Peserta PITO kumpulan A bersama pensyarah |
Refleksi
Salam sejahtera. Walaupun tempoh
kursus PITO telah lama berakhir, tapi aura dan arom
anya masih lagi segar terasa pada diri saya. Manakan tidak, dalam masa sebulan lebih sahaja , kami peserta kursus PITO terutamanya dari kumpulan A telah berjaya mewujudkan satu ‘networking’ yang baru diantara kami yang boleh saya katakan sangat rapat dan ukhwah. Penerimaan secara terbuka oleh rakan rakan PITO dan juga pihak pensyarah serta pentadbiran UTM kepada peserta kursus ini menjadikan kursus PITO ini semakin kuat cengkaman memorinya kepada saya dan juga kepada rakan rakan.
anya masih lagi segar terasa pada diri saya. Manakan tidak, dalam masa sebulan lebih sahaja , kami peserta kursus PITO terutamanya dari kumpulan A telah berjaya mewujudkan satu ‘networking’ yang baru diantara kami yang boleh saya katakan sangat rapat dan ukhwah. Penerimaan secara terbuka oleh rakan rakan PITO dan juga pihak pensyarah serta pentadbiran UTM kepada peserta kursus ini menjadikan kursus PITO ini semakin kuat cengkaman memorinya kepada saya dan juga kepada rakan rakan.
Suka saya fahamkan di sini, ini
adalah kursus PITO saya yang kedua. Saya pernah mengikuti kursus PITO yang
pertama di UMS pada penghujung tahun 2011 atas tiket mata pelajaran Geografi.
Sebagai insan biasa yang serba lemah dan kekurangan, tidak dapat tidak, hati
saya akan membandingkan di antara kedua dua kursus PITO yang saya ikuti ini. Bukanlah
untuk menjatuhkan mana mana pihak, tapi sekadar untuk memberi perbezaan agar menjadikan
kursus ini pada akan datang lebih mantap dan berkesan serta dapat ‘menarik’
lagi penyertaan guru guru untuk kursus ini pada masa akan datang.
Perbezaan
1. Masih terikat dengan sekolah
1. Masih terikat dengan sekolah
Kursus PITO UMS, dijalankan
sebelum cuti persekolahan bermula. Face to Face dijalankan pada 10 Oktober
hingga 18 November 2011. Manakala, off campus dijalankan diantara 21 Nov hingga 23 Disember 2011.
Dan Peperiksaan dijalankan pada 26-28 Disember 2011. Ini beerti, kami telah meninggalkan
sekolah pada bulan terakhir sesi 2011 dan kami tidak lagi terikat dengan ‘aktiviti’
di sekolah. Ini menyebabkan komitmen kami hanya pada kursus PITO sahaja tanpa
dibebankan dengan ‘kerja kerja’ rutin guru di sekolah seperti PBS, ESPLG, TOV, ETR,
headcount, majlis penyampaian hadiah dan sebagainya. Fokus kami telah terurus
dan terarah kepada kuliah semasa di UMS sahaja. Ini menyebabkan kami ‘lebih
seronok’ berPITO berbanding semasa di UTM. Tiada kerja kerja sampingan yang
terpaksa kami lakukan dan kami mempunyai banyak masa untuk melakukan research, discussion dan sesi soal jawab
dengan pensyarah. Dalam tempoh masa itu juga, kami masih boleh bercuti dimana semasa
aktiviti off campus berada dalam tempoh masa cuti sekolah.
2. Pelbagai latar belakang
2. Pelbagai latar belakang
Untuk kursus PITO sejarah kali
ini, ianya datang dari pelbagai latar belakang “opsyen asal”. Saya perhatikan
untuk kali ini tidak banyak para peserta dari opsyen Sains dan Matematik
seperti mana yang tertulis di salah satu syarat penyertaan PITO ini. Ada yang
dari opsyen Bahasa Melayu, Prinsip Akaun, Ekonomi, Pendidikan Seni, Pendidikan Moral
malah ada juga dari opsyen Bimbingan dan Kaunseling. Ini adalah berbeza dengan
PITO UMS di mana kesemuanya adalah dari opsyen Sains dan Matematik Sahaja. Ini
memberikan pelbagai ragam dan warna terutamanya dalam aspek perbincangan di
dalam kumpulan kerana bagi saya ‘orang orang sains dan matematik’ hanya akan
percaya sesuatu perkara jika ianya disokong dengan fakta sains ataupun adanya
kajian empirik. Berbanding dengan ‘orang bukan sains’ mereka lebih terbuka untuk
membincangkan sesuatu fakta dengan diselitkan dengan ‘mitos dan lagenda’ bagi
lebih meyakinkan fakta itu.. (pendapat peribadi sahaja….)
Penambahbaikkan
1. Pendaftaran yang lengkap
1. Pendaftaran yang lengkap
Diharap, dilain kali, surat
panggilan untuk pendaftaran menyediakan maklumat yang lengkap dan jelas kepada
peserta PITO. Ini terjadi apabila ada peserta tidak jelas dan membawa lebihan
barangan (contohnya Mohd Muslim) semasa pendaftaran dan terpaksa membayar
‘extra charge’ untuk kargo semasa penerbangan Kuching-Johor Baharu. Ini
menimbulkan ketidak selesaan beliau dan juga mungkin pada orang lain.
Selain itu, ianya juga menjadi
masalah kepada kami terutamanya peserta dari Sabah Sarawak dan Labuan, kerana
tidak mempunyai kenderaan untuk pergerakan pada hari pendaftaran dan kami
terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi sendiri. Ini sedikit menyukarkan kami,
memandang kami bukanlah biasa dan orang
asal di Johor Baharu ini.
2. Buang “Sains dan Matematik”
2. Buang “Sains dan Matematik”
Suka saya cadangkan untuk pengambilan
peserta yang akan datang, supaya syarat peserta opsyen ‘Sains dan Matematik’
hendaklah dibuang dari syarat penyertaan. Ini akan menggalakkan lebih ramai
guru terutamanya yang bukan ‘opsyen Sains dan matematik’ untuk menyertai kursus
ini. Ini bukanlah bermakna saya menghalang peserta “opsyen Sains’ untuk menyertai
kursus ini, tetapi sekadar membuka ruang yang lebih besar kepada SEMUA guru
yang berminat tanpa melihat latar belakang opsyen mereka. Dari segi syarat ‘pengalaman
mengajar sejarah’ juga tidaklah dijadikan satu syarat tetapi ditukarkan kepada ‘yang
berminat dan komited untuk mengajar sejarah’ adalah lebih baik digunakan
3. Panjangkan waktu pembelajaran
3. Panjangkan waktu pembelajaran
Untuk tempoh ‘face to face’
sebaiknya hendaklah dipanjangkan. Ini adalah kerana kami para peserta sangat ‘dahagakan’
curahan ilmu dari semua pensyarah dan juga perkongsian ilmu yang ilmiah dari semua
rakan rakan peserta. Tempoh 4-5 adalah satu tempoh masa yang sangat singkat dan
‘sangat terkejar kejar’ untuk melakukan banyak perkara. Adalah dicadangkan masa
untuk face to face diantara 6 hingga 8 minggu ataupun 4 minggu dan dijalankan selama
2 sesi iaitu di bulan Mei dan bulan November.
4. Adanya waktu bertenang
4. Adanya waktu bertenang
Ujian ataupun peperiksan adalah
satu modus yang penting bagi mengetahui sesuatu kursus itu berkesan atau tidak.
Sejauh mana para peserta mendapat manfaat ataupun para peserta focus pada ilmu yang
disampaikan. Bagi pendapat saya, biarlah kami diberi ruang ‘bertenang’ untuk menyerap
dan mencerna ilmu yang dipelajari sebelum ‘memerah tenaga’ di dewan
peperiksaan. Kelas yang sangat padat dan bertali arus, dimana para pensyarah juga
cuba untuk mencukupkan kredit pengajaran menyebabkan kami tidak mempunyai ruang
dan masa yang cukup untuk bersedia menghadapai peperiksaan. Selepas kelas pada
hari Selasa pada mingu kelima, terus diadakan ujian pada hari Rabu berikutnya,
menyebabkan berlakunya beberapa keadaan yang sangat tidak menyelesakan kepada
kami terutamanya saya sendiri. Saya mengalami stress yang agak teruk untuk menghadapi
peperiksaan yang diberikan, namun untuk kali
ini, saya berjaya mengharungi cabaran ini dengan jayanya, tapi siapa yang tahu
pada masa hadapan?
5. Pembentangan
5. Pembentangan
Sesi pembentangan para peserta
adalah sangat sangat membantu saya dan juga rakan rakan untuk memahami sesuatu
peristiwa sejarah dan juga fakta. Untuk kempulan A, sekalung penghargaan dan
tahniah kepada Pn Nimarni dan Pn Erma
dimana mereka telah menjadi pakar rujuk dan mentor utama kepada kami semua. Pengalaman
mengajar sejarah dan juga kekuatan ilmu sejarah yang ada pada mereka, telah kami
‘gunakan’ sepenuhnya untuk meningkatkan lagi ilmu kami dalam bidang sejarah
ini. Mereka berdua juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu pengetahuan semasa di
dalam kelas. Mereka juga ada banyak memberi cadangan dan juga ‘pembetulan’ fakta
jika kami ada melakukan kesalahan. Maka di sini saya ingin menekankan bahawa
untuk aktiviti pembentangan adalah sangat sangat membantu dan WAJIB dilakukan
dan ditambah slot masanya dalam satu satu subjek.
Harapan
1. Akan terus diadakan pada masa akan datang
Adalah menjadi harapan bagi saya
dimana Kursus ini diteruskan pada masa akan datang. UTM khasnya bolehlah menjadi
peneraju utama pada kursus kursus peningkatan akademik seperti ini. Masih
teringat lagi kata kata Ybg Prof Madya Mohamad semasa sesi pendaftaran pada 19
Oktober 2013, UTM walaupun universiti penyelidikan namum UTM juga mempunyai inovasinya
yang tersendiri terhadap pengajaran Sejarah ini.
2. Akan adakan kelainan
2. Akan adakan kelainan
Menjadi harapan saya juga akan adanya
perubahan dan kelainan kursus ini pada sesi yang akan datang. Ini terpulanglah
kepada kebijaksanaan pihak UTM sebagai pentadbir untuk mencorak dan mewarnakan dengan acuan sendiri kursus ini padamasaakan datang.
3. Promosi kepada rakan rakan
3. Promosi kepada rakan rakan
Perkara pertama yang saya lakukan
semasa di sekolah pada sesi pertama persekolahan ialah membuat ‘promosi’ kursus
ini kepada rakan rakan yang lain. Saya menceritakan akan keriangan dan keseronokan
berkursus PITO ini dan ada diantara mereka yang teruja dan menanam minat dan azam
akan menyertai kursus ini pada sesi yang akan datang.
Besarlah harapan saya bahawa, kumpulan
Wassup PITO 2013 ini dan jalinan rangkaian social yang lain seperti facebook dan Wassup
dikekalkan bagi mengukuh dan mengeratkan jalinan yang ada ini. Ini bukan sahaja
untuk menguatkan silaturahim, namun lebih pada itu menjadi medan untuk bertukar
tukar pandangan dan idea selepas program PITO ini. Ini adalah penting bagi kami
untuk mendapat sokongan dari orang yang mahir dalam selok belok PdP dan juga
ilmu sejarah.
Penutup
Akhir sekali, kenangan semasa kursus
PITO menjadi kenangan yang paling manis bagi saya yang mana sudah terlalu lama
merindui suasana ‘campus life’ dan juga ini menjadikan fikiran dan pandangan
saya terhadap subjek sejarah berubah 360 darjah dari tidak menyukai ke sangat
mencintai.
Disini saya juga ingin mengambil kesempatan
mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Prof Madya Yeo,
Prof Madya Mohamad, En Mahdi, Pn Hashimah, PnWan Faridah, Dr. Rosly, Dr.
Mazlan, Dr Sia dan Dr Yong di atas perkongsian ilmu dan menjadi pemudah bicarakepada
saya dan kami semua.
Kepada semua rakan rakan kumpulan
A, Andax GM, Abg Long, Wang, Irfan, Sham, Zizan, Matjein, Hairi, Ambun,
Micheal, Apizs, Nimarni, Erma, Nazlia, Kak Maznun, Kak Shila, Zura, Kak Tina, Malinin,
Hiss, Fazilah, Kak Aisah, dan kawan paling gila gila saya Akem….
Anda semua
memang WOW!!
Oleh;
ZAHARUDIN BIN MOHAMED
SMK BAWANG ASSAN SIBU
cempaka_ns@yahoo.com
Nak tanye....sesi off campus ni, siapa yang kendalikan? Kalau berada di sekolah, macam mane nak dpt pengalaman ye?
BalasPadam