Dah berapa orang datang menjenguk

8 September 2010

Mantai

Mantai???? ape benda tu??





bagi org luar (hehehe) mantai adalah benda yg pelik bagi mereka. mungkin ini kali pertama mendengarnya. Tapi kalau anak jati N9, sebut aje mantai, terbayang kemeriahan suasana raya dah... dengan pelbagai persiapan yg dilakukan termasukla dengan pelbagai juadah yg pastinya menyelerakan.



kacau jgn tak kacau


Mantai merupakan satu tradisi turun menurun, diwarisi masyarakat Melayu Negeri Sembilan yang mengamalkan adat pepatih di negeri ini, di mana haiwan ternakan disembelih sempena kedatangan Ramadan dan Syawal. Pada waktu ini juga semua og akan sibuk dalam menyiapkan segala persiapan terutamanya juadah yg aka disajikan di hari raya nanti. biasanya rendang, ketupat, lemang, dodol dan segala macam juadah akan disiapkan pada hari ini. menghias rumah juga akan dilakukan pada hari ni. menukar langsir, mengecat rumah, memasang pelita, menyapu halaman dan sebagainya.



tahun ni aku dapat sambut mantai kt kg, dah 4 tahun aku tak dpt maklumla jauh diperantauan. pagi2 lagi ayah dan mak sibuk dengan tugas masing2. ayah dah sibuk memborong daging utk dimasak rendang, mak pulak memang tak menang tangan didapur nak siapkan segala macam juadah yg best2 dan lazat2 belaka. aku plak, hanya menjadi pembantu yg setia, utk mengangkat itu ini, pergi kekedai dan selebihnya tugas aku menjadi pemerhati tetap sbb aku dah 2 hari demam sejak balik kt kg nie (waaaaaaa!!!!!!!)




tahun nie, mcm biasa, mak akan masak rendang ayam ngan gulai daging masak cili api. yg penting walaumcmana pun kedua2nya tetap PEDAS dan BERASAP. itulah kelebihan anak jati N9 hehehehe.


my favorite


satu lg yg wajibnya masakan mak ialah sayur maman. tak taulah kat tempat lain panggil ape? tp kat N9 nie sayur nie memang terkenal setiapkali tibanya raya. Sayur nie akan dicampur dalam rending daging ataupun ayam. rasanya kalau diikutka sangat pahit, tapi kalau kena dgn cara masaknya, jadi pahit2 lemak plak. biasanya, kalau cambur dengan daging, memenag maman nie yg akan habis dulu, sblm dagingnya…


my specialist, parut kelapa

oklah nk pegi jeguk kat dapur kalau ada ape2 lg yg aku boleh tolong angkat dan tengok. doakn juga kesihatan aku skali ye. dah nak raya nie, tak nak terkurung aje kat umah sebab sakit. jumpa lagi, holalala…

1 ulasan: