Dah berapa orang datang menjenguk

12 Februari 2013

Jalan beraya =)

Harini aku pergi beraya kat rumah kawan2 bersama paul n dato salang. satu gandingana yg tidak disangkakan.....

 
penuh aktiviti aku harini dari pagi sampaila ke petang.... bersungguh paul caling2 aku seawal subuh utk tunggu kat tempat biasa. tapi kul 8.30 baru aku jemput dia. letih dia tunggu. tapi takpe, berbaloikan tguaku nie....
 
aktiviti bermua dgn aku ajak dia pg breakfast dulu. takut pengsan plak nanti. So lepas tue aku call datuk salang, so dia free.. jadi kami bertigalah pergi beraya.
 
rumah pertama mrLing kat farley. aku ingat2 lupa kat mana rumah dia, sbb pernah pg 3 tahun dulu. walaupun sesat, tp sampai jugak akhirnya. dah besar2 semua anak dia. dah sama saiz dgn aku plak skrg ni.
 
rumah kedua, mrLim kat dpn giant. walaupun aku tekpernah pg, tapi dgn direction yg dia beri, senang aje aku cari. dia baru pindah rumah baru, so first time raya dgn baby. tp Lim Jr tak berapa sihat. so dia duduk rumah ajelaaaaa....
 
rajin jason tolong mummy dia
 seterusnya, rumah deskmate aku kat skolah, mdmSeow. kat sini meriah skit, sbb dia ada 3 org anak yg comel2 dan sgt indipendent. si Jason dan veron tak jemu jemu melayan kami bertiga. alangkah comelnya bila jason pelawa aku makan coklat sambil berkata " cikgu jemput makan" dalam bahasa melayu.... hehehehheeeee....

puas makan limau
next, rumah mrFong, inipun first time aku pergi, dan yg paling best, aku takpernah dengar pun nama taman yg duduk, dan takpernah terfikirpun yg kat situ ada rumah.. heheheeee..... kat sini aku banyak makan limau. manis. siap tapau bawak balik lagi.
 
lastly rumah missYii. paling hampir kat sekolah, dalam kawasan kampung. sunyi dan sejuk aje aura rumah dia.. sesuai utk nak study tanpa ada gangguan...
 
so aktiviti aku beraya tamat jam 5 petang. kesian paul, letih sangat samapai tertidur2 dia dalam kereta. tapi takpekan, ada dpt banyak angpow. aku dapat jugak....
 

heheehee dapat angpow!! =)
 

setelah seharian aku makan kacang dan minum air gas,  prut rasa tak selesa. balik kena cari nasi jugak... aku orang melayu maaaaa..... so lauk yg paling best dan terbaik utk mlm tu ialah......

ini jugak yg sedap


sambal sardin...... ini jugak yg membuka selera dan mengenyangkan aku.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan