Dah berapa orang datang menjenguk
Memaparkan catatan dengan label pengakap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengakap. Papar semua catatan
25 Ogos 2013
13 April 2013
aku dia dan layang layang
| maxswell, gigih buat layang layang walaupun baru balik dari main bola baling |
yang tak bestnya, layang layang yang aku cuba nak buat ta jadila pulak. tak dapat nak demo kat diaorang yang cikgu dia jugak pandai buat layang layang. takpelah lain kali kot. Mybe 2 tahun lagi baru aku tunjuk skill aku.
dia nie bsmm, tapi disebabkan bsmm dah habis aktiviti dia joint aku kat tengah padang. apelagi terus aku lantik dia sebagai runner aku yang bertauliah. aku suruh la dia pergi ambil kuih kat dewan makan, kebetulan waktu tu minum petang pelajar asrama.
so aku ber'piknik' kat tengah tengah padang tu. cuaca pulak mengizinkan aku duduk kat situ walaupun pada pagi tu hujan lebat, mcm nak banjir sekolah dibuatnya. |
berbalik kepada layang yang tadi... tinggi ke terbangnya??? so lihatlah sendiri. tafsirkanlah sendiri gak. bagi aku berjaya kot aktiviti aku tadi, walaupun ada yang 'cendekeh' balik awal.
| layang layang yang belum putus talinya |
7 Jun 2012
30 Mei 2012
Budak2ku Berpengakap Lagi
inilah aktiviti aku masa cuti sekolah nie. org lain dah lama balik, quality time dgn family. ada yang buat preparation utk gawai segala. aku bertemankan tiga org nie berkhemah sakan.ape2pun aku berpuas hati dengan hasil kerja mereka. walaupun tidak menang, tapi mereka telah berjaya memenangi hati aku. bayangkan mereka bertiga buat kerja untuk enam orang. terharu aku tengok mereka terus berkerja tak kira panas terik atau hujan lebat nak siapkan sesuatu tugasan. So saksikanlah dulu trailer perkhemahan dari mereka ini.
11 Mei 2012
15 April 2012
9 April 2012
7 April 2012
28 Ogos 2011
Minggu lepas, sebelum cuti, aku bawak bebudak pengakap aku, pg bilik ERT. So hari tu semuanya menjadi cheff bidang terjun. Semuanya aku paksa ajar nak buat kek batik ni... Sebenarnya dah lama aku nak buat kuih ni sempena ramadhan, tapi aku warded plak, so lepas lama tertangguh, ni baru ada masa nak buat.
hari selasa, dalam jam 3.00 petang aku kumpul yg mana tinggal asrama dan takde kelas tambahan. So bermulala aktiviti membuat kek... hehehe jgn anggap aku tak pose, aku cume arahkan aje, mereke semua yg tolong rasakan utk aku (bdk2 aku sumernya non muslim)..
masa akiviti memasak tu, aku tgk sumernya bersungguh sungguh nak masak. maklumla... bdk2 lelaki nie. rasanya first time diaorang pegang periuk ngan senduk. nak idupkan api pun payah. dan yang palin best, diaorg terlebih excited dr aku nak sambut raya.
apa yang penting? kerjasama!
kat sini, aku dapat terapkan amalan kerjasama antara bdk2 penagakap aku. boring jugak kalau asyik berkawad tengah panas aje. sesekali hendak juga menyerlahkan bakat terpendam dalam aktiviti memasak nie
akhirnya, aku berjaya siapkan 3 dulang kek ini. tak taula macamana rasanya. aku tengok semua kata ok aje. so aku harap pun ok jugaklahhhh...
kuih yang dah siap, bukan sumernya aku amik. aku bahagaikan kepada sumer cikgu2 islam yg nak sambut raya tak lama lagi. yg lebihnya, bdk2 pengakap aku yg bereskan
kat bawah ni, sumer rakan2 cikgu aku dapat kuih yg bdk2 pengakap aku buat sehari sebelumnya...
9 Ogos 2010
Jota Joti
Minggu lepas, 6-8 Ogos, aku ada joint aktiviti JOTA JOTI nie. Aktiviti nie dibuat kat wisma pengakap. banyaklah benda2 baru yang aku belajar masa tu. tapi yelah otak aku nie dah tumpul agaknya nak menerima benda2 baru. susah aku nak hafal semua benda. tapi aku enjoyla spanjang aktiviti tu.
baca kat bawah nie. aku petik dari blog orang lain ni :
"JOTA dan JOTI adalah acara tahunan di mana ahli ahli Pengakap dan Pandu Puteri di seluruh dunia akan berhubung di antara satu sama lain dengan menggunakan radio amatur dan Internet (Internet-Relay-Chat atau IRC). Ia dikira Jambori sebenar di mana Pengalaman Kepengakapan ditukar-tukar dan idea-idea dikongsi, menyumbang ke arah persaudaraan Pengakap Sedunia."
Jadi banyak juga yg aku buat masa nie, tapi takla aku pandai nak bagi tau.. So enjoy tengok gambar ajela ye.....
28 Julai 2010
Mari Memasak...
Harini aku ada buat aktiviti skit ngan bdk2 pengakap aku. hari rabu ada perjumpaan unit beruniform. Jd minggu ni aku buat aktiviti masakan rimba. sebenarnya diaorg lebih arif dr aku dalam bab masakan rimba nie , maklumla..bdk2 luar bandar. aku hanya ada utk memantau saje aktiviti dan pergerakan bdk2 ni
aktiviti pertama ialah cari buloh. tak payah disuruh, terus mereka cari buloh kat tepi sekolah. diaorg lebih pandai nak pilih bulohn yg macamana. aku tak pergi pun, suruh cgu lain yg ikut. hehehehe...
masakan utama ialah ayam pansuh, iaitu masak ayam dalam buluh. sama mcm masak lemang, tapi guna ayam sbg bahan utama. tapi sambil nak siang ayam, adalah jugak plan B. buat roti pintal. ok aje diorg, siap ada tambah milo lagi tuk dapat rasa coklat skit.
ayam dibasuh, kemudian dipotong kecil2 dan dimasukkan ke dalam buloh. ada juga letak sedikit garam, bawang dan bahan2 yg lain. letak sikit air utk senang mendidih. macam masak sup ayam jugaklaaa
sambil tgu ayam masak, bakar roti dulu. punyala xcited sampai hangus roti dibakar. taakpelaa, janji kita enjoyyyyyy
selain, roti, ada juga hotdog yg dibakar. untuk memeriahkan lagi suasana. dah mcm bbq pun ada jugak sikit2.
Ha... inilah caranya ayam tu dibakar, kat atas letas skit daun ubi kayu. supaya aya, tak "lari" keluar nanti... daun ubi tu jugak boleh dimakan lepas ni tau
lepas selesai ayam dimasak, telur pulak... sebenarnya, sebelum nak hidupkan api tadi, telur memang dah siap2 dimasukan kat dalam tanah tu. so kat atas bakar ayam, kat bawah bakar telur. 2 in 1
Dah siap... inilah hasilnyaaaa... walaupun rupanya macam blur aje, tapi rasa dan aromanya...... peerrgghhhhh.... kalah hotel 5 bintang....
mari tengok masa uli roti pintal ni..
sebenarnya aku bukan hanya nak ajar memasak, tapi yg paling penting dalam aktiviti ni, nak amalkan sikap kerjasama, dan amalkan nilai nilai pengakap. aku enjoy masa buat aktiviti ni, walaupun ada budak yg tak dengar cakap, tapi masih dalam kawalan aku.... apeapepun nanti kita buat lagi aktiviti yg lebih menarik dimasa akan datang. holalala.
Langgan:
Catatan (Atom)

