Dah berapa orang datang menjenguk

17 Julai 2010

Motivasi


Malam nie, aku ada pergi dengar satu ceramah. atas ajakan kawan baik aku, aku gagahkan diri untuk pergi, lagipun kawan aku nie bersungguh sungguh mahu aku pergi. rugi katanya. ceramah bermula pukul 8.00m dan habis pukul 11.00 malam. aku fikir, aku hanya akan bertahan dalam sejam aje, memandangkan aku memang tak berminat nak dengar benda2 yang sama aje. yg paling bestnya aku boleh duduk tepi pintu, senang utk aku keluar nanti. strategi aku sebelum ceramah tu nak bermula.
tapi tuhan maha mengetahui. makin lama aku duduk, makin aku berminat pulak. sampai aku rasa masa 3 jam tu terasa amat singkat sekali.nasib baik aku ada membawa buku nota bersama. adalah juga beberapa fakta yg penting aku catat. antaranya:
  • resepi utk berjaya, 1000 tahun yg lalu, sekarang dan 1000 tahun yg akan datang adalah sama sahaja. iaitu, pengorbanan, usaha, tawakal dan berdoa
  • ramai org hari ini buat benda yg dia sendiri tidak suka tapi dengan terpaksa
  • utk berjaya, dugaan seseorg itu adalah berbeza antara satu sama lain
  • kita tidak sedar yg terdapatnya gergasi yg sedang tidur dalam diri kita

ada banyak lagi kata2 hikmah penceramah tu, yg tak sempat aku catit. tapi memang aku mengkaguminya sepanjang sesi tadi. menyesal pulak aku duduk di tepi pintu. sbb aku tak dpt nak fokus sangat kerana terlalu ramai org yg lalu llalang kat tempat aku duduk tadi.

apepaepun ceramah td memang best. kalau ada masa lagi nanti aku akan pergi lagi. holalala