Dah berapa orang datang menjenguk

25 Januari 2012

terapi lagi

jalan2 waktu CNY memang best. jln hampir2 clear. takde banyak kenderaan. tp yg tak bestnya banyak pulak kedai yg tutup. hajat di hati nak beli benda lain, so terbeli benda lain plak... layan ajelaaaaaaaaaaaaaaaaa......


another terapi utk minggu nie.... mungkin akan leeeeeeeeebih cantik...




satu lagi skrg nie rasa mcm semua benda aku nak beli. tanpa ada halangan. takde rasa macam mahal ke ape.... mungkin itu hikmahnya diatas apa yg telah berlaku agaknya..
syukur ALHAMDULILLAH

24 Januari 2012

bougenvilla






23 Januari 2012

satu lagi terapi


bersungguh aku mengecat. harap2 dapt bersih sikit. lagipun satu terapi yg baik sambil keluar peluh ngan duit. heheheheee


21 Januari 2012

main bowling

teraputik... nak lupakan kisah sedih

alamanda







19 Januari 2012

Kesian Kofi...

maafkan aku yg telah melukakan mu.....
tidak aku sengaja.....
akhirnya kau yg merana....
semoga cepat semboh...

16 Disember 2011

Penakut!



8 Disember 2011

Kesepian Ini...


kesepian ini
kadang kadang
memberikan sejuta rasa
tenang damai
semuanya bersatu

kesepian ini
kadang kadang
memberikan sejuta peringatan
tentang siapa kita
apa tujuan kita di sini

kesepian ini juga
adalah satu rahmat ketenangan
dariNya yang jarang kita hargai
dan juga kita nikmati

namun kesepian ini
kadang kala menyesakkan jiwa
meronta dan menjadikan
semakin sesak hari ke hari

lalu kesepian ini
menjadikan kita lebih berhati hati
menjadikan kita lebih beremosi
tentang apa yang telah dan akan berlaku

jangan biarkan kesepian ini
membunuh dan meragut kita
menjadikan kita lebih durjana
angkara kawalan yang tidak semena

maka jadikanlah
kesepian ini
sebagai satu masa
untuk memuhasabah kan diri
agar di lain masa nanti
kita tidak akan rugi



zws damai...