Dah berapa orang datang menjenguk

13 April 2013

aku dia dan layang layang


jacksen 3 dr kiri... masa tingkatan 1
rabu lepas. biasalah hari unit KOKO kat sekolah. dah tak tau nak buat apelagi. so aku cadang dengan Pandu Puteri nak buat layang ajelah. bagi bebudak buat, aku duduk kat tepi sambil perhati. cukup masa boleh balik. 
 
so bermulalah aktiviti aku dari pukul 2.30 sampailah pukul 4 kat tepi padang nak buat layang layang
 

jacksen (baju kuning) dah besar skrg dia
 
maxswell, gigih buat layang layang walaupun baru balik
 dari main bola baling
yang tak bestnya, layang layang yang aku cuba nak buat ta jadila pulak. tak dapat nak demo kat diaorang yang cikgu dia jugak pandai buat layang layang. takpelah lain kali kot. Mybe 2 tahun lagi baru aku tunjuk skill aku.
 

antara ahli 'piknik' aku tadi
seperti biasa, adala pulak dominic senin. sape yang dah lupa sila baca kat sini.
 dia nie bsmm, tapi disebabkan bsmm dah habis aktiviti dia joint aku kat tengah padang. apelagi terus aku lantik dia sebagai runner aku yang bertauliah. aku suruh la dia pergi ambil kuih kat dewan makan, kebetulan waktu tu minum petang pelajar asrama.
 
 

dominic senin, senyum!!!




so aku ber'piknik' kat tengah tengah padang tu. cuaca pulak mengizinkan aku duduk kat situ walaupun pada pagi tu hujan lebat, mcm nak banjir sekolah dibuatnya.
 berbalik kepada layang yang tadi... tinggi ke terbangnya??? so lihatlah sendiri. tafsirkanlah sendiri gak. bagi aku berjaya kot aktiviti aku tadi, walaupun ada yang 'cendekeh' balik awal.


layang layang yang belum putus talinya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan