Dah berapa orang datang menjenguk

26 Jun 2014

Anugerah Yang Terindah



tidak tahu bagaimana ianya bermula, tapi sekarang sudah pun mula berbunga. mungkin disebabkan rasa kesorangan dan kesunyian sambil melayari alam maya, banyak perkara yang baru kita dapat kumpul dan terima. tuhan berikanlah aku cinta, antara ucapan keramat yang sering saja dipohon pada yang maha kuasa.ada berbagai cara Sang Pencipta boleh mengembirakan makluknya. ada yang secara biasa mahupun yang luar biasa. tapi kali ini ianya datang dengan sangat tiba tiba walaupun pada mulanya adalah sangat perlahan dan tidaklah meyakinkan.
 
keindahan pelangi selepas hujan adalah sesuatu yang sangat mengasyikkan. ku tahu dan yakin bahawa kehadirannya adalah cuma seketika, namun sebagai insan biasa ku panjatkan doa agar aku boleh menikmati keindahan itu seadanya walaupun seketika.



4 Mei 2014

mayday


3 Februari 2014

Jalan Jalan CNY

get ready...
 
Cuti dating lagi. kali ni CNY. kalau diikutkan, memang aku nak cuti lama2 mcm tahun lepas. tapi apakan daya, puas pulak utk ganti balik nanti..So kali ni aku rancang ngan papa nk pergi Miri aje.. lagipun aku bukan selalu pergi sana. Walaupun ini utk kali ke 3 aku ke miri, tapi kali pertama utkjalan2 dan ronda2 kat sana


dah sampai dah...
Sewala hari khamis, aku  ngan papa bertolak ke Miri. mmg dalam perancangan, aku akan singgah ke gua niah ni. Jumpa lan di selangau dan terus konvoi dgn dia sampai bintulu. Lan pg lawas utk ambil barang2 dia. kalaulah bukan kerna masalah teknikal, aku pg ikut dia. tapi nak buat mcmana, rezeki aku smpai kt miri aje...

siapa itu??
Sampai bintulu,rehat kejap, makan ape yg patut dan teruskan perjalanan. Lan tunjukkan jalan ke miri ikut coastal highway. mmg aku nk ikut jalan tu, sbb org cakap jalan tu, clear dan dekat. lagi pun jalan baru. mmg sungguh bagai dikata, jalan tu mmg clear.. dan aku dpt jimat 2jam masa kat atas jalan. seawall jam 1 dah sampai ke miri (niah sebenarnya)

take a break
Sampai niah, pergi solat dulu, dan terus kami pergi ke taman niah.. So bermulalah advanture aku ngan papa disini.. ini kali ke2 aku pergi niah nie. so dah ada bayangan dan mentally prepared utk sampai ke sana. tidaklah aku rasa letih mcm kali pertama ke sana dulu.
 
pose ajee..

pantai miri..

ngan bujang senang

kasih ku seru!!

end of this journey

hope jumpa lagi

papa yg sporting..

28 Januari 2014

The Advanture of Kak Ara and Cik Tona

Aktiviti masa lapang. Dalam sibuk2 aku dgn urusan kerja dan kerja, sempat jugak nak tenang2kan diri sendiri. Untuk masa sendiri. Untuk kepuasan sendiri juga. Hanya suka2 tiada maksud utk menunjuk2 atau sebagainya.
 
Cik Tona dan Kak Ara adalah watak yg aku wujudkan utk dua ekor ikan ini, walaupun ada banyak ikan dalam akuarium ini, tapi hanya dua saje yg dah bernama. yg lain belum lagi.. tgu seru dulu.
 
rupa2nya mahal jugak ikan kat sini, lebih2lagi dalam kategori ikan emas nie. tapi kak ara dan cik tona aku beli murah je....
 
so enjoy....

21 Januari 2014

Nabati, MDS, Papa

pelik pulak tajuk posting kali ni. tapi itulah hakikatnya skrg ni. tiga benda ni aku selalu sebut dalam perbualan biasa dgn kawan2. sampai mereka pun naik konpius apelah yg aku maksudkan.. so kat sini aku kongsikanlah ape2 yang patut.
 
nabati ialah jenama biskut kegemaran aku skrg nie. made from Indonesia!! rasanya mmg best dan satu lagi, tidak kedekut cheesenya..sgt2 meriah. ada banyakjenis lagi (cubalah google sendiri ye kalau nak tau lebih lanjut.)
 
MDS ialah nama pasaraya yang barubukakat depan rumah aku ni.hanya 2minit jalan kaki dah sampai.tak payah naik motor segala.(tapi aku selalu pergi naik kereta, heheheee). ada banyak barang yang dijual kat sini termasuk nabati. soal harganya,samajecuba dia dekat dengan rumah aku.dr bilikdah nampakdah....
 
Papaialah nama yg aku beri gelaran pd housemate aku. Doktor Fozi nama dia. dia lebih senior dr aku dalam pelbagai bidang, so tak salahlah aku panggil dia papa tanpa dia sendiri tau.. heheheee.
 
so itulah serba sedikit diari kehidupan aku sekarang ni...
 
 

19 Januari 2014

Taman Rimba Bukit Lima

Possing sblh pokok, biar nampak lebih slim
Cuti dating lagi. dengan doctor, aku pegi exercise kt taman ni. walaupun jauh, tapi naik kereka kejap aje sampai... aku mula jalan2 power walk pukul 730dan habis 900 pagi. memang letih, terutamanya org yang jarang bersenam mcm aku nie.doctor kata aku takde stamina. hanya pd peringkat dua aje... so lepas ni, kena lebih selalula aku berjalan untukdiri sendiri.

17 Januari 2014

Chess....


Awal tahun sudah.. seperti biasa tugasan aku yg pertama di sekolah pada awal stiap tahun ialah menhantar budak2 main chess... Sebenanya aku bukanlah pemain yang hebat pada zaman sekolah, tapi bolehlah juga sampai dpt wakil daerah... banggala jugakkan..sebenarnya main chess ni, satu kelebihan yang ada pada aku, walaupun aku ni dikategorikan sebagai kaki bangku, tapi adalah juga aku punya kepakaran dalam bidang sukan yang lain...chess salah satunya.
 
tahun ni, mcm tahun2 sebelumnya, seawal bulan januari aku dah hantar pasukan utk wakil sekolah. harapan tidaklah tinggi aku letakkan, sekadar memenuhi kpi sekolah dan utk kepuasan aku aje. tapi jauh di sudut hati, aku mengaharapkan satu keajaiban dan tuah akan menyebelahi aku dan jugak bebudak ni.
 
namun apakan daya, mmg tahun ni, tuah tidak berpihak pada kami. kesemuanya tewas tapi dengan bermaruah... ada juga menangnya, tapi masih belum mampu untuk mencapai target yang diinginkan.. manakan tidak, latihan hanya setakat dua hari sahaja. dalam dua harini, terpaksa aku sumbatkan kemahiran opening, trap dan juga ending... mana yang tidak dapat catch up mmg susahlah, tapi sape yg otak bergeliga, piece of cake....
 
anyway aku nak ucapkan tahniahlah dan terima kasih kpd semua bdk2 aku yg gigih berlatih dan berusaha sepanjang kempen perlawanan chessini diperingkat daerah. moga ada rezeki kita akan berjumpa lagi.. 


Entica, Kiyai,Wesley.. Ekie, Mathew,Mathew

14 Januari 2014

Tg Simpang Mengayau

Sebenarnya, gambar ni dah lama ambil. dah 2 tahun pun. saje nak refresh balik memori lama. ada pulak org yang tengah promote tempat dia kan... so kita pun samala....
 
tg simpang menyayau...tip of borneo... kalau mereka yg 'buta geografi' tmpt ni, kira mcm biasa aje. tak ubah mcm pantai di tmpat2 lain, tapi kalau ada sedikit pengetahuan ilmu alam ni,taula serba sedikit kelebihan tmpt ni.. 
 


ini adalah penghujung paling atas bagi pulau borneo. tempat dimana pertemuan laut cina selatan dan laut sulu. kekuatan ombak di sini agak luar biasa dan menghasilkan fenomena dan panorama yang sangat cantik dan menenangkan. 



yup kalau ada masa, tempat ni akan dilawati lagi sekali. skrg ni, dah tak susah sgt,sbb dah ada egen yang akan tolong uruskan... tak gitu wang??? (heheheee))



kat sini jugak, rasanya tempat yg boleh untuk kita menghilangkan tekanan dan mungkin menjadi tempat mencari ilham bagi sesiapa yg berjiwa seni ataupun tidak... hehheeeee

di sini, ku lepaskan kau pergi...