Dah berapa orang datang menjenguk

27 Julai 2010

Jalan Jalan ke Kuching Part 1

Minggu lepas, aku ngan kawan2 serumah ada pergi ke kuching. Saje jalan2 kat sana sebelum nak masuk puasa nie. kami pergi 4 orang, so ape lagi.......

sebenarnya ini kali kedua aku pergi kuching pada tahun nie. seperti biasa aku akan drive dan ada kawan aku yg akan jadi co-pilot. tujuan utama sebenarnya nak pergi beli kain tuk buat baju raya. kat sibu harganya mahal skit dan tak banyak pilihan. lagipun memang dah lama tak quality time, asyik kerja aje, sesekali nak juga merehatkan minda dan tenaga.
meter dari sibu

dari sibu, pukul 11.30 pagi, so kitaorg budget akan sampai ke sarikei dalam pukul 1.00, kalau jalan tak sesak. sampai di Sarikei, hujan lebat la pulak, tapi sempat solat jumaat di masjid besar.

Sarikei yang hujan

Lepas aje sri aman, keadaan mula ok, redup aje.. so senang tuk aku drive. tapi masa nie aku mengantuk sangat, so tukar driver la plak... aku nak tido. zzzzzzz........



sg krian


perjalanan ke kuching mengambil masa 8 jam. dah la masa nak cari hotel sesat barat. lebih 5 kali lalu jalan yg sama, pusing sana sini, nak cari hotel yg kami tempah tu.. tapi tetap sesat. akhir sekali nekad aje pilih mana2 hotel yg jumpa, dan terus check in. tetiba jumpa la plak, so ape lagi....lepas aje check in.......

check in hotel, dan zzzzz.......


Aktiviti utama kat sana, ialah ambil gambar. tak lengkap rasanya kalau dah sampai kuching, tak bergambar depan patung kucing ni. patung nie ada kat depan parkson. memang tak susah nak jumpanya sbb ada kat jalan utama

hehehehe......

lepas puas bergambar, misi seterusnya ialah ke kampung boyan. nak pergi beli kek lapis. ada kawan pesan suruh beli kek lapis. kat kuching memang syurga kek lapis. ada macam2 jenis, warna, rasa kek lapis yg boleh didapati setiap hari dengan harga yang sangat murah. jadi tak lepaskan peluang. bayar 50sen, naik bot tambang terus ke seberang


sama zaidil ngan abu, dalam bot nak pergi kg boyan


dah sampai seberang, kami pergi solat dulu. lepas solat, sempat bergambar lagi sebelum ke tujuan asal.

depan waterfront, kuching

sampai ke tempat jual kek lapis tu, mata terus terpandang, hidung mula menangkap aroma kek lapis yang sangat2 cantik dan sedap. kedai tue macam sebuah rumah yang diubah suai tuk jadi kedai khas jual kek lapis. ada disediakan satu tempat khas untuk merasa semua jenis kek yg dijual di dalam kedai tu. macam testing produk la.... tapi kualitinya memang sama dengan yang mereka jual

memang rambang biji mata. semuanya sedap2 dan cantik2 belaka


ada macam2 jenis kek diaorg jual, bentuk lapisan pun menarik juga. sampai sana memang tak tau nak beli yg mana satu. kalau diikutkan nafsu, memang nak beli semua, tapi apakan daya duit tak cukup :(

dah macam open house hari raya pun ada



Haaaa lepas puas makan semua sampel yg ada, aku terus memborong kek lapis yang aku berkenan. aku pun dah lupa apa jenis kek yg aku beli, tapi memang cantik dan sedapla. yang menarriknya di sini, memang ada disediakan perkhidmatan membungkus dan juga mengepos bagi pelanggan yang tak mahu bawa kek ini. memang effisyen dan mesra pelanggan para pekerja dia



akhirnya, satu bungkus besar aku borong


lepas selesai kat kedai kek lapis, perut pulak rasa lapar. di kuching nie memang senang nak cari makanan melayu yang best2. tau tak ape yg aku jumpa kat sana????

lunch time....

to be continue....