Dah berapa orang datang menjenguk

10 November 2014

Happy Weekend With Double_O

tak sangka... ingatkan seorang, rupanya dua2 sekali aku 'culik'. aku pun tak bercadang nk culik dua2nya sekali, tapi dah rezeki. lgpun mereka dua mmg senang nk diurus..

sesejuk mata memandang
 
reunion selepas 2 bulan
 Petang tu, masa aku tido, Omar call nk datang rumah, tapi mlm lepas isyak mcm tu, aku ok je... mane2 pun aku suka. So dipendekkan cerita, aku lepas isyak aku terus pecut ke sana ambil dia. kebetulan ada ceramah pulak kt surau, so agak lambat skit aku ambik dia. sampai sana, dia dah lama tunggu. naik kereta trus balik. singgah bandung kejap beli nasik. dah Tanya nak makan?? tak tau... itulah jawapannye... tapi aku tau dia mmg nak makan punnn..
 
dlm kereta dia bgtau nk pergi jamuan akhir tahun esok, suruh aku hantar. no problem.. spt biasa, stiap kali aku ambik dia, mesti kena call mak dia dulu, minta kebenaran. mcm biasa dia call dan cakap dgn mak dia. aku tak paham apa yg di borakkannya, tp mcm heppy ending yee.
 
mcm biasa, dia bgtau mak apak kirim salam, dan adik dia si Osman nk datang sibu esok...itu je.. aku Tanya nk jumpa dia tak.. mcm biasa jawapannya 'tak tau'.. :)
 
sape abang sape adik?
esoknye, mcm biasa lepas sarapan aku buat la kerja2 pengkeranian skit sblm nk hantar dia pg jamuan. dia nk datang pukul 8 kt SCR. aku cakap "ni jamuan ke sarapan akhir tahun??". so pergilah menurut apa yg dia nak. tp tengah jalan, dia mcm nk jumpa adik dia, Osman. katanya ekspress dr pulau dah sampai. pergilah aku hantar dia ke wharf. hari sabtu mcmtu, parking kt pasar ni  mmg sorila.. susah nak dapat. aku suruh dia turun dulu sementara aku pg cari parking. puas aku cari parking, dapatla dan terus aku ke wharf bahagian pulau.. Nampak dari jauh dia dah ada. Bot dah sampai, mereka dah takde... pendek respon dia.. Mcmana skrg ni? aku Tanya. nk call mak dulu, nk mintak no cgu yg bawa Osman.

bila call mak dia, lambat pulak nk respon. aku tengok dia mcm tak tentu arah dah... Sabar aku kata, kalau ada rezeki mmg dpt jumpa. lepas dpt no phone cgu tu, terus kami deal. rupanya mereka dtg nk beli hadiah untuk penyampaian akhir tahun. Sewa smlm kt sini. si Osman ni ditugaskan utk tolong angkut barang.. lepas tau kt mane mereka menginap, terus bergegas ke situ.

concentrate
mmg rezeki dia nk jumpa adik dia. aku Tanyalah dah berepa lama tak jumpa?  2 bulan. sejak raya puasa. mmg lama. kesian. duduk sama tmpat tp jarang dpt jumpa. jadi aku bagilah dia peluang sembang dgn adik dia, sementara aku borak2 kosong dgn cgu tu, Azri namanya. org Perak rupanye. dah 5tahun mengajar kat pulau tu. mmg mereka datang nk beli barang utk sekolah. masa nk pisah, mcm berat je omar nk lepaskan adik dia. mcm banyak benda yg diaorg nk buat buat bersama, so aku beri kebenaran utk dia ikut adik dia jln2 dgn cgu azri. seronok betul dia. aku Tanya lagi, mcmana dgn jamuan akhir tahun?? tak penting dah.... balas dia sambil senyum... mmmm mmg budak ni family first.

rasuah_kopi gold
so pagi tu dia outing dgn cgu Azri. sampailah jam 2 mcm tu dia call nk balik. kebetulan aku mmg nk kluar, so aku pgla ambil dia. tp kali ni dgn Osman skali. aku culik dia pulak. pergi round2 makan2 shoping barang skit dan terus balik. aku bawa terus ke rumah. sampai rumah, mcm biasa aku suruh rehat dulu, dan Osman aku bagi task yg sama. suruh tanam cili dan pokok limau kt blakang rumah. budak yg taat. tak cakap banyak, buat saje. lepas habis dia buat kerja, aku Tanya, seronok tak dpt jumpa abang (Omar)? dia malu nk jawab. aku Tanya lagi, nk tinggal sini mlm ni dgn abang? dia senyum jugak, dan cakap nak. so aku call cgu azri mintak kebenaran Osman tido rumah aku mlm ni. cgu azri pun kata no problem, so call mak dgn apak pulak. semuanya green light. lepas siap tanam pokok semuanya, aku suruh bersihkan semua alat, dan ready utk  maghrib. lepas maghrib ke surau.
 
gaming time!!
sampai surau, mereka berdua mengaji. mmg itupun aktiviti kalau kt kampong, so aku nk biarkan aktiviti  tu ttp sama walau kat mane skalipun diaorg pergi. baik omar, baik Osman, sama saja bacaannya, lancar walaupun ada sedikit salah tajwid sana sini. tapi sebagai abah, aku bangga jugaklah dgn mereka. macamana la disiplin yg telah dilatih oleh mak dan apak kt rumah agaknya... tak mcm omar, Osman tak berapa pandai nak berlagu, tapi masih ok dan terbaik. isyak dah nk masuk, dan mmg impian omar dari dulu lg, nak azan sesuai dgn namanya Omar_Muazzin. apa lagi, bolehla dia menambah pahala haritu. tapi lagu yg dia bawa, agak lain sikit jika nk banding dgn lagu yg biasa aku dengar dia bawa. takpelah variety... lepas solat isyak, tok bilal tegur aku, anak ke semua nie?.... :)
 

jumpa lg tahun depan
lepas isyak, aku saja  bawak mereka dua jalan2 ambil angin malam. menurut mak mereka, Osman mmg tak pernah jejak kaki ke sibu. last skali masa dia umur 2 tahun, 10 tahun yg lalu!! so bersiar2lah kami semua naik kereta. boleh pulak omar beri cadangan nak pergi skolah, nk tunjukkan asrama pada adik dia. so pergila ke sana. sampai di sana, ada pulak ketua warden, so ini peluang yg aku mmg nk tunggu, nk perkenalkan diri dgn ketua warden. si omar ni, aku selalu bawa ke hulu ke hilir, tapi warden dia aku tak kenal. aku tanyalah prosedur nk bawa dia keluar. dia kata, stakat minggu balik kampong tiada masalah, cuma kalau tidak balik, mesti kena tulis dlm report la..

lepas tu, omar ajak Osman pegi tgk locker dia. sempat jugak Amali dtg skali jumpa aku, lepas abis semuanya, aku jalan lg. kali ni ke giant. bawak Osman pg sana. mmg kagum dia, lebih besar dari mana2 shopping complex yg dia pernah datang. mcm biasa, omar nk makan airkrim, so belilah dan terus je nak balik. dalam kereta seperti biasa, walau jauh, walau dekat, mesti tido punye bebudak tu. sampai rumah, confirm dua2 dah tido dlm kereta. masuk rumah jgan cakaplah, terus flop masing.... gudnite..

esoknye, lepas suboh, masing tuntut janji, nak main game. aku kata nk main game hari ahad je.. yg lain tak boleh. so apa lg, main game la mereka dua. tapi kejap je, aku ajak Osman pergi beli sarapan, sblm nk hantar dia ke cgu azri. tp smpt lg aku bawa dia  naik feri. heheheeee.... masa sarapan sempat lagi nk gurau mereka dua. happy hour.
munir n irfan dtg belajar
aku hantar Osman, dlm jam8.30.. sedih nk tinggalkan sibu dan abang dia. tak pe dua minggu lg abang dia balik. Sempat jugak cgu Azri bgtau, yg Osman ni ketua pengawas kat skolah, dan dapat no 1 dalam exam akhir tahun.. kalau mcmtu, mmg dia ada harapan nk jadi pelajar cemerlang UPSR nnt di skolah tu. nnt skolah sama dgn omar ye...aku cakap kt dia..

lepas balik rumah, biasanya sblm nk hantar omar balik asrama, dia akan update fb je... aku bg dia can nk buat apa yg dia suka. lgpun masa ni, irfan n munir akan datang utk blajar.. mesti irfan dan munir pelik tgk aku layan omar mcm ni.. hehehaaa. lepas habis kelas dgn munir dan irfan, aku siap2 nk hantar omar balik asrama. budak ni selagi tak balik, selagi itulah akan on9.. sampai tak tau nk cakap apa. last2 tutup je wifi... hehehee...


model_katernyeee


dlm kereta smpat lagi nk main game, aku kata NO!! :( this is our quality time.....mulalah buat muka. singgah kedai nk beli barang asrama dan terus hantar balik.sempat jugak aku beri pesan utk jaga Osman nnt masa Osman sakit.. heheheee... 3.30 selesai hantar ke asrama, aku balik rumah, nk tido... letih pulak. baru nk lelap, omar call lg, ubat gigi yg dia beli td tertinggal dalam kereta... AAAGGGHHHH!!!! kenapalah selalu mcm tu....esokla aku hantar. nnt aku bagi kat Amali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan