Dah berapa orang datang menjenguk

11 November 2011

kisah penyusun kasut

alkisah, dah lama aku duduk kat sini, pergila aku di sebuah masjid untuk bacaan yaasin. jarak diantara rumah dengan masjid tidaklah jauh, cuma naik satu bas selama 10 minit aje, sampailah aku kat masjid tu...

sampai kat sana, aku disambut oleh anak2 yang duduk disitu. mereke berebut2 nak bersalaman dgn aku. ohhh bestnya. tapi yang paling aku terkesan ialah, mereka macam dah ditugaskan untuk meyusun semua kasut2 yang ada disana.

keadaannya sgt kemas dan tersusun. selesai aku solat dan nak balik, sekali lagi mereka datang dan tollong mencarikan kasut aku dan meletakkan pada kaki aku. memang betul2 menjadi tetamu agung nie.. tidah habis disitu, mereka akan menunggu jemaah yang terakhir sekali balik, sebelum mereka balik. mereka juga aku nampak sibuk mengemaskan sekitar kawasan dan jga membuang sampah dan juga menutup pintu pagar...


hai hai hai....memang aku terkesan.. kecil2 lagi dan tanamkan amalan ikram muslimin... hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala usaha mereka ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan