Dah berapa orang datang menjenguk

19 Februari 2013

aktiviti semasa cuti CNY

antara bahan2nya
mgu lepas aku hantar paul balik ke hujung dunia (heheheheh) lepas pergi beraya, aku ngan dato salang singgah rumah Kak La, nak amik oven. mmg dah lama aku nak pinjam benda tu. nak jugakla cuba skill memasak aku. biasanya aku tengok kak cu, adik aku buat selamba aje, toptop jadi aje, so tak salahkan kalau aku cuba. mana tau 
masukan telor
so bermula ekspedisi aku ngan dato salang ke giant. walaupu dia dah letih, tapi dia laratkan jugak. iyelah utuk beberapa tahun sekali ikut aku. lepas aku puas hati dengan baha2 yg aku beli so hari ni bermulalah aktiviti aku mencipta resepi turun temurun aku sendiri dgn memasak kek. walaupun aku dah biasa masak, tapi kek ini baru pertama kali.
 
kacau hingga sebati
nak mudah aku buat kek coklat aje. ape susah, pilih aje kat giant tu, ada banayk yg segera. aku pih nak buat kek coklat, sebab aku suka makan yg itu, org lain tak tahulah. lagipun aku buat ni utk aku, bukan pun utk org lain..
 
 
dalam manual, dia kata masukkan 2 biji telor, so aku masukkan lebih sebiji. manalah tau, kot2 lebih sedap lagi ke.. dan terus kacau hingga sebait. gitu.................
 

griskan loyang

kasi bersih
lepas lebih kurang supuluh minit aku pukul tepung dengan telor dgn sedikit air, so rasa konfident la yg kek aku nie akan  jadi dan sedap. dia suruh 20 minit aje kacau, aku buat sampai setengah jam. biar betul2 sebati. heheheeee. kata resepi aku, aku buat, aku punya sukalakannnnnn....
add butter
 
fingger lickin good
setelah aku puas hati, so masukkan adunan ke dalam loyang. wah walaupun tak disuruh, tapi aku  griskan sedikit butter, supaya tidak letak nanti.
 
tgu sejuk

debaran menanti
cak dah masak
dah nak masukkan dalam oven, aku terbaca yang kena masukkan minyak sedikit dalam adunan tu, so apelah, keluarlah balik dan kacau dengan minyak sekali. dalam sukatan tu, tak taulah aku nak letak banyak mana, aku letak sikit ajelah, supaya tidakla batat kek aku nanti. so utk kali keduanya, aku masukan kesemuanya dalam loyang dan masukan dalam oven.
sebelum tu, aku dah panaskan oven tu dalam setengah jam.  betul punya baca manual nie. so bermulalah debaran aku menunggu hasil tangan aku yg sulong. setelah hampir sejam akutunggu, akhirnya inilah yang terhasil akuada test dengan garfu, tidak melekat, so kira jadila tu. tapitak sempat nak hias2 bagai. makan aje ape yg ada.... wow not bad. so lepas nie boleh aku cuba resepi yg lain plak.



belum nak hias lagi

1 ulasan:

  1. Advance birthday cake ke? Anyway Slamat ulang tahun kelahiran dr.zarasa,happy always!

    BalasPadam