Dah berapa orang datang menjenguk

22 Julai 2010

Ong Bak 3


Malam tadi aku pergi tengok movie. Citer yang paling top dipasaranlaaaaa..... citer ong bak 3. sebenarnya aku malas nak tengok citer ni, tapi dah kawan kawan serumah ajak, so aku pergila. lagipun dah lama tak habiskan masa bersama dgn diaorg, asyik sibuk kerja aje.
So dipendekkan cerita, aku pergi, amik tiket ukul 930 malam. Orang ramai jgn citerla, tapi aku masih lagi dpt tempat duduk yang selesa ngan semua kawan kawan aku. kat sini aku nak bagi sikit komenla. tapi harus diingat, ini hanyalah pendapat peribadi aku aje, so kalau sesiapa yg tak setuju, aku mintak maaf bebanyak.


permulaan ceritannya agak lambat, lebih kepada flashback ong bak 2 aje, mcmmana si hero Tien kena tangkap oleh raja yg zalim tu. lepas tu disajikan dengan aksi si hero melawan satu pasukan hulubalang mana agaknya. yg kelakarnya, aku tak tau berapa ramai org yg dia lawan tapi dari pagi sampaila ke malam tak sudah sudah lagi lawannya. lastly si hero tetap kalah. iyelah satu lawan seribu, takkan menang kot..


jadi dari situ bermula aksi si hero kembali didera sehinggalah ada org yg menyelamatkannya dan si hero tu diberi rawatan rapi utk pulihkan kembali dia.

lepas aku tak paham, macamana pulak munculnya watak 'crow' dalam filem nie? dia pulak yg tolong balas dendam kat raja yg zalim tu. memang kematian raja tu agak mengerikan, tapi memang pelikla, org jahat bunuh org jahat. macam ada yg tak kena aje.
lepas tu, si hero telah pulih, dia nak balas dendam, tapi pd si'crow' tue. aku tak taula ape masalahnya dengan diaorg berdua tu? atau aku lepas pandang dalam ong bak 2. maka di pendekkan cerita, si hero akan memang jua pada akhirnya, yg jahat akan kalah walau macamana hebatnya dia sebelum tu.

secara keseluruhan, dari 5 bintang aku boleh bagi 2 bintang aje kat citer ni. mmg jalan cerita agak slow, banyak watak baru muncul dari mana agaknya, dan ada scene yang aku rasa tak logik. antaranya, macamanalah ada patung pada zaman tu yang ada pakai topi macam topi koboi ( masa sami letakkan bunga teratai kat atas kuil), si hero boleh pakai seluar jeans warna biru lusuh pada zaman tu, dan yg paling ketara, bila masa gading gajah boleh patah masa Tien ngan Crow tu berlawan?? sedar2 aje si crow dah kena tusuk dgn gading tu dan terus mati. Entahla....
Mujur harini hari Rabu, ada potongan harga tiket wayang. kalau tak memang tak berbaloi aku nak tengok citer nie. Semua kawan2 aku yg tengok citer ni sependapat dgn aku.

Lepas aje kitaorg keluar panggung, terus cari kedai mamak dan pekena teh tarik. Dengan itu aku rasa dapat kurangkan skit tension tengok citer tu. Ape ape pun esok tetap sekolah ok.. holalala