Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada
musuhnya sendiri
Dah berapa orang datang menjenguk
13 Februari 2013
12 Februari 2013
Jalan beraya =)
Harini aku pergi beraya kat rumah kawan2 bersama paul n dato salang. satu gandingana yg tidak disangkakan.....
penuh aktiviti aku harini dari pagi sampaila ke petang.... bersungguh paul caling2 aku seawal subuh utk tunggu kat tempat biasa. tapi kul 8.30 baru aku jemput dia. letih dia tunggu. tapi takpe, berbaloikan tguaku nie....
aktiviti bermua dgn aku ajak dia pg breakfast dulu. takut pengsan plak nanti. So lepas tue aku call datuk salang, so dia free.. jadi kami bertigalah pergi beraya.
rumah pertama mrLing kat farley. aku ingat2 lupa kat mana rumah dia, sbb pernah pg 3 tahun dulu. walaupun sesat, tp sampai jugak akhirnya. dah besar2 semua anak dia. dah sama saiz dgn aku plak skrg ni.
rumah kedua, mrLim kat dpn giant. walaupun aku tekpernah pg, tapi dgn direction yg dia beri, senang aje aku cari. dia baru pindah rumah baru, so first time raya dgn baby. tp Lim Jr tak berapa sihat. so dia duduk rumah ajelaaaaa....
| rajin jason tolong mummy dia |
seterusnya, rumah deskmate aku kat skolah, mdmSeow. kat sini meriah skit, sbb dia ada 3 org anak yg comel2 dan sgt indipendent. si Jason dan veron tak jemu jemu melayan kami bertiga. alangkah comelnya bila jason pelawa aku makan coklat sambil berkata " cikgu jemput makan" dalam bahasa melayu.... hehehehheeeee....
| puas makan limau |
next, rumah mrFong, inipun first time aku pergi, dan yg paling best, aku takpernah dengar pun nama taman yg duduk, dan takpernah terfikirpun yg kat situ ada rumah.. heheheeee..... kat sini aku banyak makan limau. manis. siap tapau bawak balik lagi.
lastly rumah missYii. paling hampir kat sekolah, dalam kawasan kampung. sunyi dan sejuk aje aura rumah dia.. sesuai utk nak study tanpa ada gangguan...
so aktiviti aku beraya tamat jam 5 petang. kesian paul, letih sangat samapai tertidur2 dia dalam kereta. tapi takpekan, ada dpt banyak angpow. aku dapat jugak....
| heheehee dapat angpow!! =) |
setelah seharian aku makan kacang dan minum air gas, prut rasa tak selesa. balik kena cari nasi jugak... aku orang melayu maaaaa..... so lauk yg paling best dan terbaik utk mlm tu ialah......
| ini jugak yg sedap |
sambal sardin...... ini jugak yg membuka selera dan mengenyangkan aku.....
10 Februari 2013
CNY tahun ini
Semalam macam biasa, macam 6 tahun yang dahulu, aku ngan roslee jalan2 sekitar sibu nak tgk pesta bunga api sempena CNY nie. Biasanya memang mcm perang la waktu tengah malam tu. tapi tahun nie rasanya agak kurang skit kemeriahannya.. maybe sebab hujan pada awal maalm td agaknya yang mengganggu kemeriahnya perang tahun nie. ape2 pun selamat CNY kepada semua yang menyambutnya.....
| bercahaya... |
| antara gambar yang terbaik aku dapat |
| sekitar jalan pegion |
| dekat depan rumah je... |
2 Februari 2013
5 Januari 2013
Hobi terbaru
Salam kembali bersiaran. Dah lama nak tulis tapi ada saje yang mengahalangnya. hari ni nak tulis puas puas. ini kisah hobi aku yang terbaru, tapi takdela gempak sangat, kira benda recycle la... ini kisah minat aku kembali berputik untuk membaca komik kegemran aku zaman sekolah dulu. Dulu zaman aku sekolah kat STTJ dulu, dunia komik baru nak berputik dalam sanubari ini. So bolehla dikatakan aku ni peminat tegar komik yg dari hong kong ni. hanya ada 2 jenis cerita aje yang aku suka, dewataraya ngan alam perwira. Kat sini aku nak kongsi skitapsal aku suke sangat (tahap jatuh cinta) dengan kedua2 komik ini.
Pertamanya, Dewataraya
Komik ini mengisahkan 3 sekawan yang sgt genius yg hidup dalam zaman masa depan. kekuatan/kehormatan seseorang bergantung kepada sebanyak mana sel otak2 mereka telah diterokai. lagi banyak telah diteroka, lagi hebat lah kiranya mereka ini. Hero nama Harimau Hitam dan Naga Merah, heroin utama Pheonix. Mula2 aku layan ok aje, tapi bila dah hampir setengah tahun layan, makin kompleks pulak cerita nya. semakin pening tapi aku terus layan aje. Ape yang bestnya cerita ini,ada diselitkan beberapa fakta saintifik yg memerlukan aku buat beberapa kajian langsung dan tidak langsung samada cara terpaksa atau sukarela (wahh... betul punya ayat aku ni).
yang kedua, Alam Perwira
Berbeza dengan dewataraya, Alam perwira nie kiranya cerita zaman dulu2 la, zaman tamadun china yang diperintah oleh dinasti raja raja. Kisah adik beradik ji fat dan ji kao yang mengembara menentang kuasa jahat, iaitu maharaja Zhao. banyak pengajaran yang boleh didapati dgn bacaan komik ini. kisah kekeluargaan, persahabatan, kesetiaan dan banyak lagi..
tapi aku sempat layan dua komik ni 2tahun aje, lepas SPM dah macam lost contact aje.... (terima kasih kat apis mahmood, yang selalu bagi pinjam komik ni dulu). dalam2-3 minggu lepas, sajela aku google benda nie kat internet, so jumpa balik buku komik ni dalam bentuk web site. apalagi, segala rindu dendam nak tahu kesudahannya kembali terjalin (tidak mungkin ku berpaling lagiiii). so skrg nie tgh intensif membaca secara maya utk menghabiskan kedua2 komik ni... tapi tak taulah samapai ke bila???
apeape pun.. layannnnnnnnn...
so kepada semua peminat2 komik Tony Wong, silala like ok. bye
2 Januari 2013
Teka teki
hari pertama sekolah..... dah buat teka teki..
ada tiga benda pilih satu;
1)
Kiyai : 1000
2)
Alvess : Plastik
3)
Hidayah : Amerika Syarikat..
heheheheheheee........
ape agaknya benda tu ha?????
ada tiga benda pilih satu;
1)
- 1
- 2
- 1000
Kiyai : 1000
2)
- Kertas
- Plastik
- polimer
Alvess : Plastik
3)
- Singapura
- Korea Selatan
- Amerika Syarikat
Hidayah : Amerika Syarikat..
heheheheheheee........
ape agaknya benda tu ha?????
1 Januari 2013
Unexpected Journey
Akhirnya, dapat jugaklah aku tgk cerita nie walaupun 'tergendala' selama semingu. walaupun kena bayar mahal tapi puas hati jugaklah sebab gambarnya memang cantik dan dapat aku semain paham apa yg terjadi masa siri TLOTR yg sebenarnya.. anyway 3.5 bintang dari aku...
Berita Gumbiraaaa.........
Akhirnya setelah lama mencuba, akhirnya aku berjaya jugak mendapatkan A, bukan satu tapi tiga sekaligus. Terima kasih kepada semua yg bersusah payah dan 'percaya' kat aku nie.... tunggu ajelah habuanya nya nanti...
p/s : td masa nak balik, selisih dengan kiyai... dia senyum aje.. ade makna tu...
Langgan:
Catatan (Atom)










