jalan2. dah lama nak beli kasut sbb kasut lama dah 'nazak'. so hari nie ada masa pergilah singgah kat kedai yg ada kat sini. lepas survey, pergilah kat satu kedai nie, belek2 lama, jumpalah kasut yg berkenan. harganya pun boleh tahan, tapi tak kisah asalkan puas hati. lepas tue mintaklah kat sales girl kasut yg aku berkenan, suruh dia cari saiz yg aku ak. punyela lama dia mengeledah kedai, akhirnya jawapanna... no...dah habis saiz tu, takpelah bukan rezei kot..
pergi kedai yg kedua. msih cari kasut yg sama jenis, ada jumpa tapi warna pulak lain. sama jugak sales girl tu kata dah habis stok.... :(
teruskan lagi kat kedai yah ketiga.... disini cerita itu bermula...
aku jumpa lah kasut yang sama aku berkenan. warna, harga kualiti semuanya sama. lebih masih lagi dan ditambah cun, sales girl kat kedai tu ada 'terjumpa' saiz yg aku inginkan kat kedai dia. apelagi aku malas nak pikir panjang lagi pun dah letih terus kata ok, dan pergi kaunter nak bayar...
masa bayar, aku terperanjat, harga yg ditulis kat kasut tu tak sama dgn yg tertera kat mesin tu, aku tanya kenapa.. dengan senyum manisnya si casher tu pulak kata, oooo malam nie kami ada buat diskaun 50% untuk semua jenis kasut... OMG!!! murahnya. tak sia2 aku pergi kesana ke mari untuk cari kasut yg aku inginkan... sape tak suke kan, dapat diskaun 50%. banyak tu, kira boleh beli lagi sepasang.
disebabkab duit yg aku bawak tu banyak, so aku pikir, alang2 ada diskaun nie, aku belilah lagi sepasang kasut yg lain, bukan selalu aku nak beli kasut ni. setahun sekali aje beb. so bermulalah dengan aksi aku me'nerai' kesemua koleksi yg ada, dengan harapan ada diskaun 50% lagi... so tak lama, aku jmpa kasut yang aku berkenan. terus sambar dan nak bayar... kat sini cerita kedua! Boleh pulak si casher tu cakap, yg ini hanya dapat 40% aje diskaun, tapi kalau beli malam esok baru dapat 50% diskaun. What the Whta? dia suruh aku booking dulu kasut tu... ape puny kedailah macam nie. dahla ada diskaun tak bagitau, lepas tu siap suruh ooking lagi kasut utk be;i malam esok. agaknya dia suruh aku pergi lagi kedai tu esok yg ada grand opening kot?????
malas aku nak pikir blah ajelah. malam esok kalau aku rajin aku pergilah, kalau tak takdela rezeki aku nak beli kasut yg satu lagi tu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan