Dah berapa orang datang menjenguk

1 Februari 2011

Bersabar dan Berdoa

Tadi ada tengok berita kat tv... keadaan kat semenanjung sekarang nie tengah banjir besar, terutamanya kat negeri2 kat selatan. Segamat antara bandar yang teruk kena banjir kali ni.... bila tengok kat tv teringat zaman banjir kat sibu ni dulu, agaknya macam tu lah perasaan mereka sekarang ni agaknya

memang teruk banjir ni


berita luar negara plak,rusuhan di mesir. Macamanala bumi anbiya ni boleh dalam keadaan yg macam nie. sedih dan seram juga rasanya kalau berada kat sini. sampaikan bekalan makanan semuanya takde, jenayah, polis dan mcm2 lagi ketakutan yang ada kat sana.


apelah yang mereka inginkan agaknya?


bila dikenangkan balik, rupa2nya kena kat satu family nie. Keluarga Pak Lang aku sebelah ayah. rumah dia kat segamat dan anak sulong dia sekarang belajar kat Mesir. Mcmnanala mereka sekeluarga menerima ujian dari tuhan dalam keadaan begini agaknya. Apa yg boleh aku katakan, sama2lah kita berdoa agar keadaan akan kembali baik secepat mungkin.



bersabar dan berdoa



kepada semua yang tidak mengalami masalah di atas, bersyukurlah. Kita doakan sama sama agar ke semua keluarga yang mengalami musibah ini tetap iamnnya dan sentiasa bersabar dengan segala ujian yang mendatang..



p/s

kepada paklang sekeluarga, semoga tabah menghadapi dugaanini, dan semoga ariff yang skrg nie ada di mesir juga dalam keadaan yang baik2 sahaja

Bile la kau nak gugur?

menanti dan terus menanti

31 Januari 2011

Jalan Jalan

Assalamualaikum...


dah lama menyepi... maklumla awal2 tahun nie ada banyak benda yg perlu disetelkan. dah lama bercuti kat kampung tetiba balik ke sekolah, so tepaksa tumpukan dulu pada kerja kerja mendidik ni... dah hampir sebulan barulah ada masa nak berehat dan yg penting ada can nak pergi jalan jalan. hehehehehee...


menari bersama ombak
sebenarnya tiadklah jauh aku pergi jalan jalan. hanya sekadar teman kawan nak pergi mukah aje. akupun belum pernah pergi kat tempat tu walaupun dah 4 tahun kat bumi kenyalang ni. perjalanan adalah 3 jam dari sibu ni... jalan tak berapa nak elok, kalau tak memang dah lama sampai...



wah selamat selamat

aktiviti yg wajib bila sampai sana, mesti beli ikan. mungkin harganya yang murah ngan kesegarannya membuatkan orang ramai suka beli kat sit. tapi yg paling menarik perhatian aku, ikan kat bawah ni... tak pernah rasanya aku makan..

you eat me, i eat you!

balik dari sana, singgah kejap kat tepi jalan nie. tempat nie dah macam kat hong kong rasanya. ada ramai jugak org yg datang kat sini. p aku tak banyak nak amil gambar...

gong xi fa cai

bila dah balik umah, rasa letih la plak.. tapi takpe, ada masa semingu lagi nak rehatkan. holalalalaaa.



29 Januari 2011

Nantikan Kemunculannya


dah lama menanti.. akhirnya tercapai jugak hajat

Bestnye Cuti...

Lamanya nak tunggu saat macam nie

31 Disember 2010

Tahun Baru...


selamat datang 2011... selamat tinggal 2010....
semoga ape yg elah terjadi sepanjang tahun ini akan menjadi kenangan yang terindah dan tersimpan kemas di dalam lipatan sejarah......

30 Disember 2010

Azam Tahun Baru

setiap kali pertukaran tahun baru, perkara yg biasanya menjadi perbualan ialah AZAM.'so mcm mana dengan tahun nie??? ape yg nak dibuat dan dicapai???? macamana dgn azam tahun lepas dah capai blum?????

bagi aku nie kalau boleh nak teruskanlah misi tahun 2010 yg tak kesampaian..iaitu nak serelkan semua hutang piutang yang ada. memang susah rasanya, tapi kalau cuba mana tau, tahun nie aku bebas dgn sumer hutang yang ade... berdoa ajelaaaaa.....

28 Disember 2010

Mmmmm.....

Lamanya tak update...
biasalah bila dah bercuti dan bertemu family.. semuanya tolak tepi. ni lg seminggu nak mula kerja baru rasa nak uodae blog nie.....
:)