Minggu lepas, sebelum cuti, aku bawak bebudak pengakap aku, pg bilik ERT. So hari tu semuanya menjadi cheff bidang terjun. Semuanya aku paksa ajar nak buat kek batik ni... Sebenarnya dah lama aku nak buat kuih ni sempena ramadhan, tapi aku warded plak, so lepas lama tertangguh, ni baru ada masa nak buat.
hari selasa, dalam jam 3.00 petang aku kumpul yg mana tinggal asrama dan takde kelas tambahan. So bermulala aktiviti membuat kek... hehehe jgn anggap aku tak pose, aku cume arahkan aje, mereke semua yg tolong rasakan utk aku (bdk2 aku sumernya non muslim)..
masa akiviti memasak tu, aku tgk sumernya bersungguh sungguh nak masak. maklumla... bdk2 lelaki nie. rasanya first time diaorang pegang periuk ngan senduk. nak idupkan api pun payah. dan yang palin best, diaorg terlebih excited dr aku nak sambut raya.
apa yang penting? kerjasama!
kat sini, aku dapat terapkan amalan kerjasama antara bdk2 penagakap aku. boring jugak kalau asyik berkawad tengah panas aje. sesekali hendak juga menyerlahkan bakat terpendam dalam aktiviti memasak nie
akhirnya, aku berjaya siapkan 3 dulang kek ini. tak taula macamana rasanya. aku tengok semua kata ok aje. so aku harap pun ok jugaklahhhh...
kuih yang dah siap, bukan sumernya aku amik. aku bahagaikan kepada sumer cikgu2 islam yg nak sambut raya tak lama lagi. yg lebihnya, bdk2 pengakap aku yg bereskan
kat bawah ni, sumer rakan2 cikgu aku dapat kuih yg bdk2 pengakap aku buat sehari sebelumnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan