kawan kawan serumah ajak, so aku pergila. lagipun dah lama tak habiskan masa bersama dgn diaorg, asyik sibuk kerja aje.
So dipendekkan cerita, aku pergi, amik tiket ukul 930 malam. Orang ramai jgn citerla, tapi aku masih lagi dpt tempat duduk yang selesa ngan semua kawan kawan aku. kat sini aku nak bagi sikit komenla. tapi harus diingat, ini hanyalah pendapat peribadi aku aje, so kalau sesiapa yg tak setuju, aku mintak maaf bebanyak.


permulaan ceritannya agak lambat, lebih kepada flashback ong bak 2 aje, mcmmana si hero Tien kena tangkap oleh raja yg zalim tu. lepas tu disajikan dengan aksi si hero melawan satu pasukan hulubalang mana agaknya. yg kelakarnya, aku tak tau berapa ramai org yg dia lawan tapi dari pagi sampaila ke malam tak sudah sudah lagi lawannya. lastly si hero tetap kalah. iyelah satu lawan seribu, takkan menang kot..


jadi dari situ bermula aksi si hero kembali didera sehinggalah ada org yg menyelamatkannya dan si hero tu diberi rawatan rapi utk pulihkan kembali dia.

lepas aku tak paham, macamana pulak munculnya watak 'crow' dalam filem nie? dia pulak yg tolong balas dendam kat raja yg zalim tu. memang kematian raja tu agak mengerikan, tapi memang pelikla, org jahat bunuh org jahat. macam ada yg tak kena aje.
lepas tu, si hero telah pulih, dia nak balas dendam, tapi pd si'crow' tue. aku tak taula ape masalahnya dengan diaorg berdua tu? atau aku lepas pandang dalam ong bak 2. maka di pendekkan cerita, si hero akan memang jua pada akhirnya, yg jahat akan kalah walau macamana hebatnya dia sebelum tu.

secara keseluruhan, dari 5 bintang aku boleh bagi 2 bintang aje kat citer ni. mmg jalan cerita agak slow, banyak watak baru muncul dari mana agaknya, dan ada scene yang aku rasa tak logik. antaranya, macamanalah ada patung pada zaman tu yang ada pakai topi macam topi koboi ( masa sami letakkan bunga teratai kat atas kuil), si hero boleh pakai seluar jeans warna biru lusuh pada zaman tu, dan yg paling ketara, bila masa gading gajah boleh patah masa Tien ngan Crow tu berlawan?? sedar2 aje si crow dah kena tusuk dgn gading tu dan terus mati. Entahla....
Mujur harini hari Rabu, ada potongan harga tiket wayang. kalau tak memang tak berbaloi aku nak tengok citer nie. Semua kawan2 aku yg tengok citer ni sependapat dgn aku.

Lepas aje kitaorg keluar panggung, terus cari kedai mamak dan pekena teh tarik. Dengan itu aku rasa dapat kurangkan skit tension tengok citer tu. Ape ape pun esok tetap sekolah ok.. holalala

18 Julai 2010

Jeng Jeng Jeng

hehehe.... nantikan kemunculannya minggu hadapan

Layan...

Antara lagu yg aku suka gak. penyanyinya aku tak tau sape. tapi lagu dia memang atmosphere. aku selalu dengar pagi2 masa drive nak pergi kerja. memang ianya dapat naikkan semnagat aku. cubelah kalau tak percaya.

tapi kalu tak berjaya, jangan salahkan aku plak. mybe dunia kita berbeza. holalala

17 Julai 2010

Motivasi


Malam nie, aku ada pergi dengar satu ceramah. atas ajakan kawan baik aku, aku gagahkan diri untuk pergi, lagipun kawan aku nie bersungguh sungguh mahu aku pergi. rugi katanya. ceramah bermula pukul 8.00m dan habis pukul 11.00 malam. aku fikir, aku hanya akan bertahan dalam sejam aje, memandangkan aku memang tak berminat nak dengar benda2 yang sama aje. yg paling bestnya aku boleh duduk tepi pintu, senang utk aku keluar nanti. strategi aku sebelum ceramah tu nak bermula.
tapi tuhan maha mengetahui. makin lama aku duduk, makin aku berminat pulak. sampai aku rasa masa 3 jam tu terasa amat singkat sekali.nasib baik aku ada membawa buku nota bersama. adalah juga beberapa fakta yg penting aku catat. antaranya:
  • resepi utk berjaya, 1000 tahun yg lalu, sekarang dan 1000 tahun yg akan datang adalah sama sahaja. iaitu, pengorbanan, usaha, tawakal dan berdoa
  • ramai org hari ini buat benda yg dia sendiri tidak suka tapi dengan terpaksa
  • utk berjaya, dugaan seseorg itu adalah berbeza antara satu sama lain
  • kita tidak sedar yg terdapatnya gergasi yg sedang tidur dalam diri kita

ada banyak lagi kata2 hikmah penceramah tu, yg tak sempat aku catit. tapi memang aku mengkaguminya sepanjang sesi tadi. menyesal pulak aku duduk di tepi pintu. sbb aku tak dpt nak fokus sangat kerana terlalu ramai org yg lalu llalang kat tempat aku duduk tadi.

apepaepun ceramah td memang best. kalau ada masa lagi nanti aku akan pergi lagi. holalala

Layan...

Lagu nie aku suka sangat. ingat waktu zaman aku jaga exam 2 tahun lepas. lagu inilah yg menemankan aku setiapkali aku kesunyian at rumah sorang2 (housemate aku dah lama balik kampung da.....). Lagipun ada sorang kawan aku suke sangat nyanyi lagu ni bile masuk dalam rumah. tapi sekarang dia dah pindah.balik kampung. moga dia akan sentiasa ingat pd kenangan semasa mengajar kat sini...

Bestkan lagu nie. Suara penyanyi tu ada rasa meruntun hati org lain. apeapepun aku memang suka lagu nie. holalala

16 Julai 2010

Buku Skrap Alam Sekitar 2

Harini aku sambung lagi dengan aktiviti pelajar aku buat buku skrap. sebenarnya ok jugak idea aku nie, iyelah asyik mengajar macam biasa aje, sekli skala aku ubah juga cara aku mengajar. diaorang pun happy juga. Ni lagi satu kelas aku buat buku skrap. kelas ni lain skit, kelas bdk2 pandai, so lain skit cara aku nak tackle diaorang. tapi kerja masih sama aje dgn kelas aku yg lagi satu. ape ape pun jomtengok cara mereka bekerja



so serius...


bdk nie lagi serius. muka mmg tak pernah nak senyum. mangga adalah kegemaran dia


pelajar perempuan yg sporting. kita ada tema 1Malaysia kat sini.

Tengah aku sibuk2 memantau kerja mereka semua, adalah seorang mamat nie buat kerja lain. hai hai hai. suka hatilah, janji kerja aku kau dah siapkan. nak tau dia buat ape? tengok gmbar kat bawah nie.
.
.
.
.
.
.




name dia alexson, tapi aku panggil kopral aje aje, sbb cita cita nak jadi kopral polis. semoga berjaya. sempat dia menyusun puzzle tu. lagi pun dlm kelas dialah yg paling comel. tak salah rasanya nak biarkan dia relax kejap.



ni keadaan dalam kelas, masa diaorg tengak sibuk buat buku skrap tadi.





so skrg nie, aku tengah pikir, apelah jenis aktiviti yg aku nak buat minggu dpn nie. takkan nak sama aje kan? ade idea? bagilah komen skit. holalala



15 Julai 2010

duty????


harini aku pergi sekolah awal skit (adalah 10 minit awal dr biasa hehehehe). bukan ada ape2 yg penting sangat, sekadar jd guru bertugas aje. bermula dari jaga pintu gate kat skolah. nk check pelajar yg dtg lewat, betulkan kekemasan mereka, dsb. gate tutup dlm kul 7, so aku pergi chek setiap kelas kalau2 ada bdk2 yg escape perhimpunan. masa ni perhimpunan masih berjalan. lepas tu, masa perhimpunan bersurai, kena ikut chek line pengawas plak, mane2 student yg langar peraturan dgn rambut panjang, kuku panjang, baju tak kemas, rambut terlebih lurus, perempuan yg bersolek dan banyak lgla kesalahan yg biasanya bdk2 nie buat. so aku ada kat sana sekadar memantau kerja2 pengawas dan beri demerit kepada setiap pesalah.
kerja aku bersambung lg pada wktu rehat, nk chek keadaan kantin masa bdk beli makanan, tp aku lebuh suka check keadaan kelas waktu nie. kebanyakkan pelajar brkumpul sakan kt kelas. tak taula aku ape yg diaorg buat masa ni.


kerja aku bersambung masa balik plak, nk tengok bdk2 ikt perturan, terutama yg harian, tapi td aku keluar lambat. ada hal skit, so aku takla sampai pergi chek semua. Ingatkan aku kena jaga smpai petang, sebab pelajar asrama ada prep petang, tp untuk hari ni, dibatalkan sebeb mereka ada kerja pembersihan asrama. so aku blehla balik awal, takdela sampai kul 4.00 kat skolah.



walaupun mcm stress aku wat kerje tambahan ni tapi ianya dlm 3 bulan skali turn aku kena. takpelah daripada jd warden yg kena duty seminggu sekali, lagi teruk. apepapepun kita mesti enjoy..... holala

bestday

Apenie???

dalam kelas ke???

aku bukanya robot yg macam iklan kit kat. bkd2 nie pun bukannya mcm robot gak. so tak salahkan kalau skali skala kita bergurau senda bersama sama. mybe dgn cara nie akan meningkatkan lagi silaturahim sesama kita. nie salah satu cara aku melepaskan tension dalam kelas. kebetulan bdk yg duduk kat dpn aku nie, birthday so akupun menyanyi sama sama.

bestday bobby alfian. kebetulan aku masuk mngajar, so kita nyanyi sama samala...

14 Julai 2010

Buku Skrap Alam Sekitar

harini aku masuk ke dlm kelas tersayang. kelas yg aku anggap macam anak tiri aku (maklumla aku guru kelas tu). waktu dah nak balik, so aku bagi mereka kerja bebas, hasilkan bukuskrap pasal alam sekitar, sesuai dengan tema alam sekitar minggu ni. jadi mereka buatla dengan bersungguh sungguhnya. tapi biasalah kecekapan dan kekreatifan pelajar ada peringkat peringkatnya. aku cuma galakan dan beri sdikit pujian kat mereka. yang lain mereka buat sendiri. hasilnya... bolehla aku banggakan dan simpan kat library nanti.. nak tengok hasilnya?.. kat bawah nie sebahagian aje
Daud, co-partner aku

geng back venture, notbad

yg nie aku rasa yg terbaikla...


nak bergambar, tapi malu...


gaya aje yang boleh tahan


Mesti pelik kan dengan hasil kerja diaorang. tapi bagi aku cukup berbaloi, dengan sumber yang terhad, masa dalam sejam dan mood nak balik dah berkobar2, mereka masih lagi menunjukkan minat dan kesungguhan nak buat buku skrap ni. kat bawah nie plak aku tak tau nak cakap ape. tengok ajela....

kerja lelaki, tidak menghampakan

Hilarry, ketua kelas aku yg xde mood arini

inilah sebahagian rutin harian aku, terpaksa mencari pelbagai kaedah agar student aku tak rasa boring (aku pun tak rrasa boring) selain teknik "chalk and talk" , para guru mestilah pelbagaikan teknik mereka barulah semangat skit...
apeapepun, ada satu lagi kelas minggu depan yang aktivitinya sama. nanti kita tengok hasil perbezaan kerja mereka.... holala



Pengakap

Persekutuan Pengakap Malaysia, ringkasnya PPM ialah suatu pertubuhan beruniform sukarela para belia dan beliawanis. Ianya sebahagian daripada pertubuhan kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia ataupun World Organization of the Scout Movement. Persekutuan Pengakap Malaysia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta parlimen

13 Julai 2010

Layan...

Tetiba malam nie nak layan blues plak.... lagu nie masa aku mula mula belajar bahasa inggeris kat skolah dulu. masa tu tengah tunngu result pmr. mulala terbayangkan muka mcm si tommy nie. ape apepun lagu nie mmg best ada sentimental value yg tersendiri


12 Julai 2010

Layan...

Ni salah satu lagu yg aku mula2 suka semasa aku mula berkecimpung dlm dunia hindi power. lagu nie aku selalu dengar masa thr hindi power pukul 2 hingga 4 pagi pd waktu tu. lagu ni jugaklah yg selalu temankan aku masa nak siapkan projek paper masa blajar dulu. maklumlah student u biasanya tido lewat nk siapkan assgment. ape2 pun layan ajela lagu ni


Perjalananku

Inilah jalan jalan yang harus aku tempuhi tiap2 hari. tp skrg semakin teruk sebab ada pembinaan sepanjang aku ke tmpat kerja. jd sape2 yang selalu tanya mcmana aku pg kerja, inilah yg aku lalui setiap hari. kadang2 aku rasa dah lali dgn habuk dan debu. tapi demi anak bangsa, aku teruskan juga walaupun kadang2 mmg ada rasa malas yg sangat2 menggunung tinggi.
atas feri


jambatan yg tak tau bile nak siapnya

habuk dan berdebu setiap hari


tapi kalau hujan, mesti berlecak




jalan yg nak dinaik taraf jd highway



pembinaan longkang tebat banjir

Jadi kawan2 sekelian.... andaikata korang brada ditempat aku mcmana???? adakah tmpat korang semua macam nie jugak. tp walaupun mcm nie, aku rasa enjoy stiapkali drive. rasa kemahiran memandu aku smakin meningkat stiap kali melalui jln2 yg macam nie stiap hari. so..... fikir fikirkanlah





Hidup Tanpa Handphone




Macamana rasanya hidup tanpa hphone?? Itulah apa yang aku rasa skrg ni. bukannya hphone aku ilang atau ape. tapi tertinggal kat umah aku kat semenanjung. walaupun aku ada banyak hphone, tp yg ini yg aku paling sayang. ada sentimental value. selama 3 minggu aku menyuruh adik aku postkan hphone ni, tp dia tak berani, takut ilang nanti. jadi aku pasrahkan diri, yg aku kena tunggu sampai cuti raya ni baru aku balik amik hphone aku yg satu nie. tapi dalam pada tu aku ada gak survey kalau2 ada hphone baru yang aku brkenan. patah tumbuh ilang berganti. tup2 aku berkenan dgn hphone baru nie. takdela canggih sangat tp lebih advance dari yg lama ini. hphoe yg macam mana??? tengok kat bawah ni...


.

.
.
.
.
.
.







Amacam ok tak?? yg penting mesti ada sentuhan merah. Yes its me.... hampir 90% barangan aku mesti warna merah... Ape2pun aku harap hphone jodohnya dengan aku kekal lama hendaknya.