Dah berapa orang datang menjenguk

24 September 2011

setelah 4 tahun...



kita bg rock chegu!!!


Diam tak diam dah lebih 4 tahun aku kat bumi SARAWAK ni. banyak kenangan pahit manis aku kat sini. ramai yg bertanya... "tak mintak pindah ke?'. bagi aku soalan tu klise sgt trhadap cikgu2 yg mengajar kat sini, aku pun tak tau nak cakap mcmamana.... setiap kali aku jawab pasti versinya berlainan. ikut tempat dan keadaan dan juga ikut dengan sapa yg bertanya. setakat nie, org tua belum lagi ada signal suruh aku balik... tapi dalam hati aku tau, mmg diaorg berharap aku berada dekat dengan family. stakat nie, ALHAMDULILLAH mereka semua masih sihat lagi... laipun ada adik aku yg jaga mereka skrg kat kampung. so aku rasa family bukanlah alasan aku nak pindah..


bila difikirkan, samapai bila aku nak duduk sini?? Setahun lagi? 2 tahun? 5 tahun? 10 tahun? aku pun tak tau nak jawab macamamana. tapi yg aku pasti semakin hari kerja aku mengajar kat sini semakin senang dan selesa. dengan kesenioran aku, tak banayak mendatangkan masalah dari segi collauge mahupun student. tapi keselesaan aku ini rasanya akan memakan diri sendiri jugak suatau hari nanti...


jadi skrg nie, aku ambil langkah tunggu dan lihat..... biarlah semua ini masa yg menentukan... lagipun tiada apa yg nak aku kejarkan sekarang dan tiada apa yg menunggu aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan