Dah berapa orang datang menjenguk

28 Julai 2010

Mari Memasak...

Harini aku ada buat aktiviti skit ngan bdk2 pengakap aku. hari rabu ada perjumpaan unit beruniform. Jd minggu ni aku buat aktiviti masakan rimba. sebenarnya diaorg lebih arif dr aku dalam bab masakan rimba nie , maklumla..bdk2 luar bandar. aku hanya ada utk memantau saje aktiviti dan pergerakan bdk2 ni





aktiviti pertama ialah cari buloh. tak payah disuruh, terus mereka cari buloh kat tepi sekolah. diaorg lebih pandai nak pilih bulohn yg macamana. aku tak pergi pun, suruh cgu lain yg ikut. hehehehe...
ambil buloh di tepi sekolah




masakan utama ialah ayam pansuh, iaitu masak ayam dalam buluh. sama mcm masak lemang, tapi guna ayam sbg bahan utama. tapi sambil nak siang ayam, adalah jugak plan B. buat roti pintal. ok aje diorg, siap ada tambah milo lagi tuk dapat rasa coklat skit.
roti pintal dari astro boy
ayam dibasuh, kemudian dipotong kecil2 dan dimasukkan ke dalam buloh. ada juga letak sedikit garam, bawang dan bahan2 yg lain. letak sikit air utk senang mendidih. macam masak sup ayam jugaklaaa

memotong ayam

sambil tgu ayam masak, bakar roti dulu. punyala xcited sampai hangus roti dibakar. taakpelaa, janji kita enjoyyyyyy



say cheeeseeee

selain, roti, ada juga hotdog yg dibakar. untuk memeriahkan lagi suasana. dah mcm bbq pun ada jugak sikit2.

bakar jangan tak bakar


Ha... inilah caranya ayam tu dibakar, kat atas letas skit daun ubi kayu. supaya aya, tak "lari" keluar nanti... daun ubi tu jugak boleh dimakan lepas ni tau

masak ayam dlm buluh



lepas selesai ayam dimasak, telur pulak... sebenarnya, sebelum nak hidupkan api tadi, telur memang dah siap2 dimasukan kat dalam tanah tu. so kat atas bakar ayam, kat bawah bakar telur. 2 in 1
telur pun dah masak da...



Dah siap... inilah hasilnyaaaa... walaupun rupanya macam blur aje, tapi rasa dan aromanya...... peerrgghhhhh.... kalah hotel 5 bintang....

dah siap dah... ayam pangsun ngan telur bakar yang terbakar




video


mari tengok masa uli roti pintal ni..

sebenarnya aku bukan hanya nak ajar memasak, tapi yg paling penting dalam aktiviti ni, nak amalkan sikap kerjasama, dan amalkan nilai nilai pengakap. aku enjoy masa buat aktiviti ni, walaupun ada budak yg tak dengar cakap, tapi masih dalam kawalan aku.... apeapepun nanti kita buat lagi aktiviti yg lebih menarik dimasa akan datang. holalala.