Dah berapa orang datang menjenguk

Memaparkan catatan dengan label studentku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label studentku. Papar semua catatan

31 Disember 2014

Sorotan 2014

JANUARI

awal tahun ni,azam baru, semangat pun baru....

aku dapat ajar sejarah tingkatan 4. maklumlah lepas balik dariPITO ni.... conferem dpt ajarkan subjekyg paling tidak dikehendaki ni. lagipun mmg takde sape2 yg opsyen sejarah kat skolah. so akulah yg paling pakar rasanya... heheheeee (taklah ada ramai lg yg bagus, cuma malas je nk ajar)
 
mcm biasa awal2 tahun ni, aku hantar bebudak main chess, kt tmpat yg sama, Katolik High. yg paling best aku dpt jumpa balik Lan.. dah lama terpisah dgn dia ni. kiranya mcm jejak kasihla.. anyway budak2 aku dah cuba yg terbaik, cuma takde rezeki kali ini...
 
awal2 tahun ni, hamper tiap2 harihujan.so khidmat Kofi amatlah di tagih.. tq sayang....

FEBRUARI

Sempat luangkan masa ke Jorh Purana SathidiSri Petaling. dpt jugakjumpa kawa2 lama..mereka mmg Josh!!

Catur peringkat MSSN. Kat sibu je... tapi sebagai batu loncatan utk aku pergil ebiih jauh... dgn Lan loaf course!!

MAC

Catur Catur lagi. kali ni utk MSSM pulak. so aku dah ada lesen besar dlm game catur ni...

APRIL

Ke KK utk kali pertama tahun ni...(sebenarnya dlm bln Mac ada plan, tp terpaksa cancel ;(  kali ni utk main chess kt MRSM KK.tak menang pun, tapi sekadar nk jalan2 dan ambil pengalaman... jumpa basit jugak kt sini..
 
MEI

Cuti2 Malaysia.. Mood Balik Kampung..

JUN

Cuti2 lagi awal bulan ni..

trip ke kk dimulakan. tapi kali ni mmg advanture...
route :
KL-Labuan-KK-Bintulu-Kuching-Sibu. heheheee...aku pendekan cuti di kampong sbb tiket murah kalau nk balik awal. tapi tak awal pun, smpat lg aku singgah ke KK ni. my feveret place di Malaysia ni. di KK aku pergi kt tmpt yg biasa aku pergila, Masjid Kg Likas, urut kaki di pasar malam, shoping di Kg Air dan makan di pasar pilipin... what else???
 
balik aje cuti ni... Jeng Jeng Jeng!! kat Kuching lagi dh dpt calldr skolahutk sambung cuti (baca kursus) di Kuching, so dipendekkan cerita (sbenarnya amatlah panjang) aku smbung cuti di Kuching dengan dilantik jd penyelia kawasan PBS geografi...
 
sukan skolah masa kemarau ni..mmg mencabar bg aku dan yg lain2. budak2 jgn ceritalah. banyak yg luput!! anyway... soooo sweetsss....

JULAI

Turning Point. ada banyak kisah bulan ni,tapi aku nak highlight kan satu je.... AYT  thats all :)

OGOS

Selamat Hari Merdeka!!

tapi yg lebih meriahnya....

SEPTEMBER

Angau Angau Angau

OKTOBER

:)

NOVEMBER

dah nak cuti sekolah... tapi tak rasamcm nak cutipun..

aku dapat jaga SPM. ketua lagi.. kat SMKA. punyela nk lari, tapi semakin dekat dia kejar... ada hikmahnye mcm tu..

ke Sabah lagi tahun ni. kali ke3 sebenarnya. tapi kali ni lebih bermakna, dn program Papismanye dan bleh jumpa si papa ni... kali ni pergi 4 tempat.Kudat, Sempelang, Sandakan dan Kinabatangan..
 
Ouch!!

DISEMBER

bulan ni aku duduk kat rumah di sibu je...baru lepas balik dari program di sabah. rama iorg tanya, bila cgu nak balik kampung?? aku kata tak balik... heheheee... nak terus jd orang sini..hehe.... lagipun aku dah plan nak bawak mak dan ayah datang sini. nk suruh diaorg tgk macmana kehidupan aku di sini sampai aku sendri tak nak balik....
 
sempat jugak aku joint aktiviti papisma di sibu ni. ada dua tempat saje, Sibu Jaya dan Kg  Jeriah. walaupun tak sehebat kat KK tapi tetap meninggalkan kenangan manis aku kat sini.tambah lagi satu networking..
 
melawat CJ di hospital. dua kali aku pergi. skali lepas di Kg jeriah, skali dengan Jacksen dan Hendry. moga cepat sembuh CJ
 
banjir melanda pantai timur kali ni amatlah memilukan.. aku jd peminat setia menanti semua berita. kat tv dan internet... itu saje yg aku mampu buat. nk ke sana jauh pulak. cuma doa dan sedikit bantuan yg boleh aku berikan kepada mereka2 yg menjadi mangsa banjir kali ini..
 
bulan ni jugak dikejutkan dengan berita kehilangan AirAsia QZ8501. dah lama jugak aku tak naik AirAsia ni...last skali bulan 3 masa nak pergi jorh di sri petaling. yg lain aku naik Mas ngan Malindo je.. kapal ni route dr Surabaya ke Singapura... harap2 semuanya baik2 saje...


sooo.... inilah serba sedikit apa yg berlaku kt aku tahun ni..bukan utk menunjuk2 sekadar utk aku buat catatan utk diri sendiri... mana yg baik akan diteruskan dan yg tak elok akan dibuang....

18 Disember 2014

Semoga Cepat Sembuh CJ

 
 
Balik dari Kg Jeriah, singgah jap kt hospital. Nak beli waffle. teringat aku yg budak CJ ni warded sbb patah tangan. ada gambar dia berselfie lg nk bgtau semua org yg dia duduk kt hospital. so aku yg sedang bercuti dan dan takde kerja ni, rajin2kan diri nak melawat dia. mmg mudah urusan aku nk pergi jumpa dia ni.
 
Kebetulan waktu aku pergi haritu ahad, so waktu melawat mmg panjang. naik je ke tingkat 2 terus mak dia tegur aku.. Mula2 aku pelik jugak, kenapa nenek si Beatrice ni ada kt kat sini.. Beatrice sakit lagi ke..? (Beatrice student aku yg slalu kena pergi ke hospital utk rawatan sebulan sekali). O patutla, aku lupa yg mak dia tu nenek Beatrice..
3 BFF dari dulu smpai kini
 
Di pendekan cerita, aku pergila jumpa dia. Tanya khabar serba sedikit. teruk jugak patah tangan dia ni. kena masuk besi 2 batang. Hari rabu pulak, lepas aku habis print result PT3 dan hantar ke sekolah, aku ajaklah si Jacksen dan Hendry ni sama2 skali lagi melawat CJ ni. masa ni dia dah usai operation dan lebih cerialaaaa....
 
nasib baik folio moral aku si CJ ni dah hantar.. kalau tak, makin panjangla ceramah aku kt sana haritu..
 
ape2 pun aku doakan semoga cepat sembuh... lagi 3 minggu lagi nk bukak sekloah ni... jgan cari pasal..

17 Januari 2014

Chess....


Awal tahun sudah.. seperti biasa tugasan aku yg pertama di sekolah pada awal stiap tahun ialah menhantar budak2 main chess... Sebenanya aku bukanlah pemain yang hebat pada zaman sekolah, tapi bolehlah juga sampai dpt wakil daerah... banggala jugakkan..sebenarnya main chess ni, satu kelebihan yang ada pada aku, walaupun aku ni dikategorikan sebagai kaki bangku, tapi adalah juga aku punya kepakaran dalam bidang sukan yang lain...chess salah satunya.
 
tahun ni, mcm tahun2 sebelumnya, seawal bulan januari aku dah hantar pasukan utk wakil sekolah. harapan tidaklah tinggi aku letakkan, sekadar memenuhi kpi sekolah dan utk kepuasan aku aje. tapi jauh di sudut hati, aku mengaharapkan satu keajaiban dan tuah akan menyebelahi aku dan jugak bebudak ni.
 
namun apakan daya, mmg tahun ni, tuah tidak berpihak pada kami. kesemuanya tewas tapi dengan bermaruah... ada juga menangnya, tapi masih belum mampu untuk mencapai target yang diinginkan.. manakan tidak, latihan hanya setakat dua hari sahaja. dalam dua harini, terpaksa aku sumbatkan kemahiran opening, trap dan juga ending... mana yang tidak dapat catch up mmg susahlah, tapi sape yg otak bergeliga, piece of cake....
 
anyway aku nak ucapkan tahniahlah dan terima kasih kpd semua bdk2 aku yg gigih berlatih dan berusaha sepanjang kempen perlawanan chessini diperingkat daerah. moga ada rezeki kita akan berjumpa lagi.. 


Entica, Kiyai,Wesley.. Ekie, Mathew,Mathew

12 November 2012

PBS...

dah habis key in td... lega

7 Jun 2012

Morning Inspection



5 Ogos 2010

Graf

Harini aku mengajar macam biasa. lagi sebulan nak exam, so aku buat skit ulangkaji dengan student aku. kelas nie aku anggap special skit, sbb mereka nie terdiri dari dari student yg "kurang ilmunya" nak bandingkan dgn kelas lain. ramai kwan2 aku mengeluh bila masuk dlm kelas nie sbb bdk2 nie tak dapat paham apa yg mereka ajar. bagi aku (bukannya nak tunjuk pandailaaaa, tapi kongsi pengalaman), kelas macam nie kita kena kreatif. jgn bagi banyak benda sangat. lebih2 lagi benda yang factual. bagi mereka benda2 yang fizikal. aku kalau masuk kelas nie, kalau tak melukis dan mewarna, memang tak sah, walaupun kadang2 jauh menyimpang dari silibus. tapi tujuan aku sebenarnya adalah untuk mencungkil idea dan bakat mereka yg mungkin mereka sendiri tak tau.
mix and match
Contohnya hari ni, aku mengajar tajuk jenis pekerjaan di tempat saya. Walaupun tajuknya simple, tapi bagi mereka amatlah susahnya nak menghafal, ditambah pula dengan ada yg langsung tidak boleh membaca. jadi nak jadikan cerita, aku tukar aktiviti membaca kepada melukis graf..

clifford, antara yg "senang" diajar


walaupun masa yang diambil sampai 2 waktu, tapi aku rasa amat berbaloi. "win win situation". aku tak susah nak kawal mereka, mereka pun dapat enjoy apa yg aku ajar, disamping dapat buat sendiri graf aku aku suruh. lagipun bukan senang nak buat graf nie, kena teliti dan hati2 takut bacaan yang dibuat tidak sama dengan yang dilukis. dengan adanya aktiviti macam nie, kebarangkalian student aku nak "escape" amatlah kecil skali. lagipun mereka sendiri yg ada perasaan rugi kalau nak buat mcm tu. itula pasal aku menjadi cgu favorite dlam kelas nie (heheheh... puji skit diri sendiri daaa.....)



saling membantu


satu lagi, yang aku selalu praktikkan, aku suka campurkan mereka alam pelbagai tahap. yg pandai aku yak bagi duduk setempat, yang tak pandai pun aku pisah2kan. dengan nie, yg pandai akan cuba tolong yang lain. dengan macam nie, yg pandai akan rasa dihargai dan mereka akan lebih cepat paham apa yg aku ajar, yg tak pandai plak, juga akan rasa dihargai dan mereka lebih selesa dengan kawan2 mereka nak berbandingkan dengan aku sendiri.

so tugas aku dalam kelas, memantau setiap pergerakan mereka dan jadi papparazi separuh masa laaaaaa.hehehehehe......


tgh concentrate ni cikgu...

kepada semua, aku harap cerita aku nie dapat sedikit sebanyak memberi info dan pengalaman yg berguna kepada semua. sebagai seorang cikgu, aku tak malu untuk belajar lagi tentang apa yang aku tak tau, lebih2 lagi dalam kaedah 'menawan' hati student aku untuk belajar. jadi kalau ada apa2 cadangan atau komen, silalah berbuat demikian. holalala

28 Julai 2010

Mari Memasak...

Harini aku ada buat aktiviti skit ngan bdk2 pengakap aku. hari rabu ada perjumpaan unit beruniform. Jd minggu ni aku buat aktiviti masakan rimba. sebenarnya diaorg lebih arif dr aku dalam bab masakan rimba nie , maklumla..bdk2 luar bandar. aku hanya ada utk memantau saje aktiviti dan pergerakan bdk2 ni





aktiviti pertama ialah cari buloh. tak payah disuruh, terus mereka cari buloh kat tepi sekolah. diaorg lebih pandai nak pilih bulohn yg macamana. aku tak pergi pun, suruh cgu lain yg ikut. hehehehe...
ambil buloh di tepi sekolah




masakan utama ialah ayam pansuh, iaitu masak ayam dalam buluh. sama mcm masak lemang, tapi guna ayam sbg bahan utama. tapi sambil nak siang ayam, adalah jugak plan B. buat roti pintal. ok aje diorg, siap ada tambah milo lagi tuk dapat rasa coklat skit.
roti pintal dari astro boy
ayam dibasuh, kemudian dipotong kecil2 dan dimasukkan ke dalam buloh. ada juga letak sedikit garam, bawang dan bahan2 yg lain. letak sikit air utk senang mendidih. macam masak sup ayam jugaklaaa

memotong ayam

sambil tgu ayam masak, bakar roti dulu. punyala xcited sampai hangus roti dibakar. taakpelaa, janji kita enjoyyyyyy



say cheeeseeee

selain, roti, ada juga hotdog yg dibakar. untuk memeriahkan lagi suasana. dah mcm bbq pun ada jugak sikit2.

bakar jangan tak bakar


Ha... inilah caranya ayam tu dibakar, kat atas letas skit daun ubi kayu. supaya aya, tak "lari" keluar nanti... daun ubi tu jugak boleh dimakan lepas ni tau

masak ayam dlm buluh



lepas selesai ayam dimasak, telur pulak... sebenarnya, sebelum nak hidupkan api tadi, telur memang dah siap2 dimasukan kat dalam tanah tu. so kat atas bakar ayam, kat bawah bakar telur. 2 in 1
telur pun dah masak da...



Dah siap... inilah hasilnyaaaa... walaupun rupanya macam blur aje, tapi rasa dan aromanya...... peerrgghhhhh.... kalah hotel 5 bintang....

dah siap dah... ayam pangsun ngan telur bakar yang terbakar





mari tengok masa uli roti pintal ni..

sebenarnya aku bukan hanya nak ajar memasak, tapi yg paling penting dalam aktiviti ni, nak amalkan sikap kerjasama, dan amalkan nilai nilai pengakap. aku enjoy masa buat aktiviti ni, walaupun ada budak yg tak dengar cakap, tapi masih dalam kawalan aku.... apeapepun nanti kita buat lagi aktiviti yg lebih menarik dimasa akan datang. holalala.

16 Julai 2010

Buku Skrap Alam Sekitar 2

Harini aku sambung lagi dengan aktiviti pelajar aku buat buku skrap. sebenarnya ok jugak idea aku nie, iyelah asyik mengajar macam biasa aje, sekli skala aku ubah juga cara aku mengajar. diaorang pun happy juga. Ni lagi satu kelas aku buat buku skrap. kelas ni lain skit, kelas bdk2 pandai, so lain skit cara aku nak tackle diaorang. tapi kerja masih sama aje dgn kelas aku yg lagi satu. ape ape pun jomtengok cara mereka bekerja



so serius...


bdk nie lagi serius. muka mmg tak pernah nak senyum. mangga adalah kegemaran dia


pelajar perempuan yg sporting. kita ada tema 1Malaysia kat sini.

Tengah aku sibuk2 memantau kerja mereka semua, adalah seorang mamat nie buat kerja lain. hai hai hai. suka hatilah, janji kerja aku kau dah siapkan. nak tau dia buat ape? tengok gmbar kat bawah nie.
.
.
.
.
.
.




name dia alexson, tapi aku panggil kopral aje aje, sbb cita cita nak jadi kopral polis. semoga berjaya. sempat dia menyusun puzzle tu. lagi pun dlm kelas dialah yg paling comel. tak salah rasanya nak biarkan dia relax kejap.



ni keadaan dalam kelas, masa diaorg tengak sibuk buat buku skrap tadi.





so skrg nie, aku tengah pikir, apelah jenis aktiviti yg aku nak buat minggu dpn nie. takkan nak sama aje kan? ade idea? bagilah komen skit. holalala



15 Julai 2010

duty????


harini aku pergi sekolah awal skit (adalah 10 minit awal dr biasa hehehehe). bukan ada ape2 yg penting sangat, sekadar jd guru bertugas aje. bermula dari jaga pintu gate kat skolah. nk check pelajar yg dtg lewat, betulkan kekemasan mereka, dsb. gate tutup dlm kul 7, so aku pergi chek setiap kelas kalau2 ada bdk2 yg escape perhimpunan. masa ni perhimpunan masih berjalan. lepas tu, masa perhimpunan bersurai, kena ikut chek line pengawas plak, mane2 student yg langar peraturan dgn rambut panjang, kuku panjang, baju tak kemas, rambut terlebih lurus, perempuan yg bersolek dan banyak lgla kesalahan yg biasanya bdk2 nie buat. so aku ada kat sana sekadar memantau kerja2 pengawas dan beri demerit kepada setiap pesalah.
kerja aku bersambung lg pada wktu rehat, nk chek keadaan kantin masa bdk beli makanan, tp aku lebuh suka check keadaan kelas waktu nie. kebanyakkan pelajar brkumpul sakan kt kelas. tak taula aku ape yg diaorg buat masa ni.


kerja aku bersambung masa balik plak, nk tengok bdk2 ikt perturan, terutama yg harian, tapi td aku keluar lambat. ada hal skit, so aku takla sampai pergi chek semua. Ingatkan aku kena jaga smpai petang, sebab pelajar asrama ada prep petang, tp untuk hari ni, dibatalkan sebeb mereka ada kerja pembersihan asrama. so aku blehla balik awal, takdela sampai kul 4.00 kat skolah.



walaupun mcm stress aku wat kerje tambahan ni tapi ianya dlm 3 bulan skali turn aku kena. takpelah daripada jd warden yg kena duty seminggu sekali, lagi teruk. apepapepun kita mesti enjoy..... holala

bestday

Apenie???

dalam kelas ke???

aku bukanya robot yg macam iklan kit kat. bkd2 nie pun bukannya mcm robot gak. so tak salahkan kalau skali skala kita bergurau senda bersama sama. mybe dgn cara nie akan meningkatkan lagi silaturahim sesama kita. nie salah satu cara aku melepaskan tension dalam kelas. kebetulan bdk yg duduk kat dpn aku nie, birthday so akupun menyanyi sama sama.

bestday bobby alfian. kebetulan aku masuk mngajar, so kita nyanyi sama samala...

14 Julai 2010

Buku Skrap Alam Sekitar

harini aku masuk ke dlm kelas tersayang. kelas yg aku anggap macam anak tiri aku (maklumla aku guru kelas tu). waktu dah nak balik, so aku bagi mereka kerja bebas, hasilkan bukuskrap pasal alam sekitar, sesuai dengan tema alam sekitar minggu ni. jadi mereka buatla dengan bersungguh sungguhnya. tapi biasalah kecekapan dan kekreatifan pelajar ada peringkat peringkatnya. aku cuma galakan dan beri sdikit pujian kat mereka. yang lain mereka buat sendiri. hasilnya... bolehla aku banggakan dan simpan kat library nanti.. nak tengok hasilnya?.. kat bawah nie sebahagian aje
Daud, co-partner aku

geng back venture, notbad

yg nie aku rasa yg terbaikla...


nak bergambar, tapi malu...


gaya aje yang boleh tahan


Mesti pelik kan dengan hasil kerja diaorang. tapi bagi aku cukup berbaloi, dengan sumber yang terhad, masa dalam sejam dan mood nak balik dah berkobar2, mereka masih lagi menunjukkan minat dan kesungguhan nak buat buku skrap ni. kat bawah nie plak aku tak tau nak cakap ape. tengok ajela....

kerja lelaki, tidak menghampakan

Hilarry, ketua kelas aku yg xde mood arini

inilah sebahagian rutin harian aku, terpaksa mencari pelbagai kaedah agar student aku tak rasa boring (aku pun tak rrasa boring) selain teknik "chalk and talk" , para guru mestilah pelbagaikan teknik mereka barulah semangat skit...
apeapepun, ada satu lagi kelas minggu depan yang aktivitinya sama. nanti kita tengok hasil perbezaan kerja mereka.... holala