Dah berapa orang datang menjenguk

28 Januari 2014

The Advanture of Kak Ara and Cik Tona

Aktiviti masa lapang. Dalam sibuk2 aku dgn urusan kerja dan kerja, sempat jugak nak tenang2kan diri sendiri. Untuk masa sendiri. Untuk kepuasan sendiri juga. Hanya suka2 tiada maksud utk menunjuk2 atau sebagainya.
 
Cik Tona dan Kak Ara adalah watak yg aku wujudkan utk dua ekor ikan ini, walaupun ada banyak ikan dalam akuarium ini, tapi hanya dua saje yg dah bernama. yg lain belum lagi.. tgu seru dulu.
 
rupa2nya mahal jugak ikan kat sini, lebih2lagi dalam kategori ikan emas nie. tapi kak ara dan cik tona aku beli murah je....
 
so enjoy....

21 Januari 2014

Nabati, MDS, Papa

pelik pulak tajuk posting kali ni. tapi itulah hakikatnya skrg ni. tiga benda ni aku selalu sebut dalam perbualan biasa dgn kawan2. sampai mereka pun naik konpius apelah yg aku maksudkan.. so kat sini aku kongsikanlah ape2 yang patut.
 
nabati ialah jenama biskut kegemaran aku skrg nie. made from Indonesia!! rasanya mmg best dan satu lagi, tidak kedekut cheesenya..sgt2 meriah. ada banyakjenis lagi (cubalah google sendiri ye kalau nak tau lebih lanjut.)
 
MDS ialah nama pasaraya yang barubukakat depan rumah aku ni.hanya 2minit jalan kaki dah sampai.tak payah naik motor segala.(tapi aku selalu pergi naik kereta, heheheee). ada banyak barang yang dijual kat sini termasuk nabati. soal harganya,samajecuba dia dekat dengan rumah aku.dr bilikdah nampakdah....
 
Papaialah nama yg aku beri gelaran pd housemate aku. Doktor Fozi nama dia. dia lebih senior dr aku dalam pelbagai bidang, so tak salahlah aku panggil dia papa tanpa dia sendiri tau.. heheheee.
 
so itulah serba sedikit diari kehidupan aku sekarang ni...
 
 

19 Januari 2014

Taman Rimba Bukit Lima

Possing sblh pokok, biar nampak lebih slim
Cuti dating lagi. dengan doctor, aku pegi exercise kt taman ni. walaupun jauh, tapi naik kereka kejap aje sampai... aku mula jalan2 power walk pukul 730dan habis 900 pagi. memang letih, terutamanya org yang jarang bersenam mcm aku nie.doctor kata aku takde stamina. hanya pd peringkat dua aje... so lepas ni, kena lebih selalula aku berjalan untukdiri sendiri.

17 Januari 2014

Chess....


Awal tahun sudah.. seperti biasa tugasan aku yg pertama di sekolah pada awal stiap tahun ialah menhantar budak2 main chess... Sebenanya aku bukanlah pemain yang hebat pada zaman sekolah, tapi bolehlah juga sampai dpt wakil daerah... banggala jugakkan..sebenarnya main chess ni, satu kelebihan yang ada pada aku, walaupun aku ni dikategorikan sebagai kaki bangku, tapi adalah juga aku punya kepakaran dalam bidang sukan yang lain...chess salah satunya.
 
tahun ni, mcm tahun2 sebelumnya, seawal bulan januari aku dah hantar pasukan utk wakil sekolah. harapan tidaklah tinggi aku letakkan, sekadar memenuhi kpi sekolah dan utk kepuasan aku aje. tapi jauh di sudut hati, aku mengaharapkan satu keajaiban dan tuah akan menyebelahi aku dan jugak bebudak ni.
 
namun apakan daya, mmg tahun ni, tuah tidak berpihak pada kami. kesemuanya tewas tapi dengan bermaruah... ada juga menangnya, tapi masih belum mampu untuk mencapai target yang diinginkan.. manakan tidak, latihan hanya setakat dua hari sahaja. dalam dua harini, terpaksa aku sumbatkan kemahiran opening, trap dan juga ending... mana yang tidak dapat catch up mmg susahlah, tapi sape yg otak bergeliga, piece of cake....
 
anyway aku nak ucapkan tahniahlah dan terima kasih kpd semua bdk2 aku yg gigih berlatih dan berusaha sepanjang kempen perlawanan chessini diperingkat daerah. moga ada rezeki kita akan berjumpa lagi.. 


Entica, Kiyai,Wesley.. Ekie, Mathew,Mathew

14 Januari 2014

Tg Simpang Mengayau

Sebenarnya, gambar ni dah lama ambil. dah 2 tahun pun. saje nak refresh balik memori lama. ada pulak org yang tengah promote tempat dia kan... so kita pun samala....
 
tg simpang menyayau...tip of borneo... kalau mereka yg 'buta geografi' tmpt ni, kira mcm biasa aje. tak ubah mcm pantai di tmpat2 lain, tapi kalau ada sedikit pengetahuan ilmu alam ni,taula serba sedikit kelebihan tmpt ni.. 
 


ini adalah penghujung paling atas bagi pulau borneo. tempat dimana pertemuan laut cina selatan dan laut sulu. kekuatan ombak di sini agak luar biasa dan menghasilkan fenomena dan panorama yang sangat cantik dan menenangkan. 



yup kalau ada masa, tempat ni akan dilawati lagi sekali. skrg ni, dah tak susah sgt,sbb dah ada egen yang akan tolong uruskan... tak gitu wang??? (heheheee))



kat sini jugak, rasanya tempat yg boleh untuk kita menghilangkan tekanan dan mungkin menjadi tempat mencari ilham bagi sesiapa yg berjiwa seni ataupun tidak... hehheeeee

di sini, ku lepaskan kau pergi...

5 Januari 2014

zapin



sekarang ni dah semakin addict dgn tarian zapin....tak tahu mcmana ianya bermula, harap harap ianya takkan berakhir....

2 Januari 2014

Refleksi-PITOS UTM 2013

Peserta PITO kumpulan A bersama pensyarah

Refleksi
Salam sejahtera. Walaupun tempoh kursus PITO telah lama berakhir, tapi aura dan arom
anya masih lagi segar terasa pada diri saya. Manakan tidak, dalam masa sebulan lebih sahaja , kami peserta kursus PITO terutamanya dari kumpulan A telah berjaya mewujudkan satu ‘networking’ yang baru diantara kami yang boleh saya katakan sangat rapat dan ukhwah. Penerimaan secara terbuka oleh rakan rakan PITO dan juga pihak pensyarah serta pentadbiran UTM kepada peserta kursus ini menjadikan kursus PITO ini semakin kuat cengkaman memorinya kepada saya dan juga kepada rakan rakan.

Suka saya fahamkan di sini, ini adalah kursus PITO saya yang kedua. Saya pernah mengikuti kursus PITO yang pertama di UMS pada penghujung tahun 2011 atas tiket mata pelajaran Geografi. Sebagai insan biasa yang serba lemah dan kekurangan, tidak dapat tidak, hati saya akan membandingkan di antara kedua dua kursus PITO yang saya ikuti ini. Bukanlah untuk menjatuhkan mana mana pihak, tapi sekadar untuk memberi perbezaan agar menjadikan kursus ini pada akan datang lebih mantap dan berkesan serta dapat ‘menarik’ lagi penyertaan guru guru untuk kursus ini pada masa akan datang.



Perbezaan

1.      Masih terikat dengan sekolah

Kursus PITO UMS, dijalankan sebelum cuti persekolahan bermula. Face to Face dijalankan pada 10 Oktober hingga 18 November 2011. Manakala, off campus dijalankan diantara 21 Nov hingga 23 Disember 2011. Dan Peperiksaan dijalankan pada 26-28 Disember 2011. Ini beerti, kami  telah meninggalkan sekolah pada bulan terakhir sesi 2011 dan kami tidak lagi terikat dengan ‘aktiviti’ di sekolah. Ini menyebabkan komitmen kami hanya pada kursus PITO sahaja tanpa dibebankan dengan ‘kerja kerja’ rutin guru di sekolah seperti PBS, ESPLG, TOV, ETR, headcount, majlis penyampaian hadiah dan sebagainya. Fokus kami telah terurus dan terarah kepada kuliah semasa di UMS sahaja. Ini menyebabkan kami ‘lebih seronok’ berPITO berbanding semasa di UTM. Tiada kerja kerja sampingan yang terpaksa kami lakukan dan kami mempunyai banyak masa untuk melakukan research, discussion dan sesi soal jawab dengan pensyarah. Dalam tempoh masa itu juga, kami masih boleh bercuti dimana semasa aktiviti off campus berada dalam tempoh masa cuti sekolah.

2.      Pelbagai latar belakang

Untuk kursus PITO sejarah kali ini, ianya datang dari pelbagai latar belakang “opsyen asal”. Saya perhatikan untuk kali ini tidak banyak para peserta dari opsyen Sains dan Matematik seperti mana yang tertulis di salah satu syarat penyertaan PITO ini. Ada yang dari opsyen Bahasa Melayu, Prinsip Akaun, Ekonomi, Pendidikan Seni, Pendidikan Moral malah ada juga dari opsyen Bimbingan dan Kaunseling. Ini adalah berbeza dengan PITO UMS di mana kesemuanya adalah dari opsyen Sains dan Matematik Sahaja. Ini memberikan pelbagai ragam dan warna terutamanya dalam aspek perbincangan di dalam kumpulan kerana bagi saya ‘orang orang sains dan matematik’ hanya akan percaya sesuatu perkara jika ianya disokong dengan fakta sains ataupun adanya kajian empirik. Berbanding dengan ‘orang bukan sains’ mereka lebih terbuka untuk membincangkan sesuatu fakta dengan diselitkan dengan ‘mitos dan lagenda’ bagi lebih meyakinkan fakta itu.. (pendapat peribadi sahaja….)




 Penambahbaikkan

1.      Pendaftaran yang lengkap

Diharap, dilain kali, surat panggilan untuk pendaftaran menyediakan maklumat yang lengkap dan jelas kepada peserta PITO. Ini terjadi apabila ada peserta tidak jelas dan membawa lebihan barangan (contohnya Mohd Muslim) semasa pendaftaran dan terpaksa membayar ‘extra charge’ untuk kargo semasa penerbangan Kuching-Johor Baharu. Ini menimbulkan ketidak selesaan beliau dan juga mungkin pada orang lain.
Selain itu, ianya juga menjadi masalah kepada kami terutamanya peserta dari Sabah Sarawak dan Labuan, kerana tidak mempunyai kenderaan untuk pergerakan pada hari pendaftaran dan kami terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi sendiri. Ini sedikit menyukarkan kami, memandang  kami bukanlah biasa dan orang asal di Johor Baharu ini.

2.      Buang “Sains dan Matematik”

Suka saya cadangkan untuk pengambilan peserta yang akan datang, supaya syarat peserta opsyen ‘Sains dan Matematik’ hendaklah dibuang dari syarat penyertaan. Ini akan menggalakkan lebih ramai guru terutamanya yang bukan ‘opsyen Sains dan matematik’ untuk menyertai kursus ini. Ini bukanlah bermakna saya menghalang peserta “opsyen Sains’ untuk menyertai kursus ini, tetapi sekadar membuka ruang yang lebih besar kepada SEMUA guru yang berminat tanpa melihat latar belakang opsyen mereka. Dari segi syarat ‘pengalaman mengajar sejarah’ juga tidaklah dijadikan satu syarat tetapi ditukarkan kepada ‘yang berminat dan komited untuk mengajar sejarah’ adalah lebih baik digunakan

3.      Panjangkan waktu pembelajaran

Untuk tempoh ‘face to face’ sebaiknya hendaklah dipanjangkan. Ini adalah kerana kami para peserta sangat ‘dahagakan’ curahan ilmu dari semua pensyarah dan juga perkongsian ilmu yang ilmiah dari semua rakan rakan peserta. Tempoh 4-5 adalah satu tempoh masa yang sangat singkat dan ‘sangat terkejar kejar’ untuk melakukan banyak perkara. Adalah dicadangkan masa untuk face to face diantara 6 hingga 8 minggu ataupun 4 minggu dan dijalankan selama 2 sesi iaitu di bulan Mei dan bulan November.

4.      Adanya waktu bertenang

Ujian ataupun peperiksan adalah satu modus yang penting bagi mengetahui sesuatu kursus itu berkesan atau tidak. Sejauh mana para peserta mendapat manfaat ataupun para peserta focus pada ilmu yang disampaikan. Bagi pendapat saya, biarlah kami diberi ruang ‘bertenang’ untuk menyerap dan mencerna ilmu yang dipelajari sebelum ‘memerah tenaga’ di dewan peperiksaan. Kelas yang sangat padat dan bertali arus, dimana para pensyarah juga cuba untuk mencukupkan kredit pengajaran menyebabkan kami tidak mempunyai ruang dan masa yang cukup untuk bersedia menghadapai peperiksaan. Selepas kelas pada hari Selasa pada mingu kelima, terus diadakan ujian pada hari Rabu berikutnya, menyebabkan berlakunya beberapa keadaan yang sangat tidak menyelesakan kepada kami terutamanya saya sendiri. Saya mengalami stress yang agak teruk untuk menghadapi peperiksaan yang diberikan,  namun untuk kali ini, saya berjaya mengharungi cabaran ini dengan jayanya, tapi siapa yang tahu pada masa hadapan?

5.      Pembentangan

Sesi pembentangan para peserta adalah sangat sangat membantu saya dan juga rakan rakan untuk memahami sesuatu peristiwa sejarah dan juga fakta. Untuk kempulan A, sekalung penghargaan dan tahniah kepada Pn Nimarni dan Pn Erma dimana mereka telah menjadi pakar rujuk dan mentor utama kepada kami semua. Pengalaman mengajar sejarah dan juga kekuatan ilmu sejarah yang ada pada mereka, telah kami ‘gunakan’ sepenuhnya untuk meningkatkan lagi ilmu kami dalam bidang sejarah ini. Mereka berdua juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu pengetahuan semasa di dalam kelas. Mereka juga ada banyak memberi cadangan dan juga ‘pembetulan’ fakta jika kami ada melakukan kesalahan. Maka di sini saya ingin menekankan bahawa untuk aktiviti pembentangan adalah sangat sangat membantu dan WAJIB dilakukan dan ditambah slot masanya dalam satu satu subjek.


Harapan

1.      Akan terus diadakan pada masa akan datang

Adalah menjadi harapan bagi saya dimana Kursus ini diteruskan pada masa akan datang. UTM khasnya bolehlah menjadi peneraju utama pada kursus kursus peningkatan akademik seperti ini. Masih teringat lagi kata kata Ybg Prof Madya Mohamad semasa sesi pendaftaran pada 19 Oktober 2013, UTM walaupun universiti penyelidikan namum UTM juga mempunyai inovasinya yang tersendiri terhadap pengajaran Sejarah ini.

2.      Akan adakan kelainan

Menjadi harapan saya juga akan adanya perubahan dan kelainan kursus ini pada sesi yang akan datang. Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan pihak UTM sebagai pentadbir untuk mencorak dan mewarnakan  dengan acuan sendiri kursus  ini padamasaakan datang.

3.      Promosi kepada rakan rakan

Perkara pertama yang saya lakukan semasa di sekolah pada sesi pertama persekolahan ialah membuat ‘promosi’ kursus ini kepada rakan rakan yang lain. Saya menceritakan akan keriangan dan keseronokan berkursus PITO ini dan ada diantara mereka yang teruja dan menanam minat dan azam akan menyertai kursus ini pada sesi yang akan datang.

4.    Kmpulan Wassup dan rangkaian sosial
Besarlah harapan saya bahawa, kumpulan Wassup PITO 2013 ini dan jalinan rangkaian social yang lain seperti facebook dan Wassup dikekalkan bagi mengukuh dan mengeratkan jalinan yang ada ini. Ini bukan sahaja untuk menguatkan silaturahim, namun lebih pada itu menjadi medan untuk bertukar tukar pandangan dan idea selepas program PITO ini. Ini adalah penting bagi kami untuk mendapat sokongan dari orang yang mahir dalam selok belok PdP dan juga ilmu sejarah.

Penutup 

Akhir sekali, kenangan semasa kursus PITO menjadi kenangan yang paling manis bagi saya yang mana sudah terlalu lama merindui suasana ‘campus life’ dan juga ini menjadikan fikiran dan pandangan saya terhadap subjek sejarah berubah 360 darjah dari tidak menyukai ke sangat mencintai.
Disini saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Prof Madya Yeo, Prof Madya Mohamad, En Mahdi, Pn Hashimah, PnWan Faridah, Dr. Rosly, Dr. Mazlan, Dr Sia dan Dr Yong di atas perkongsian ilmu dan menjadi pemudah bicarakepada saya dan kami semua.

Kepada semua rakan rakan kumpulan A, Andax GM, Abg Long, Wang, Irfan, Sham, Zizan, Matjein, Hairi, Ambun, Micheal, Apizs, Nimarni, Erma, Nazlia, Kak Maznun, Kak Shila, Zura, Kak Tina, Malinin, Hiss, Fazilah, Kak Aisah, dan kawan paling gila gila saya Akem…. 

Anda semua memang WOW!!




Oleh;
ZAHARUDIN BIN MOHAMED
SMK BAWANG ASSAN SIBU
cempaka_ns@yahoo.com
 

1 Januari 2014

Selamat Tahun Baru