Jalan jalan ke kuching diteruskan lagi. seterusnya kita pergi bershopping. tempat pertama yg aku pergi china town. mmg tak beli apepun cuma jalan jalan cuci mata aje kat sini
kat kuching ni aku rasa lebih praktikel kalau jalan kaki. sbb kalu naik kereta susah nak dapat parking, lebih2 lagi hujung minggu. so aku jalan2 la sampai ke little india ni. kat sini ada banyak tmpat yg ada jual kain dan baju. so kita cari baju raya
dalam sibuk belek2 ngan survey, akut erjumpala dengan satu kain yg aku suka. nampak eksklusif sangat. warnapun cantik. ingatkan mahal sangat, tapi murah aje, so ape lagi. tokey! kasi angkat satu ini kain.
malam, sambung ronda2 kat skitar waterfront. ingatkan nak tengok wayang, tapi macam tak berbalaoi aje. iyelah tempat lain pun boleh jugakkan. satu lagi tempat yg biasa org pergi, kat patung kuching putih nie. mmg ramai org nak bergambar kat sini.
hari seterusnya, dah nak balik dah... sebelum ap2 hal, kena kumpulkan seberapa banyak tenaga dulu untuk hari ni. maklumla nak jalan jauh.
satu lagi tempat yg mesti pergi ialah, pasar tamu satok. memang famous ngan ikan masin terubuknya. banyak kedai yang ada jual benda nie, siap ada penghantaran pos lagi kalau nak. rambang mata nak beli yg mana satu
sebelum balik, kena pergi kat tempat shopping mall yg paling besar kat sini, the spring. segala jenis tempat makan memang ada kat sini, dari nasi campur sampailah fastfood outlet. tapi kitaorg suka makan kat sini aje. cepat, sedap dan mudah aje. makan dulu ye..
perjalan balik tiada ape yg best berlaku. cuma hujan kejap2 aje antara serian ngan sri aman. yg lain clear. sampai sibu dah waktu malam letih beb.
memang aktiviti kali ni meletihkan aku. sampai skarg pun masih terasa lagi keletihannya. tapi senorok jugakla aku dapat pegi jalan2 kali nie. harap2 lepas nie kitaorg akan ada rancangan nak pergi tempat lain pulak. mana tau. holalala
Nanti org g sana bwk jln2 ye..hehe
BalasPadamboleh la boleh.....
BalasPadam:p