"Ustaz, berapa semua tadi" tanya saya kepada sahabat baru yang baru saya jumpa pada pagi hari itu. Saya memesan kepadanya bateri, sarung tangan dan air minuman ketika beliau keluar ke Pekan Kenin...gau atas beberapa urusan.
Seawal 6am pagi hari itu kami telah bertolak ke Kg Kabatang, Sook dari sebuah homestay di tidak jauh dari Pekan Keningau. Sebelum Zohor kami meneruskan pula misi khatan ke Kg Meninipir, Keningau. Jumlah peserta khatan pada hari itu berjumlah 54 orang, melebihi persediaan kami. Jumlah ini tidak termasuk tambahan yang terpaksa ditolak atas desakan masa, peralatan dan kudrat. Semua percuma khusus kepada yang saudara kita yang tidak mampu.
"Takpe syeikh. Ana belanja" jawabnya.
"Jangan begitu ustaz. Kami ada la sikit-sikit budget" saya menyahut.
"Takpe syeikh. Bagilah bahagian kat ana sikit. Ana nak juga. Itulah rezeki ana" jawabnya semula.
Beginilah peristiwa suasana biasa tapi sentiasa mendatang perasaan luar biasa. Beginilah kebiasaan sikap dan hati banyak pendakwah-pendakwah yang saya kenali. Banyak kerja-kerja kebajikan mereka percuma, tidak diupah malah kerap mengeluarkan duit sendiri bagi menampung mana yang terdaya.
"Ana masih ingat masa ana makan-makan dengan keluarga ana dulu. Bila nak bayar, semua nak bayar. Akhirnya arwah ayah ana yang bayar. Katanya APA YANG KITA MAKAN TADI BUKAN REZEKI KITA, ITU ADALAH REZEKI ULAT YANG AKAN MAKAN KITA LEPAS MATI. REZEKI KITA ADALAH APA YANG KITA BERI ORANG MAKAN MASA KITA HIDUP. ITU YANG AKAN BANTU KITA DI AKHIRAT NANTI. Sampai sekarang ana masih ingat pesan arwah ana tu" cerita Ustaz Hisyam menjustifikasi tindakannya dan tazkirah ringkas buat saya di bucu bilik yang hampir kelam dek menjelang hujung siang itu.
Mentol-mentol tambahan telah mula dipasang buat pengganti suria kepada sahabat-sahabat 'tok mudim'.
Saya hanya mampu tersenyum dan mengangguk. Sungguh hati-hati ini perlu dilatih untuk mengingati mati. Mengingati mati akan menghidupkan hati. Khatan Nusantara @ Sabah 2013 bukan hanya kerja kebajikan dan dakwah, tetapi misi mencari rezeki buat bekalan lepas mati.
Kami selesai peserta khatan terakhir pada hari berkenaan sejurus selepas masuk maghrib. Selepas solat jamak, makan dan berehat seketika, kami bergerak ke Kota Kinabalu untuk meneruskan misi pada esoknya.

diambil dr fb Dr Firdaus AR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan