Dah berapa orang datang menjenguk

21 Ogos 2010

rubic cube part 1

Ape nama benda ni??
tau main ke??
hehehe...


20 Ogos 2010

Me, Ghofar and Yamin



Ingat lagi dengan entri "Kau Ku Seru?"
Inilah Ghofar and Yamin.
Siapa bdk2 nie??
mmmm....








bdk kecik nie la yg aku jaga masa kat banz dulu

bdk kecik nie la yg paling banyak menyusahkan dan dlm masa yg sama menyenangkan

bdk kecik nie la yg buat aku merasa bersyukur sangat2 (kenapa ek????)

bdk kecik nie la yg buat aku teringin nk ke sana aje

bdk kecik nie la tmpat aku meluah rasa (walaupun aku tau diaorg xpaham langsung)

bdk kecik nie la yg selalu mengadu kat aku pasal itu, pasal ini

bdk kecik nie la yg paling banyak bergambar ngan aku

suara bdk kecik nie la yg jadi aku punya ringtone skrg

bdk kecik nie la segala galanya bg aku....













stiap sorang ada kelebihan dan kekurangannya


stiap sorang ada kenangannya


stiap sorang ada mengadanya


stiap sorang pandai amik hati aku


stiap sorang keraktor lain2


stiap sorang ada masalahnya


tapi kedua2nya anak aku...










yg penting dua2 memang kuat jeles antara satu sama lain
tp yg sedihnya, ghofar dah takde...
dia pegi mana plak???
adela.... mak dia jaga...


18 Ogos 2010

Hujan







petang2 macam nie, tetiba hujan plak......

hujan membawa banyak makna dan pengertian bagi semua orang. ada yang suka ada yang tidak. kalau petani, hujan menyenangkan kerja penyiraman sayuran mereka, tapi kalau nelayan, penoreh getah hujan bererti mereka terpaksa bercuti hari itu.....




bagi aku hujan juga memberi banyak kenangan suka duka.. antaranya main kejar2 dgn kawan2 masa kecik dulu, main lumba kuda longkang kat skolah, tersangkut kat skolah 2 jam sebab hujan lebat sangat (nak balik tak boleh, ayah tak bagi) terpaksa bangun secara mengejut dari tido gara2 nak angkat baju kat ampaian, basah kuyup bila nak pergi dan balik kerja, rumah sewa aku dulu skit lagi nak banjir dan banyak lagilaaa....






tapi petang ni hujan kali ni lain skit maknanya kat aku...dahla petang2 ramadhan ni, hujan memang ada memberi skit kelegaan dan ada sentimental value yg tersendiri plak....


makin lebat makin best plak aku melayan hujan nie. sampai tak sedar dah nak berbuka pun (nasib baik dah ada org lain yg masak hehehehehe)






Antara fungsi hujan ni, ia memainkan peranan penting dalam kitaran hidrologi di mana kelembapan dari laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai dan anak sungai untuk mengulangi kitaran itu semula.






dlm kelas, aku ada ajar pasal dua jenis hujan kat bdk2 aku, hujan bukit ngan hujan perolakan. puas aku nak diaorang sebut perkataan 'kumulunimbus'. sebab tu nama awan yg bawak hujan lebat stiap kali waktu petang ataupun senja.




inilh sedikt sebanyak yg aku nak kongsikan hari ni, sebut pasal hujan, mesti kita akan ingat dengan nama lagu dr allahyarham sudirman kan???? (selain tu ada gak aku teringat ngan hujan band) antara lagu malar segar yg mempunyai peminatnya yg tersendiri.. mari kita layan bersama2....








jumpa lagi... holalalala

17 Ogos 2010

Kereta Idaman....

Antara impian aku dalam masa depan, nak beli kereta. yang macam mana?? kat bwah nie antara kereta idaman yang aku minat. tapi tak taula kalau2 masih ada kat pasaran lagi.

  1. Kereta James Bond dlm filem The Spy Who Loved Me

kereta nie yang bestnya, boleh jalan kat darat dan dalam air. dah macam kapal selam pun ada gak. kalaula ada lagi kat pasaran, berapa agaknya harganya ye?????



2. Kereta Batman

kereta nie memang best, kalis segala gala senjata yg ada. yg paling bestnya, kala traffic jam, boleh tukar jadi motor plak. bleh????

3. Mustang 1966

Memang nampak klasik sangat2. aku suka kat bentuk dia yg tajam2 kat bahagian belakang tu... dapatla dalam kereta tu ada kipas kecik yang comel lagi menyejukkan. ok tak???

4. Big Foot

Ha yg nie, org tengok pun takut. sooooo aku tak akan dibuli kalau ada kat jalan raya.. terbayang macamana kalau aku bawak kat highway, mesti banyak kereta lain yang berkuak takut kena lanyak ngan aku nanti. hehehehe


5. Waja

yg nie mmg aku minat gak. yelah sebagai rakyat Malaysia, kita kena berbangga dengan barangan buatan negara kita kan.......






agak2nya yg mana satu aku mampu miliki dlm masa terdekat nie??? doa2 kanlah ye... moga2 impian aku tercapai jugak nanti walaupun agak nampak mustahil dan melampau sangat2.

tapi sblum tue, kena kerja kerasla.. kena rajin menabung moga impian jd kenyataan. mari kita layan lagu nie. aku minat pasal kat sinilah bermulanya dunia imaginasi kereta aku bermula. Citer james bond, selain dari aksi ngan awek yg cantik, ianya juga memaparkan kereta yg canggih. dari dulu sampaila sekarang nie... layan ye... holalala















14 Ogos 2010

Selamat Bersahur

Diam tak diam, dah 4hari berpuasa tahun nie. barulah ada masa nak update blog nie. ingatkan bln pose ni dapatlah rehat2 aje kat rumah, tapi tak jugak, banyak jugalah kerja yg nak disiapkan, maklumla minggu depan dah start exam kat skolah. kena siapkan segala macam kertas soalan utk bdk2 nie.

tapi kali ni aku nak citer pasal bersahur....

biasanya aku tak masak untuk sahur nie, makan ape aje yang ada. tapi dah ada kelapangan skit ni, lagipun esok cuti (boleh tido sampai tghari hehehe) aku masakla apa yg patut. lgpun mmg dah sampai turn aku memasak nie...

nak masak ape??? apelagi paprikla..... pandai ke aku masak??? well not bad. bahan2nya adalah seperti ini....


meriah tak?? semua warna ada

actually, semua bahan aku siapkan sblm tdo lagi, takut bangun pagi nanti tak sempat. org lain dah lama tdo aku sorang masih lagi kat dapur siapkan benda2 yg nak masak sahur nanti. senang ajela... lgpun semua bahan dah ada.....


pagi2 aku bangun, makan kurma dulu.. sunnah nie... lepas tu minum air sejuk, barula aku mula masak... nak citer pasal masak nie, aku lebih suka buat experiment dari dulu lagi. yela yg nak makan pun bukannya mak2 org pun, bdk2 bujang aje, so pandai2la aku campurkn semua benda.

kurma pembuka selera


akhirnya selepas menghiris, memotong, meracik, memerap, menumis, menggoreng dan sebagainya, maka jadilah satu resepi ciptaan aku sendiri. nak kata manis tak manis, masin pun ada skit, pedas, jangan cakaplaaaaaaaa. wajib tu....




hasil tangan aku utk sahur kali nie

selepas masak semua, aku panggil semua makan. puas hati gak bile ada org yg sudi makan masakan aku. hehehehe... yg penting hari nie ada turn org lain masak... aku dah lepas... jumpa lagi holalalala

11 Ogos 2010

Selamat Berpuasa


Ramadhan datang lagi. Semoga dengan kehadiran bulan yang benuh berkat ini akan menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada yang MAHA PENCIPTA. ameeeeeennnnnn...

9 Ogos 2010

Jota Joti

Minggu lepas, 6-8 Ogos, aku ada joint aktiviti JOTA JOTI nie. Aktiviti nie dibuat kat wisma pengakap. banyaklah benda2 baru yang aku belajar masa tu. tapi yelah otak aku nie dah tumpul agaknya nak menerima benda2 baru. susah aku nak hafal semua benda. tapi aku enjoyla spanjang aktiviti tu.


mahal bedge ni

baca kat bawah nie. aku petik dari blog orang lain ni :

"JOTA dan JOTI adalah acara tahunan di mana ahli ahli Pengakap dan Pandu Puteri di seluruh dunia akan berhubung di antara satu sama lain dengan menggunakan radio amatur dan Internet (Internet-Relay-Chat atau IRC). Ia dikira Jambori sebenar di mana Pengalaman Kepengakapan ditukar-tukar dan idea-idea dikongsi, menyumbang ke arah persaudaraan Pengakap Sedunia."


wah... no komen


Jadi banyak juga yg aku buat masa nie, tapi takla aku pandai nak bagi tau.. So enjoy tengok gambar ajela ye.....

tunjuk skit


puas aku nak menghafal semua morse kod nie


nie la bendanya radio amatur


wah sempat bergambar kat satu stesen bergerak nie


senyum skit...


once a scouts , always a scouts


holalala

8 Ogos 2010

Hepy Bestday Angah

hari ni, 8/8/10, maka genaplah 8tahun umur anak buah aku yg kedua atau lebih mesra dipanggil angah. dia nia anak mama dan adik kpd ayong. So kalau korang semua perasan, harijadi mereka anak beranak (mama, ayong, angah) memang dekat, semua selang 2 minggu aje. dah suratan ketentuan Ilahi macam tu...(bacalah jugak entri Hepi Bestday Mama ngan Hepi bestday Ayong)


so seperti biasa, aku hanya inginkan kebahagaian dan kesenangan dilimpahi olehNya kepada semua ahli keluarga aku. Aku masih ingat lagi, masa dia ni lahir aku masih lagi menjadi penanam anggur yg tetap kat kampung... lepas dia berumur sebulan lebih aje (mama tak habis pantang lagi) baru aku sambung belajar....

hebatkan dalam diam2 dah 8 tahun umur angah nie, Soooooo
HEPPY BESTDAY ANGAH....

dia ni memang suke posing sejak kecik lagi



aksi ayong ngan angah suatu waktu dahulu