Dah berapa orang datang menjenguk

2 Februari 2013

Xtvt harini... Meriah tak??

 

 

 

 

 
 


5 Januari 2013

Hobi terbaru

 
Salam kembali bersiaran. Dah lama nak tulis tapi ada saje yang mengahalangnya. hari ni nak tulis puas puas. ini kisah hobi aku yang terbaru, tapi takdela gempak sangat, kira benda recycle la... ini kisah minat aku kembali berputik untuk membaca komik kegemran aku zaman sekolah dulu. Dulu zaman aku sekolah kat STTJ dulu, dunia komik baru nak berputik dalam sanubari ini. So bolehla dikatakan aku ni peminat tegar komik yg dari hong kong ni. hanya ada 2 jenis cerita aje yang aku suka, dewataraya ngan alam perwira. Kat sini aku nak kongsi skitapsal aku suke sangat (tahap jatuh cinta) dengan kedua2 komik ini.
 
Pertamanya, Dewataraya

 
 

Komik ini mengisahkan 3 sekawan yang sgt genius yg hidup dalam zaman masa depan. kekuatan/kehormatan seseorang bergantung kepada sebanyak mana sel otak2 mereka telah diterokai. lagi banyak telah diteroka, lagi hebat lah kiranya mereka ini. Hero nama Harimau Hitam dan Naga Merah, heroin utama Pheonix. Mula2 aku layan ok aje, tapi bila dah hampir setengah tahun layan, makin kompleks pulak cerita nya. semakin pening tapi aku terus layan aje. Ape yang bestnya cerita ini,ada diselitkan beberapa fakta saintifik yg memerlukan aku buat beberapa kajian langsung dan tidak langsung samada cara terpaksa atau sukarela (wahh... betul punya ayat aku ni).
 
yang kedua, Alam Perwira

 
 
 
Berbeza dengan dewataraya, Alam perwira nie kiranya cerita zaman dulu2 la, zaman tamadun china yang diperintah oleh dinasti raja raja. Kisah adik beradik ji fat dan ji kao yang mengembara menentang kuasa jahat, iaitu maharaja Zhao. banyak pengajaran yang boleh didapati dgn bacaan komik ini. kisah kekeluargaan, persahabatan, kesetiaan dan banyak lagi..
 
 
tapi aku sempat layan dua komik ni 2tahun aje, lepas SPM dah macam lost contact aje.... (terima kasih kat apis mahmood, yang selalu bagi pinjam komik ni dulu). dalam2-3 minggu lepas, sajela aku google benda nie kat internet, so jumpa balik buku komik ni dalam bentuk web site. apalagi, segala rindu dendam nak tahu kesudahannya kembali terjalin (tidak mungkin ku berpaling lagiiii). so skrg nie tgh intensif membaca secara maya utk menghabiskan kedua2 komik ni... tapi tak taulah samapai ke bila???
 
apeape pun.. layannnnnnnnn...
so kepada semua peminat2 komik Tony Wong, silala like ok. bye

2 Januari 2013

Teka teki

hari pertama sekolah..... dah buat teka teki..
ada tiga benda pilih satu;

1)
  • 1
  • 2
  • 1000

Kiyai : 1000

2)
  • Kertas
  • Plastik
  • polimer

Alvess : Plastik

3)
  • Singapura
  • Korea Selatan
  • Amerika Syarikat

Hidayah : Amerika Syarikat..

heheheheheheee........
ape agaknya benda tu ha?????

1 Januari 2013

Unexpected Journey

 
Akhirnya, dapat jugaklah aku  tgk cerita nie walaupun 'tergendala' selama semingu. walaupun kena bayar mahal tapi puas hati jugaklah sebab gambarnya memang cantik dan dapat aku semain paham apa yg terjadi masa siri TLOTR yg sebenarnya.. anyway 3.5 bintang dari aku...

Berita Gumbiraaaa.........


Akhirnya setelah lama mencuba, akhirnya aku berjaya jugak mendapatkan A, bukan satu tapi tiga sekaligus. Terima kasih kepada semua yg bersusah payah dan 'percaya' kat aku nie.... tunggu ajelah habuanya nya nanti...

p/s : td masa nak balik, selisih dengan kiyai... dia senyum aje.. ade makna tu...


31 Disember 2012

akhirnya.....


30 Disember 2012

Relax jap...

 
 
Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.
...
Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS hehe
 
 
 

25 Disember 2012

Yang Mana Satu