Salam kembali bersiaran. Dah lama nak tulis tapi ada saje yang mengahalangnya. hari ni nak tulis puas puas. ini kisah hobi aku yang terbaru, tapi takdela gempak sangat, kira benda recycle la... ini kisah minat aku kembali berputik untuk membaca komik kegemran aku zaman sekolah dulu. Dulu zaman aku sekolah kat STTJ dulu, dunia komik baru nak berputik dalam sanubari ini. So bolehla dikatakan aku ni peminat tegar komik yg dari hong kong ni. hanya ada 2 jenis cerita aje yang aku suka, dewataraya ngan alam perwira. Kat sini aku nak kongsi skitapsal aku suke sangat (tahap jatuh cinta) dengan kedua2 komik ini.
Pertamanya, Dewataraya
Komik ini mengisahkan 3 sekawan yang sgt genius yg hidup dalam zaman masa depan. kekuatan/kehormatan seseorang bergantung kepada sebanyak mana sel otak2 mereka telah diterokai. lagi banyak telah diteroka, lagi hebat lah kiranya mereka ini. Hero nama Harimau Hitam dan Naga Merah, heroin utama Pheonix. Mula2 aku layan ok aje, tapi bila dah hampir setengah tahun layan, makin kompleks pulak cerita nya. semakin pening tapi aku terus layan aje. Ape yang bestnya cerita ini,ada diselitkan beberapa fakta saintifik yg memerlukan aku buat beberapa kajian langsung dan tidak langsung samada cara terpaksa atau sukarela (wahh... betul punya ayat aku ni).
yang kedua, Alam Perwira
Berbeza dengan dewataraya, Alam perwira nie kiranya cerita zaman dulu2 la, zaman tamadun china yang diperintah oleh dinasti raja raja. Kisah adik beradik ji fat dan ji kao yang mengembara menentang kuasa jahat, iaitu maharaja Zhao. banyak pengajaran yang boleh didapati dgn bacaan komik ini. kisah kekeluargaan, persahabatan, kesetiaan dan banyak lagi..
tapi aku sempat layan dua komik ni 2tahun aje, lepas SPM dah macam lost contact aje.... (terima kasih kat apis mahmood, yang selalu bagi pinjam komik ni dulu). dalam2-3 minggu lepas, sajela aku google benda nie kat internet, so jumpa balik buku komik ni dalam bentuk web site. apalagi, segala rindu dendam nak tahu kesudahannya kembali terjalin (tidak mungkin ku berpaling lagiiii). so skrg nie tgh intensif membaca secara maya utk menghabiskan kedua2 komik ni... tapi tak taulah samapai ke bila???
apeape pun.. layannnnnnnnn...
so kepada semua peminat2 komik Tony Wong, silala like ok. bye
Tiada ulasan:
Catat Ulasan