Dah berapa orang datang menjenguk

17 Mei 2012

PSV lagi

semakin nak exam semakin galak pulak aku nak buat PSV nie. hari tu janji sampai bulan mei aje, tp sekarang dah nak terlajak ke jun dah.. tapi tak pe, makin aku enjoy plak. tapi kali nie aku buat sendiri dulu baru demo kat kelas. siap panggil artis import yang belum dapat tauliah lagi.

si maria ngan anny nie, mula2 aku suruh buat, muka nampak blur. tak nak buat, tak tau nak buatla macam macam alasan. tapi bile dah naik 'sheikh' dah tak nak berhenti dah. nasib baik loceng bunyi suruh balik. kalau tak memang sampai ke petangla nak melayannya nanti

mari saksikan, hasil kerja seni dari guru PSV yang baru nak meningkat naik dalam pesada seni

teknik hari ini ialah garisan. dengan syarat jangan putus dan bersilang. so ikut kreativiti masing2 nak garis ikut macam mana.


semakin pening, semakin cantik sebenarnya.











jadi yang manakah yang menjadi idaman anda semua????

1 ulasan:

  1. saya suka yang warna merah dan kuning , cikgu...
    :)

    BalasPadam