Dah berapa orang datang menjenguk

23 April 2013

dua kali terperanjat

jalan2. dah lama nak beli kasut sbb kasut lama dah 'nazak'. so hari nie ada masa pergilah singgah kat kedai yg ada kat sini. lepas survey, pergilah kat satu kedai nie, belek2 lama, jumpalah kasut yg berkenan. harganya pun boleh tahan, tapi tak kisah asalkan puas hati. lepas tue mintaklah kat sales girl kasut yg aku berkenan, suruh dia cari saiz yg aku ak. punyela lama dia mengeledah kedai, akhirnya jawapanna... no...dah habis saiz tu, takpelah bukan rezei kot..

pergi kedai yg kedua. msih cari kasut yg sama jenis, ada jumpa tapi warna pulak lain. sama jugak sales girl tu kata dah habis stok.... :(

teruskan lagi kat kedai yah ketiga.... disini cerita itu bermula...

aku jumpa lah kasut yang sama aku berkenan. warna, harga kualiti semuanya sama. lebih masih lagi dan ditambah cun, sales girl kat kedai tu ada 'terjumpa' saiz yg aku inginkan kat kedai dia. apelagi aku malas nak pikir panjang lagi pun dah letih terus kata ok, dan pergi kaunter nak bayar...

masa bayar, aku terperanjat, harga yg ditulis kat kasut tu tak sama dgn yg tertera kat mesin tu, aku tanya kenapa.. dengan senyum manisnya si casher tu pulak kata, oooo malam nie kami ada buat diskaun 50% untuk semua jenis kasut... OMG!!! murahnya. tak sia2 aku pergi kesana ke mari untuk cari kasut yg aku inginkan... sape tak suke kan, dapat diskaun 50%. banyak tu, kira boleh beli lagi sepasang.
 
disebabkab duit yg aku bawak tu banyak, so aku pikir, alang2 ada diskaun nie, aku belilah lagi sepasang kasut yg lain, bukan selalu aku nak beli kasut ni. setahun sekali aje beb. so bermulalah dengan aksi aku me'nerai' kesemua koleksi yg ada, dengan harapan ada diskaun 50% lagi... so tak lama, aku jmpa kasut yang aku berkenan. terus sambar dan nak bayar... kat sini cerita kedua! Boleh pulak si casher tu cakap, yg ini hanya dapat 40% aje diskaun, tapi kalau beli malam esok baru dapat 50% diskaun. What the Whta? dia suruh aku booking dulu kasut tu... ape puny kedailah macam nie. dahla ada diskaun tak bagitau, lepas tu siap suruh ooking lagi kasut utk be;i malam esok. agaknya dia suruh aku pergi lagi kedai tu esok yg ada grand opening kot?????
 
malas aku nak pikir blah ajelah. malam esok kalau aku rajin aku pergilah, kalau tak takdela rezeki aku nak beli kasut yg satu lagi tu...
 
 
 
 

16 April 2013

kelarai la pulak




sama tapi tak serupa
antara aktiviti aku minggu nie dgn bebudak kelas. dah lama tak hias kelas, so luangkan sikit masa untuk mereka dan diri sendiri. semua orang tahu akan 'niech' aku nie. so takde sapela yg boleh claim kan.
concentrate!!

menurunkan ilmu


seperti biasa, camera aku sangat sukakan dia


13 April 2013

aku dia dan layang layang


jacksen 3 dr kiri... masa tingkatan 1
rabu lepas. biasalah hari unit KOKO kat sekolah. dah tak tau nak buat apelagi. so aku cadang dengan Pandu Puteri nak buat layang ajelah. bagi bebudak buat, aku duduk kat tepi sambil perhati. cukup masa boleh balik. 
 
so bermulalah aktiviti aku dari pukul 2.30 sampailah pukul 4 kat tepi padang nak buat layang layang
 

jacksen (baju kuning) dah besar skrg dia
 
maxswell, gigih buat layang layang walaupun baru balik
 dari main bola baling
yang tak bestnya, layang layang yang aku cuba nak buat ta jadila pulak. tak dapat nak demo kat diaorang yang cikgu dia jugak pandai buat layang layang. takpelah lain kali kot. Mybe 2 tahun lagi baru aku tunjuk skill aku.
 

antara ahli 'piknik' aku tadi
seperti biasa, adala pulak dominic senin. sape yang dah lupa sila baca kat sini.
 dia nie bsmm, tapi disebabkan bsmm dah habis aktiviti dia joint aku kat tengah padang. apelagi terus aku lantik dia sebagai runner aku yang bertauliah. aku suruh la dia pergi ambil kuih kat dewan makan, kebetulan waktu tu minum petang pelajar asrama.
 
 

dominic senin, senyum!!!




so aku ber'piknik' kat tengah tengah padang tu. cuaca pulak mengizinkan aku duduk kat situ walaupun pada pagi tu hujan lebat, mcm nak banjir sekolah dibuatnya.
 berbalik kepada layang yang tadi... tinggi ke terbangnya??? so lihatlah sendiri. tafsirkanlah sendiri gak. bagi aku berjaya kot aktiviti aku tadi, walaupun ada yang 'cendekeh' balik awal.


layang layang yang belum putus talinya

3 April 2013

pampert

kofi oh kofi

dah lama tak mandi. lepas nie baru  raa segar dan ceria... muuuaaahhhh!!!!

1 April 2013

Berakhirnya Suatu Hari Yang Panjang

Hari2 org hantar SMS. hai watpe? watpe skrg? ape xtvt hari ni? tgh watpe tu???

kadang2 malas nak jawab dan layan. tapi kalau tak layan kata sombong pulak. lagipun itu adalah SMS "pembuka bicara" sebelum ke tujuan asalkan.  so hari nie, spt biasa ada org tanya aku buat ape? so disebabkan aku nie banyak kerja nak buat, aku main past aje kat blog nie. sendiri mau baca dan  tafsirkan sendiri. sesungguhnya aku amat busy hari ni....








 
 






 



 
 
p/s:
yg no 10,11,12 pending kot, sambung esok